CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8432|Reply: 0

[Sarawak] Kemalangan maut dua beranak, DAP sedia tawar khidmat nasihat guaman

[Copy link]
Post time 18-4-2024 09:05 PM | Show all posts |Read mode


LING

MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman bagi mengkaji kejadian kemalangan maut di Jalan Airport, di sini Selasa lalu yang mengorbankan nyawa seorang bapa dan anak lelakinya serta mengambil kes ini bagi meneruskan tindakan sivil terhadap pihak berkuasa jika dikehendaki oleh keluarga.

Setiausahanya Alan Ling berkata, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berpendapat langkah keselamatan yang diguna pakai kontraktor dalam kejadian ini berkemungkinan kurang dan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

“Saya menyeru polis untuk menyiasat dengan teliti dan mendedahkan laporan siasatan kepada umum kerana kemalangan menyedihkan ini melibatkan pengguna jalan raya.

“Jika keluarga memerlukan, DAP Sarawak bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman untuk mengkaji kes ini dan mengambil kes ini untuk meneruskan tindakan sivil terhadap pihak berkuasa,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kemalangan maut itu.

Menurut Ling, Majlis Bandaraya Miri (MBM) mempunyai liabiliti wakil dan perlu memikul tanggungjawab jika terbukti bahawa amalan kontraktor mereka tidak mencapai piawaian yang diperlukan.

“Sebarang papan tanda yang diletakkan kenderaan di jalan awam bukan sahaja mesti kelihatan tetapi dalam jarak penampakan yang selamat dan ini adalah wajar agar pengguna jalan raya dapat berhati-hati dengan objek tersebut.

“Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja cuai tetapi juga boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada kemalangan maut seperti yang berlaku pada Selasa lalu yang telah meragut dua nyawa berharga,” ujarnya.

Ling yang juga seorang peguam menyeru semua kontraktor supaya mempunyai kesedaran keselamatan yang lebih tinggi ketika menjalankan kerja-kerja dan bukannya memandang aspek keselamatan secara sambil lewa.  

Terdahulu, kemalangan yang berlaku sekitar jam 2.47 petang pada Selasa itu mengakibatkan pemandu SUV, Mohd Firdauz Chemat, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya Rizq Aqil, 12, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri awal pagi Khamis.

Sementara itu, menurut kenyataan media MBM pada Selasa, kontraktor majlis itu melakukan tugas rutin hariannya di Jalan Airport apabila sebuah kereta merempuh lori kontraktor berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046804 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list