CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Borneo] Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan

[Copy link]
Post time 1-12-2022 08:38 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) — Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof berkata penetapan harga itu berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia (CPO).

“Penetapan harga ini adalah hasil kerjasama daripada pihak industri minyak masak yang telah bersetuju untuk mengekalkan harga maksimum Disember 2022 sama dengan November 2022 walaupun harga purata CPO sepanjang November mencatatkan peningkatan berbanding Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata KPDNHEP menyeru masyarakat pengguna terus berhemah dalam pembelian, mengutamakan yang perlu dan merancang setiap pembelian.

Pengguna juga digalakkan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan ketidakpatuhan undang-undang membabitkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen di pasaran melalui WhatsApp ke 019-2794317 atau 019-8488000, portal e-aduan di https://eaduan.kpdnhep.gov.my, call centre 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi Ez ADU KPDNHEP dan pusat arahan penguatkuasaan (ECC) di 03-88826088/6245. – BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056964 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list