CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 527|Reply: 1

[Selangor] Padah ugut wanita enggan jadi kekasihnya

[Copy link]
Post time 9-10-2022 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Ampang: Seorang lelaki mengugut mahu mencedera dan merosakkan kenderaan milik wanita yang tidak mahu menjadi teman wanitanya dalam kejadian di Taman Ukay Perdana, di sini.

Tindakan lelaki berusia 34 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 28 tahun pada 1 Oktober lalu.


"Mangsa mendakwa suspek datang ke rumahnya pada 6.30 petang dan memaksa mangsa keluar dari rumah. Suspek mengugut untuk mencederakan mangsa jika tidak mahu keluar berjumpa dengannya.

"Suspek tidak puas hati kerana pengadu tidak melayani kemahuannya untuk dijadikan teman wanita. Dia turut mengawal pergerakan mangsa dengan tidak membenarkan berkawan atau rapat lelaki lain.

"Suspek juga mengugut akan menarik atau mengapa-apakan mangsa dan kereta mangsa jika berjumpa di luar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan itu, Mohamad Farouk berkata, polis yang menjalankan siasatan menahan suspek di Bangsar Baru, Kuala Lumpur, kira-kira 9 malam, Jumaat lalu.

Katanya, suspek direman dua hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gan-jadi-kekasihnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2022 09:26 PM | Show all posts
aduh geng berebut pompuan nie x abis2 perangai...ingat terpaling gengster lh tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.070271 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list