CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4626|Reply: 1

[Jenayah] KKM senarai empat produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual. Cuba korang check mana tahu pernah pakai

  [Copy link]
Post time 6-12-2023 01:37 PM | Show all posts |Read mode


Empat produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual ialah Bestie Moisturizer Cream, Abyra Sewaweed Skin Care-Seaweed Cell Renewal Night Cream, Garbera Beuty-Treatment and Repairing Night Cream dan Garbera Beauty Whitening Night Cream.

KUALA LUMPUR: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, antara produk-produk ang dikenal pasti mengandungi racun berjadual ialah Bestie Moisturizer Cream, Abyra Sewaweed Skin Care-Seaweed Cell Renewal Night Cream, Garbera Beuty-Treatment and Repairing Night Cream dan Garbera Beauty Whitening Night Cream.

"Kesemua produk berkenaan mengandungi racun berjadual yang dikesan seperti merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.

"Susulan itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Muhammad Radzi berkata, merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan seperti kerosakan buah pinggang dan sistem saraf selain menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan.


"Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17- valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.


"Penggunaan produk boleh menyebabkan kesan sampingan tidak diingini seperti hidrokuinon menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

"Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa penjual dan pengedar produk kosmetik menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu dengan serta-merta.

"Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2023 01:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047597 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list