CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1528|Reply: 0

[Jenayah] Lelaki 60 tahun kahwin pelajar usia 19 tahun

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Juamar berkahwin dengan Amelia di Kuningan, Rabu lalu. - Foto Instagram/TribunJabar





JAKARTA – Pemilik sebuah kedai emas berusia 60 tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berumur 19 tahun, lapor portal berita Tribun Jatim.com semalam.

Perkahwinan Juamar Muamar dan gadis yang bergelar pelajar dengan beza umur 41 tahun itu diadakan di Desa Bagawat, Kuningan, Pulau Jawa pada Rabu lalu.

Satu klip video yang menunjukkan majlis perkahwinan antara pemilik kedai emas itu dengan Amelia Sri Rahayu menjadi tular di media sosial.

Dalam rakaman itu, Juamar dilihat menari bersama isterinya sambil disaksikan para tetamu selepas majlis akad nikah diadakan.

Amelia masih merupakan pelajar di Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Kuningan.

Sebelum ini, Juamar telah berkahwin dengan Tini Nurhaeti namun isterinya itu meninggal dunia.

“Ya, kampung isteri Juamar sekarang ini adalah sama dengan bekas isterinya yang  meninggal dunia,” kata seorang ahli keluarga pengantin lelaki, – AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.093481 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list