CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 733|Reply: 0

[Selangor] 10 ahli Geng Amy Sandora ditahan lagi

[Copy link]
Post time 9-4-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Langat: Tidak serik melakukan jenayah, 10 ahli Geng Amy Sandora sekali lagi ditahan, hari ini kerana disyaki memecah masuk stor barang katering milik guru.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, kesemua lelaki berusia 27 hingga 38 tahun itu ditahan di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang antara 12.45 tengah malam hingga 3.10 pagi.

Katanya, pihaknya menerima laporan guru mengenai barangan seperti dapur gas, cawan, pinggan, bateri lori dan set rakaman kamera litar tertutup hilang selepas stor barang katering dan kanopinya di pecah masuk, 1 Mac lalu.

"Lapan lelaki ditahan ketika sedang khayal menghisap dadah di Kampung Sijangkang, manakala dua lagi ditahan sekitar kampung sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis juga berjaya menemui barangan milik pengadu yang dilaporkan hilang, manakala semakan mendapati lapan suspek mempunyai rekod lampau berkait dadah, pecah rumah dan curi motosikal.

"Beberapa ahli kumpulan ini juga pernah ditahan tahun lalu atas kesalahan sama dan mereka kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... andora-ditahan-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056988 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list