CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 628|Reply: 1

Lelaki Dikuarantin Lebih Setahun, Setiap Kali Buat Ujian Mesti Positif

[Copy link]
Post time 9-2-2022 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Turki berusia 56 tahun dilaporkan menjalani kuarantin selama 14 bulan dan diuji positif Covid-19 sebanyak 78 kali sejak dijangkiti pada November 2020, lapor laman Oddity Central, semalam.


Muzaffer Kayasan dikuarantin di hospital dan rumah sendiri selama lebih setahun.




Kredit foto: www.aa.com.tr




Dia kini bergelut mencari jalan untuk kembali menjalani kehidupan lamanya.


Setelah dijangkiti koronavirus pada November 2020, Kayasan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sehingga penyakitnya menjadi kurang teruk.


Dia berjaya mengatasi gejala Covid-19 yang teruk tetapi virus itu kekal dalam badannya.


Setiap ujian akan menunjukkan keputusan positif sehingga memaksanya menjalani kuarantin di hospital atau rumah.


Doktor menyatakan mengapa tubuhnya menyimpan virus tersebut setelah sekian lama adalah kerana dia adalah pesakit leukimia serta mengalami gangguan imunisasi badan.




Kredit foto: Perfil




Walaupun diberi ubat untuk meningkatkan sistem imun tetapi prosesnya agak lama dan sukar.


Kuarantin yang lama telah memberi kesan kepada kehidupan sosial Kayasan sehingga menyebabkan dia tidak dapat berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan.


Dia hanya dibenarkan melihat anak dan cucu melalui tingkap. Hanya isteri dan anak bongsunya tinggal bersama.




Kredit foto: Ihlas news agency




“Saya tiada masalah di sini selain tidak dapat menyentuh orang tersayang. Ia sangat sukar. Saya tidak boleh mendapatkan vaksin kerana keadaan saya," kata Kayasan kepada agensi berita Anadolu Agency.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2022 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian baca kisah dia...dahlah tak boleh pulih / sentiasa positif sebab lemah imunisasi badan...ni kalau nak keluar kena buat stail citer Jake Gyllenhaal tu, yang duduk dalam bola plastik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056372 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list