View: 778|Reply: 0
|
[Selangor]
Donut inti oksigen pula tular
[Copy link]
|
|
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/04/WhatsApp-Image-2022-04-09-at-11.19.30-AM.jpeg)
Tangkap layar keadaan kuih itu yang dibeli tanpa isi mencukupi
PETALING JAYA- Jika sebelum ini tular tentang karipap yang kurang inti hingga digelar sebagai ‘karipap oksigen’, kini tular pula donut tanpa isinya.
Dalam satu perkongsian di Tiktok oleh @arifeddy, pemuda itu memaparkan situasi dirinya seolah ditipu apabila mendapat beberapa biji donut yang dibeli tanpa inti mencukupi.
Apa yang mengejutkan di dalam rakaman klip berdurasi 19 saat itu ialah apabila dia membelah kuih bomboloni menggunakan tangan dan kelihatan isinya yang sangat sedikit daripada kebiasaan.
Perkara itu tular setelah video itu mendapat reaksi orang ramai di media sosial.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peniaga yang ambil mudah tentang produk makanan itu.
“Dia orang tutup periuk nasi sendiri, kalau berniaga macam ni jangan salahkan pembeli kalau orang tak nak beli” komen Roszita Ibrahim.
“Donut pun inti oksigen ye”, ujar @ManLoveAyu
“Aku memang dah tak beli kuih-kuih dekat bazaar. ramai tak jujur, baik beli roti john ataupun martabak”, jelas @meyo di TikTok. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... oksigen-pula-tular/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|