CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3256|Reply: 0

[Selangor] Penjualan minyak masak tidak ikut harga, kuantiti secara ‘online’ langgar Akta 122

[Copy link]
Post time 5-5-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode

Armizan.

BANGI- Kegiatan penjualan minyak masak paket bersubsidi secara dalam talian dengan tidak mengikut harga dan kuantiti yang ditetapkan adalah melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, minyak masak paket bersubsidi merupakan antara barangan kawalan yang disenaraikan di bawah Akta 122 selain 11 barangan lain seperti gula, tepung, petrol dan diesel.

“Pelbagai perundangan membabitkan perihal perdagangan pun boleh, Akta Kawalan Bekalan 1961 pun boleh, sebab kita tahu bahawa minyak masak paket ini barangan bersubsidi yang telah ditetapkan harga oleh kerajaan.

“Jadi, ia merupakan satu kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Richiamo Mart cawangan pertama di sini hari ini.

Armizan berkata demikian bagi mengulas tindakan yang bakal dikenakan kepada mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan minyak masak paket bersubsidi secara dalam talian dengan tidak mengikut harga dan kuantiti ditetapkan kerajaan.

Pada masa sama, Armizan berkata, pihak turut mengharapkan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Kita harap ada aduan rasmi kepada KPDN dan kita mempunyai SOP (prosedur operasi standard) kalau perkara berkaitan harga bekalan ini.

“Buat aduan terlebih dahulu sebelum bertindak menularkan perkara tersebut di media sosial kerana akan menyebabkan pihak terlibat menurunkan kandungan atau menghentikan kegiatan penjualan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... e-langgar-akta-122/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.056334 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list