CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1981|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri komited tangani koloni setinggan di Sabah

[Copy link]
Post time 30-4-2024 10:44 PM | Show all posts |Read mode


ANUGERAH: Isnin (tengah), Alexander dan Ali Adam bergambar bersama penerima anugerah APC dalam majlis berkenaan.

SEMPORNA: Kerajaan negeri menerusi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah komited dalam mengatasi masalah 285 koloni setinggan yang dikenal pasti di seluruh negeri ini.

Pembantu Menteri KKTP Sabah, Datuk Isnin Aliasnih berkata, pihaknya terus memberikan fokus untuk meminimumkan dan mensifarkan koloni setinggan di seluruh negeri dalam masa terdekat.

Katanya, pelbagai cadangan dan kertas kerja sudah dibentangkan termasuklah proses memindahkan semua penduduk setinggan ke kawasan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

“Masalah setinggan ini sudah lama membelenggu negeri kita dan ia akan terus bertambah sekiranya tiada tindakan tegas yang dilakukan oleh kerajaan.

“Justeru, kita sudah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan kajian untuk keperluan perumahan masing-masing terutamanya memindahkan penduduk setinggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Daerah Semporna (MDS) dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MDS merangkap Pegawai Daerah Semporna, Alexander Liew dan Pegawai Eksekutif MDS, Ali Adam Haji Hamjah.

Bagi daerah Semporna, katanya, semua penduduk warga tempatan yang tinggal di kawasan setinggan akan dipindahkan ke Kampung Malantak Tutup sebagai usaha mensifarkan koloni setinggan di daerah ini.

“Kita sudah membuat perancangan dan tanah milik MDS itu akan disusun supaya menjadi sebuah penempatan yang selesa serta teratur.

“Pelaksanaan itu nanti akan mendapat kerjasama daripada Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah dan ia dijangka dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Isnin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan penduduk warga asing kerana kerajaan serius untuk mensifarkan koloni setinggan di Sabah.

“Kita akan melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan berkaitan termasuk penguatkuasa bagi dalam perancangan mengatasi masalah setinggan di negeri ini,” katanya.

Mengulas mengenai majlis APC pula, katanya, ia diadakan bagi menghargai jasa dan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan MDS.

“Tujuan APC ini adalah untuk menggalakkan semua kakitangan dapat bekerja dengan lebih gigih dan meningkatkan prestasi mereka,” katanya.

Sementara itu, Alexander berkata, sebanyak 18 koloni setinggan membabitkan lebih 7,000 penduduk sudah dikenal pasti di daerah ini.

Katanya, proses pemindahan semua penduduk setinggan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kesesuaian dan persediaan yang sudah dilakukan.

“Langkah pertama yang kita lakukan adalah membuat pendataan untuk mengetahui jumlah warga tempatan dan asing di kawasan setinggan.

“Saya percaya kawasan Kampung Malantak Tutup yang berkeluasan 82.49 hektar itu nanti mampu mencapai sasaran kerajaan negeri untuk mensifarkan koloni setinggan di daerah ini,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049514 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list