CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 843|Reply: 0

[Selangor] Kematian Nour Rania: Polis terima arahan lanjut dari Pejabat Pendakwaan

[Copy link]
Post time 2-4-2022 04:12 PM | Show all posts |Read mode

Bapa, Yuseri Yusoff memangku erat mayat anaknya, Nour Rania ketika di hospital baru-baru ini dan disyaki kesan jerut pada leher mangsa.


PETALING JAYA – Kertas siasatan berhubung kes seorang bayi yang meninggal dunia di pusat jagaan yang dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sembilan sebelum ini sudah dikembalikan semula dengan beberapa arahan lanjut yang perlu diambil tindakan dalam melengkapkan siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihak polis perlu mengambil masa bagi menyiasat kes itu.

“Ini kerana kita perlu mendapatkan beberapa laporan daripada agensi berkaitan bagi memastikan siasatan dibuat secara menyeluruh, adil dan saksama.

“Kita (polis) tidak pernah sesekali menafikan hak sesiapa dalam menjalankan siasatan kes ini yang disiasat dibawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip undang-undang ‘justice delayed is justice denied’,” ujarnya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Jelas beliau, pihaknya juga mengambil maklum tentang kerisauan keluarga mangsa dan juga orang ramai berkaitan siasatan yang dijalankan ke atas kematian di sebuah pusat jagaan di Sendayan, Negeri Sembilan itu.

Justeru itu, Abd Jalil menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan ruang dan masa bagi memastikan siasatan dibuat secara komprehensif dan holistik.

Terdahulu, pada 22 Februari lalu, seorang bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia selepas kepalanya disyaki tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Seorang wanita yang juga pengasuh bayi tersebut membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, bayi yang bernama Nour Rania Asyifaa Yuseri itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 4.30 petang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/04/02/maut/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.065433 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list