CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: antikorok

[Tempatan] Dah jadi trademark', sikap buang sampah sepanjang Lebuhraya KL-Gua Musang masih tak berubah

  [Copy link]
Post time 7-4-2024 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
alasan sebab takde tong sampah.. tapi tak boleh ke letak dulu dalam kereta? dah jumpa tong sampah, buang la.. tak pun buang je kat tong sampah kampung.. takkan itu pun susah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta baru cuci, baru polish, vakum, xnk le sampah dlm kereta. ( ada je mentaliti ni x bg anak mkn dlm kereta sbb takut kereta kotor - klu ada sampah dlm kereta , tohok tepi jln ) dpn mata aku perangai gitu buat. Aku senyap jela, nk tegur, tua drpd aku. Kebetulan org nya asal dr negeri itu. DNA kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Gitu ler belah² sana.
Tp kalo sembang depa laaaaaaaaa terrpaling isley kalis dosahh ahlul sorgah..
Menda basic mcm ni pn gagal teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap tahun pun gini, buruk perangai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2024 01:42 PM | Show all posts
'Jangan jadikan negeri orang tempat buang sampah' - ADUN Padang Tengku

Roselan Ab Malek
bhnews@bh.com.my
April 7, 2024 @ 12:19pm



Mustapa Long


LIPIS: Cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau sikap pengguna jalan raya yang membuang sampah sesuka hati di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Merapoh-Gua Musang, di sini tidak praktikal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata ia mengambil kira kes kecurian yang banyak berlaku termasuk membabitkan kabel elektrik di kawasan itu, selain didorong faktor kos yang tinggi.


Dalam pada itu, beliau mengakui kecewa dengan masalah sampah sarap di bahu jalan di laluan berkenaan yang berterusan berlaku terutama ketika musim perayaan walaupun sudah banyak kali diperkatakan di media sosial.

"Saya merayu pengguna jalan raya tingkatkan kesedaran agama dan sikap supaya isu sama tidak berulang. Sampai bila pengguna LTU Merapoh-Gua Musang nak terus dengan minda kelas ketiga.


"Jangan jadikan negeri orang sebagai tempat pembuangan sampah. Kita manusia yang bertamadun bukannya haiwan yang tak boleh berfikir, jadi gunakan akal sebagai manusia waras dan matang.

"Setiap kenderaan perlu bawa plastik sampah masing-masing. Masukkan sampah dalam plastik dan bila sampai destinasi buang sampah terbabit, bukan sukar pun," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai keadaan sampah sarap bertaburan di sepanjang laluan di LTU Merapoh-Gua Musang, dengan ketiadaan kemudahan hentian Rehat dan Rawat (R&R) dikatakan menjadi alasan utama.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengakui isu terbabit perlu ditangani, namun memaklumkan kerajaan negeri belum berhasrat mengenakan sebarang tindakan kepada pengguna jalan raya yang membuang sampah sesuka hati di LTU Merapoh-Gua Musang itu,

"Mengenakan tindakan disifatkan tidak adil kerana pihak kerajaan tidak menyediakan kemudahan sepatutnya termasuk R&R.

"Kalau kita sediakan kemudahan (R&R) dan mereka tidak patuh, maka boleh kita kenakan tindakan," katanya.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sudah pun membawa isu berkaitan pembuangan sampah di tepi bahu jalan laluan LTU kepada pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

"Tindakan tertentu harus diambil sementara menunggu kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) siap dibina yang akan mengambil sedikit masa.

"Mungkin ada usaha dalam jangka masa pendek untuk menyelesaikan masalah ini termasuk kita akan minta pihak berkaitan untuk pantau perkara itu supaya boleh membantu perkara yang perlu," katanya.


https://www.bharian.com.my/amp/b ... -adun-padang-tengku

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 08:43 AM | Show all posts
ctu makan
ctu buang sampah
ctu buang berak kencing
ctu semaye

so kelateeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2024 09:01 AM | Show all posts
Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sudah pun membawa isu berkaitan pembuangan sampah di tepi bahu jalan laluan LTU kepada pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).


Apa perlu agensi gomen nak kena entertain masalah (perangai buruk) orang lain dari negeri lain?

Kalau dah pengotor, kau sediakan kemudahan apa pun tetap akan kotor.
Bukan sekali... banyak kali dah.

Verdict: Lobai Isele Srombi gagal mendidik. Tiga dekad.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mb wan rosdy tu ada dna sskjp ke...elok benor berlembut tak nak ambik tindakan...kalau mb party dap, mmg mampos dh puak2 iblis ni..(pengotor perangai iblis n setan suka..so mmg layak dipanggil iblis org pengotor ni)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik la benda ni jadi kat luar lembah klang.kalau tak abis segala warga asing nepal, roghinya, bangla, indo kena fitnah buang sampah merara-rata.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 10:15 AM | Show all posts
x terkejut pun,,kalau pergi rumah geng2 belah sini..ya ampun,,semak hahah...apa salahnya sedia beg plastik sampah dalam kereta..jumpa tong sampah buang la nanti,,kat tepi jalan juga nak buang,,benci betul laa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 11:01 AM | Show all posts
dari generasi ke generasi macam tu, agaknya, banyak sangat minum air kotor, tak kisah kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 11:17 AM | Show all posts
pengotor dan pemalas memang dh sebati dlm darah daging
muka lawa cemana pun klu dari kelate terus aku turn off
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.493894 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list