CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10718|Reply: 3

[Jenayah] Warga Bangladesh jual bunga, hadiah kena 'angkut' malam tadi, siap tidak mengaku bunga kawan punya

[Copy link]
Post time 7-1-2024 09:59 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh merayu dilepaskan dengan memberikan alasan bahawa barang jualan yang dipegang adalah milik kawannya, selepas ditahan sepasukan anggota Jabatan Imigresen (JIM) menerusi Op Kutip, di sekitar ibu kota, malam tadi.

Lelaki itu berkata, dia hanya membantu menjaga beberapa kuntuman bunga berkenaan sementara kawannya itu pergi ke tandas.

“Kawan saya pergi tandas, saya tolong dia saja jaga barang (kuntuman bunga). Saya datang Kuala Lumpur untuk jalan-jalan bukan untuk jual barang,” katanya.

Selain itu, turut dikesan beberapa individu enggan memberikan kerjasama ketika ditahan seperti cubaan melarikan diri ketika diminta mengeluarkan dokumen yang berkaitan.

Bagaimanapun, hasil kecekapan petugas operasi, segala cubaan tersebut berjaya digagalkan dan kesemua mereka berjaya ditahan tanpa berlaku sebarang kekecohan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, penjaja dan peniaga kecil terdiri daripada warga asing antara yang dikesan dalam operasi yang dijalankan di sekitar menara berkembar KLCC, Bukit Bintang dan Jambatan Saloma.

Katanya, kegiatan tersebut merupakan salah di sisi undang-undang sekiranya warga asing tersebut hadir ke negara ini dengan pas lawatan sosial sebagai pelancong atau diambil secara sah sebagai pekerja.


“Tindakan ini melanggar undang-undang kerana bertentangan dengan syarat yang ditetapkan. Sekiranya mereka bekerja di sektor-sektor ditetapkan, adalah tidak dibenarkan berniaga walaupun untuk cari duit lebih.

“Majikan juga boleh diambil tindakan yang berat sekiranya melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan termasuk hukuman denda sehingga RM50,000,” katanya pada sidang akhbar di lokasi serbuan.

Mengulas lanjut, Jafri menegaskan, JIM menuju kearah menjadikan ibu negara sebagai bukan sebuah kawasan yang kondusif buat PATI bebas berkeliaran dan selesa untuk didiami.

“Amaran ini termasuk pada mana-mana pihak termasuk majikan yang melindungi dan menggajikan PATI. Imigresen pastinya akan meneruskan operasi bagi memastikan ibu kota bebas daripada PATI.

“Mereka yang ingin khidmat pekerja warga asing perlu menerusi melalui saluran yang betul. Tindakan tegas akan diambil dan tiada kompromi demi menjaga kedaulatan negara dan keselamatan awam,” katanya – KOSMO! ONLINE.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps tangkap, check kata dokumen lengkap, bebaskn camtu je
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 7-1-2024 10:05 AM

banglades ni silap la sbb dia ade passport.. kalo ko ade kad unhcr ko akan bebas bagaikan burung berterbangan di malaysia, pegawai imegresen polis akan sujud sembah ko xleh disentuh bagaikan raja2. ko nak mengemis, pacak tiang atas tanah org buat rumah, dpt bantuan ngo2 yg mlindungi ko anak beranak sampai ke mati, boleh bniaga tgh bandar xde sape2 dpt kacau ko, bwk kereta motor xde lesen sumer boleh, kalu nasib baik awek melayu gundu nak kat ko boleh bukak kilang dlm msia, mohon la kad unhcr hidup ko akan aman bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 07:10 PM | Show all posts
ni kot yg wak pronogororo kata skop kerja 3D, yg rakyat tempatan takmo buat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.067159 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list