CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 0

[Selangor] 28 tan daging kerbau dari India, tiada logo halal

[Copy link]
Post time 7-4-2022 12:45 PM | Show all posts |Read mode

DAGING kerbau berkenaan. FOTO Ihsan Maqis

Pelabuhan Klang: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 28 tan daging kerbau sejuk beku dari India di Pelabuhan Barat di sini, Isnin lalu.

Maqis Selangor berkata, daging kerbau sejuk beku yang tiba di sini sejak 7 Mac lalu itu dirampas susulan pemeriksaan rutin oleh pegawai penguat kuasa Maqis, jam 10 pagi.

"Siasatan mendapati, sebuah kontena yang membawa dagangan daging kerbau sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan oleh Maqis.

"Pengimport yang membawa dagangan itu gagal mempamerkan logo halal di dalam kotak dagangan yang dikehendaki seperti dinyatakan dalam syarat permit import yang diluluskan.

"Berikutan itu, kesemua daging kerbau sejuk beku membabitkan 1,120 karton yang dianggarkan bernilai RM322,565.88 ditahan untuk siasatan lanjut," demikian kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan pada Permit Import Maqis menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011, yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2), akta sama.

"Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara.

"Ini bertujuan memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ia-tiada-logo-halal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.065715 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list