CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 1

[Borneo] Kerajaan masih kaji kesesuaian laksana kembali GST

[Copy link]
Post time 23-3-2022 06:39 AM | Show all posts |Read mode


Kerajaan masih mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta model cukai kepenggunaan yang lain, menurut Kementerian Kewangan.

Katanya kajian itu mengambil kira semua aspek termasuklah kelemahan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada serta kelemahan sistem GST yang dilaksanakan pada tahun 2015.

“Kajian yang dijalankan turut meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap,” katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Isnin.

Kementerian Kewangan menjawab soalan Su Keong Siong (Kampar-PH) sama ada kerajaan berhasrat untuk mengembalikan pelaksanaan GST.

Katanya cukai baharu tersebut, jika dilaksanakan, juga perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara.      

Menurut kementerian itu, ekonomi negara sedang berada dalam fasa pemulihan dan pelaksanaan sebarang bentuk cukai kepenggunaan yang baharu perlu mengambil kira senario semasa.

“Di samping itu, ia juga memberi ruang bagi persiapan dan persediaan yang rapi di kedua-dua pihak kerajaan dan pembayar cukai,” katanya.

Sementara itu, kutipan hasil Cukai Jualan dan Perkhidmatan kerajaan Persekutuan bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM25.48 bilion, yang terdiri daripada RM13.49 bilion daripada Cukai Jualan dan RM11.99 bilion daripada Cukai Perkhidmatan.

Pada 2020, Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dikutip adalah berjumlah RM25.25 bilion merangkumi RM13.24 bilion daripada Cukai Jualan dan RM12.01 bilion daripada Cukai Perkhidmatan.

-- BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2022 06:47 AM | Show all posts
Kalau di laksanakan lagi kali ni ...

pastikan cukup tenaga kerahan untuk menangani aduan rakyat ...

pastikan buang harga SST dulu baru letak harga GST ... sebab apa yang berlaku kat sini dulu... harga lama ( SST ) dia campurkan sekali dengan tambahan GST menjadi harga baru


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059309 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list