CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2872|Reply: 0

Verstappen juara perlumbaan pecut

[Copy link]
Post time 5-5-2024 10:11 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN kuasai perlumbaan pecut. -FOTO AFP

Miami: Max Verstappen dari Red Bull meneruskan penguasaannya dalam Formula Satu (F1) apabila menduduki petak pertama untuk Grand Prix Miami selepas menjuarai perlumbaan pecut.

Penyandang juara dunia dan pendahulu kejuaraan yang sudahpun memenangi empat daripada lima perlumbaan Grand Prix musim ini, meraih kedudukan petak pertama berturut-turut dengan satu lagi pemanduan dominan.

Charles Leclerc dari Ferrari, dengan pusingan terpantas 0.141 saat di belakang Verstappen, akan bermula di tempat kedua dengan rakan sepasukannya Carlos Sainz di tempat ketiga dan rakan pasukan Verstappen di Red Bull Sergio Perez di tempat keempat.

Juara dunia tiga kali Verstappen memenangi kedua-dua perlumbaan Grand Prix Miami sebelum ini tetapi tidak pernah bermula dari petak pertama dan dia berkata dia mendapati sesi kelayakan masih sukar.


"Setiap tahun kami datang ke sini, saya rasa sangat sukar untuk konsisten dengan kereta dan tayar sepanjang satu pusingan," katanya.

"Ia bukan satu pusingan paling menyeronokkan dalam kerjaya saya hanya kerana ia licin. Anda tidak begitu yakin di setiap pusingan tetapi kami berada di petak pertama dan sudah tentu itu adalah perkara yang paling penting."

Leclerc berkata sukar untuk menguruskan tayar dengan masalah terlalu panas, tetapi berkata prestasinya dalam perlumbaan pecut memberinya semangat.

"Di situ kami kehilangan sedikit masa, namun perlumbaan masih panjang esok, kami mempamerkan rentak yang baik pagi ini (dalam perlumbaan pecut) dan saya harap kami dapat meletakkan Max di bawah sedikit tekanan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ra-perlumbaan-pecut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.073110 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list