CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9796|Reply: 1

[Jenayah] Kedai sorok minyak masak, gula - Sudah tiba masa kempen name and shame

[Copy link]
Post time 8-12-2023 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Pemilik pasar mini berdepan tindakan kerana sorok dan enggan jual minyak masak paket, gula
Abd Razak Mohd Ali
Disember 7, 2023 09:45 MYT
Pemilik pasar mini berdepan tindakan kerana sorok dan enggan jual minyak masak paket, gula
Seorang pegawai penguat kuasa KPDN Perak memeriksa minyak masak paket di sebuah pasar mini di Kampar yang diserbu selepas mendapat laporan daripada oarang awam.

KAMPAR: Peniaga sebuah pasar mini di sini berdepan tindakan selepas didapati menyorok minyak masak paket dan gula dalam operasi yang dijalankan, di sini, pagi semalam.

Pasar mini itu juga dikatakan enggan menjual barangan kawalan berkenaan kepada warga tempatan.
Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi kira-kira jam 10.15 pagi itu adalah hasil aduan awam bahawa sebuah pasar mini enggan menjual minyak masak paket dan gula kepada warga tempatan.


Menurutnya, kejayaan operasi itu adalah hasil tindakan melalui Op Samar oleh anggota Penguat Kuasa KPDN Perak yang melakukan uji beli di premis tersebut.

“Melalui uji beli yang dijalankan mendapati seorang pekerja pasaraya memaklumkan bahawa minyak masak paket satu kilogram (1kg) tiada di premis tersebut apabila diminta.

“Curiga dengan kenyataan pekerja tersebut, sepasukan anggota Penguat Kuasa beruniform telah melaksanakan pemeriksaan menyeluruh ke atas pasar mini tersebut dengan dihadiri oleh seorang wanita berumur 48 tahun yang disyaki pemilik premis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan telah menemui sejumlah minyak masak paket 1kg dan gula pasir kasar jenis 1kg yang disembunyikan di dalam premis berkenaan.

Katanya, pemilik premis gagal memberikan penjelasan mengapa barang kawalan tersebut tidak dijual apabila diminta.

Sehubungan itu, ujarya, tindakan sitaan telah dilakukan ke atas 90 unit minyak masak paket jenis 1kg dan 216 unit gula pasir kasar jenis 1kg, dengan nilai anggaran RM840.60.
Tambahnya, turut disita ialah salinan lesen runcit barang kawalan, lesen pendaftaran syarikat (SSM) dan lesen Majlis (PBT) serta dokumen urus niaga yang berkaitan.

Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 16A(1)(b) iaitu enggan menjual barang kawalan
kecuali dengan kebenaran pengawal atau mana-mana pengawal bekalan yang diberi kuasa oleh pengawal secara bertulis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2023 09:59 AM | Show all posts
Aku gesa gomen buat satu website khusus "Lokasi Kedai Bangsat"


Setiap kedai yang kantoi sorok gula, minyak masak, tepung oleh KPDN terus letak kat .
website ni.

Butiran dan gambar kedai, lokasi, nama pemilik semua pamerkan agar masyarakat setempat boleh mengambil tindakan boikot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.049697 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list