Remaja berusia 13 tahun tertelan wisel mainan, gara-gara hendak membuat ibunya berasa jengkel terhadapnya.
Jonathan Serrano berkata, dia mengeluarkan wisel dari mainan anjing dan meletak di bibirnya.
Bagaimanapun, apabila ibunya cuba memukulnya, Serrano tersentak dan alat tersebut masuk ke saluran pernafasannya.
Menurut Serrano lagi, apabila dia tidak dapat mengeluarkannya, ibunya membawanya ke hospital.
Doktor terpaksa membius Serrano dan menggunakan skop khas untuk mengeluarkan wisel tersebut, lapor Inside Edition.
https://www.insideedition.com/media/videos/teen-boy-swallows-squeaky-dog-toy-by-accident-77402
|