CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9158|Reply: 0

[Sarawak] Tahap keselamatan di Jalan Lapangan Terbang akan dikaji

[Copy link]
Post time 21-4-2024 05:17 PM | Show all posts |Read mode


Chiew menunjukkan Jalan Lapangan Terbang yang didakwa kerap berlaku kemalangan dan memerlukan kajian keselamatan.

MIRI: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengumpul maklumat dan mengkaji keselamatan di Jalan Lapangan Terbang di sini.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, pusat khidmatnya menerima banyak aduan tentang dakwaan kekerapan kemalangan di laluan tersebut.

"Ini termasuk melakukan kajian perancangan, reka bentuk dan pengurusan lalu lintas serta mengambil langkah-langkah perbaikan yang diperlukan, seperti penambahan papan tanda jalan, dan lain-lain," jelas beliau.

Chiew menambah, pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkenaan untuk meneliti prosedur operasi standard (SOP) berkenaan melaksanakan kerja-kerja di jalan raya utama bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pekerja.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pengguna jalan raya untuk terus berwaspada dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

"Marilah kita bersatu padu untuk menjayakan usaha untuk menjaga keselamatan bagi setiap pengguna jalan raya," jelasnya.

Chiew berkata, beliau turut berkongsi rasa pilu terhadap keluarga mangsa kemalangan di Jalan Lapangan Terbang pada 16 April lalu.

Menurutnya, kemalangan tersebut telah menyebabkan tragedi dan kedukaan yang mendalam kepada keluarga mangsa dan penduduk Miri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.054024 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list