Edited by amandel at 9-3-2024 11:34 PM
Filem ni sebetulnya dah lama tayang but maybe boleh tengokbila nak melancong ke Indo, Iols muat ualng filem ni sebab dekat Indo sedang viral pelancong Msia kecewa melancong ke Jakarta…
Di TikTok, seorang pelancong dari Malaysia bernama Intan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kota Jakarta. Masa itu adalah kali pertama dia bercuti ke Jakarta. Dia menganggap Jakarta overated sebagai destinasi pelancongan. Intan turut merungut tentang kebersihan tempat makan dan membeli-belah Thamrin City yang tidak menepati citarasanya. Selain itu, diamenemui seekor tetikus sebesar kucing dan lorong motel yang kotor. Di sebalik kritikan ini, Intan mendapat pengalaman yang menyenangkan dengan keramahan pemandu pengangkutan dalam talian yang membawanya ke sekitar Jakarta... Dia memberikan rating makanan 0/10, tempat untuk dilawati3/10, dan membeli-belah 0/10…
Netizen Indo terbahagi kepada dua, ada yang berasa tersinggung dengan rating yang diberikan Intan kepada Jakarta. Sememangnya kawasan yang dilawati Intan bukanlah destinasi pelancongan, sebaliknya tempat tinggal orang berpendapatan sederhana ke bawah, jadi mereka cadangkan pergi ketempat-tempat yang bagus di Jakarta jika ingin makan, menginap ataumembeli-belah... ( Iols really sorry jika netizen Indo cakap tak sopan masa komen dekat sosmed...)
Sebaliknya, ramai juga netizen Indonesia yang bersyukur dan merasakan kritikan Intan adalah satu perkara yang baik dan boleh digunakan untuk muhasabah diri bagi memperbaiki ketidaksamaan di Jakarta...
Pemerintah Indo sebenarnya sudah merancang kota Jakarta,Jakarta sudah jauh lebih bersih dan moden dari pelbagai segi, tapi mungkin masih kurang kemas di sudut-sudut kota... Tapi kalau masih tak puas hati dengan Jakarta, boleh jadi menjadi pilihan lain iaitu Ibu Kota Nusantara (IKN) yang sedang dalam pembinaan...Boleh melancong ke sana selepas bandar tersebut dibina, dijamin lagi bersih dan kemas...Harap pembanguanan IKN juga memberi kemajuan untuk saudara-saudara serumpun kita baik di Kalimantan, Indonesia maupun di Sabah dan Serawak, Malaysia...
|