CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 768|Reply: 0

[Selangor] Ebit Lew hadiahkan motor, cari kios burger untuk sebuah keluarga

[Copy link]
Post time 7-4-2022 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Ebit Lew menghadiahkan sebuah motosikal kepada sebuah keluarga yang tular apabila terpaksa tidur di tepi jalan beralaskan kotak.


PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ebit Lew hari ini telah menyantuni sebuah keluarga di Larkin, Johor bagi menghulurkan beberapa bentuk bantuan keperluan buat mereka sekeluarga.

Ebit Lew menerusi satu hantarannya di Facebook, berkongsi cerita tentang keluarga tersebut yang tular di laman TikTok sebelum ini apabila sebuah video memaparkan keadaan daif mereka yang terpaks tidur di tepi jalan dengan beralaskan kotak.

“Sedih pula 4 Ramadan ini bila tengok dekat TikTok pasangan suami isteri dan anak kecil tidur di tepi jalan beralaskan kotak.

“Kasihannya rasa. Berminggu-minggu ujian hidup mereka dengan kerja tak menentu,” katanya.

Tambah Ebit Lew, dia dan pasukan menghadiahkan keluarga tersebut sebuah motosikal serta membantu membayarkan sewa bulanan rumah flat yang didiami mereka.

Sebagai usaha tambahan, Ebit Lew telah mendapatkan sebuah kios burger dibawah perniagaan Syukor Burger bagi membolehkan si suami berniaga di Taman Wawasan Larkin sebagai sumber pendapatan.

“Pagi tadi dari Kuala Lumpur terus ke Larkin, Johor dan sampai tadi adik berdua ni menangis.

“Ujian berat dalam hidup. Syukur pada Allah dan doakan perniagaan mereka dan anak mereka yang akan mula bersekolah berumur tujuh tahun,” luahnya.

Terdahulu, Ebit Lew telah menghadiahkan kereta buat dua buah keluarga apabila kisah mereka juga menjadi bualan hangat di kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... uk-sebuah-keluarga/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055504 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list