CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 890|Reply: 0

[Jenayah] Doktor anggap Faisal 'istimewa', kecederaan cepat pulih

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim kini masih mendapatkan rawatan kerana kecederaan melecur. - Foto fail NSTP





SHAH ALAM: Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim perlu melalui prosedur rawatan termasuk pembedahan yang seterusnya dalam usaha untuk merawat luka melecur yang dialaminya.

Penyerang berusia 26 tahun itu bagaimanapun dianggap sebagai 'istimewa' oleh doktor pakar yang merawatnya selepas kecederaan yang dialami itu menunjukkan pemulihan yang cepat.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar tidak menolak kemungkinan tonggak utama Gergasi Merah itu akan pulang ke rumahnya pertengahan bulan depan.

Beliau berkata, proses pemulihan pemain berusia 26 tahun itu berjalan lancar, namun perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga hari lagi untuk menjalani prosedur pembedahan seterusnya bagi merawat luka melecur di beberapa anggota badan.

"Doktor memaklumkan, sekarang ini biarlah badan Faisal membuat kerjanya sebelum menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan seterusnya kerana paling penting adalah mahu memastikan tiada sebarang komplikasi.

"Doktor pakar yang merawatnya menganggap Faisal seorang yang istimewa kerana proses pemulihan dia sangat cepat.

"Namun, cepat atau tidak, dia tetap kena ambil masa seminggu lagi untuk berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) sebelum dapat kebenaran doktor untuk pindah ke wad lain," katanya.

Terdahulu, Faisal atau lebih mesra dipanggil Mickey selesai menjalani pembedahan ketiga membabitkan prosedur 'skin allograft' yang berlangsung selama kira-kira tiga jam.

Faisal dilaporkan melecur tahap empat di beberapa bahagian termasuk tangan, belakang badan dan muka selepas menjadi mangsa simbah asid sulfurik di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara, Ahad lalu.

Sementara itu, Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SFC memaklumkan ketika ini Faisal tidak boleh dilawati individu lain kerana mahu memastikan prosedur 'skin allograft' berjalan lancar tanpa sebarang jangkitan kuman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.101057 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list