CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1487|Reply: 2

[Jenayah] PRK Kuala Kubu Baharu: Calon Bebas bertanding guna duit sendiri

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Ke Xin membentangkan manifestonya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pekan Kuala Kubu Baharu, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!





HULU SELANGOR – Calon Bebas, Nyau Ke Xin menafikan beliau merupakan proksi atau ditaja mana-mana pihak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Ke Xin, 27 sebaliknya berkata, beliau menggunakan wang simpanan sendiri untuk bertanding hasil dokongan daripada rakan-rakan untuk membantu rakyat yang terjejas ekoran kenaikan kos sara hidup.

“Tuduhan proksi mana-mana parti itu tidak betul, saya tidak diupah, malah saya ada buat surat akuan siap dengan cop daripada pejabat Pesuruhjaya Sumpah.

“Saya masuk bertanding kerana sokongan rakan-rakan dan berkempen guna duit simpanan saya, bukan ditaja mana-mana pihak,” katanya selepas membentangkan manifesto di Pekan Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Untuk rekod, Ke Xin menerima tentangan besar tiga pencabar lain melibatkan calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao, calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut dan calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin.

Mengulas lanjut, pengurus syarikat swasta itu bagaimanapun mengakui, beliau menghadapi kesukaran untuk menjalankan kempen kerana tidak mempunyai pasukan dan jentera yang besar seperti pihak lawan.

“Saya minta cuti daripada syarikat untuk dua minggu ini. Saya guna kereta peribadi untuk ulang-alik ke Kuala Kubu Baharu dari Shah Alam.

“Dari segi kekuatan itu, memang ada kurang sikit sebab saya kena buat semua benda sendiri berbanding pihak lawan yang mempunyai jentera dan pasukan yang lebih (mahir menjalankan) kempen,” jelasnya.

Tambah Ke Xin, beliau percaya keputusan untuk bertanding adalah tindakan yang betul untuk menyuarakan permasalahan rakyat meskipun sedar akan mengalami kerugian sekiranya hilang deposit.

“Sedih sedikit (kerana) rugi sebab duit ini boleh tolong banyak orang. Walaupun duit itu hilang, tapi ini satu langkah saya masuk politik untuk membantu rakyat,” jelasnya.

Pada masa sama, Ke Xin yang lebih mesra dipanggil Eris menawarkan 11 inisiatif menerusi manifesto yang dibentangkan melibatkan kajian secara terperinci berkaitan masalah perolehan tanah dan rumah ibadat bukan Islam.

Selain itu, beliau akan memastikan harga barang keperluan sentiasa dipantau termasuk kemudahan kesihatan, lampu dan jalan raya dalam keadaan yang baik.

Beliau juga akan mewujudkan pusat khidmat rakyat yang beroperasi selama tujuh hari seminggu termasuk pusat sehenti untuk kaunter pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB), air dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

“Saya akan mewujudkan pengangkutan khas untuk warga emas yang ingin ke hospital, menyediakan van jenazah secara percuma, serta menubuhkan jawatankuasa khas pembasmian miskin tegar,” katanya.

Tambahnya, beliau juga akan membanteras jenayah dan penyalahgunaan dadah dengan kerjasama agensi kerajaan termasuk menjalankan program pendidikan dan kepimpinan untuk pelajar sekolah DUN tersebut. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang duit je sis.


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:58 PM | Show all posts
konpem kalah punya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056017 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list