CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1507|Reply: 1

[Jenayah] 'MCA belum terdesak buat keputusan sertai sekutu baharu'

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Ti Lian Ker





KUALA LUMPUR: Pimpinan MCA pada masa ini diyakini belum terdesak membuat sebarang ketetapan terutama berhubung potensinya yang lebih cerah jika bersama Perikatan Nasional (PN).

Senator Dewan Negara dan penganalisis politik, Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata jika MCA terburu-buru membuat keputusan pramatang, ia akan mendatangkan implikasi terhadap partinya yang menjadi sebahagian komponen Barisan Nasional (BN).

"Sebarang keputusan pramatang atau 'belum sampai masa' akan mendatangkan implikasi dan perkembangan lanjutan.

"Justeru saya berpandangan, MCA ketika ini belum terdesak untuk membuat sebarang keputusan. Ia kerana mereka tertakluk kepada perkembangan politik seterusnya sama ada MCA dipinggirkan atau dianaktirikan oleh kepemimpinan BN.

"Atau mereka berdepan keadaan apabila BN masih memupuk semangat inklusif dan konsensus di peringkat kepemimpinan," katanya kepada BH.

Sebelum ini, GERAKAN menyatakan kesediaannya menjalinkan kerjasama semula dengan MCA jika sekutu lamanya itu tidak lagi mahu bersama BN.

Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, dilaporkan berkata, pihaknya terbuka menerima mana-mana parti berhasrat bekerjasama dengan PN termasuk MCA, jika mereka boleh menerima ideologi perjuangan gabungan itu.

Bagaimanapun Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, berkata partinya akan setia dengan BN, sekali gus menolak cadangan untuk bergabung dengan GERAKAN sekali lagi.

Pada masa sama, beliau mahu Presiden GERAKAN itu berhenti menyemai perbalahan dalam kalangan parti komponen BN.

Lian Ker yang juga bekas Naib Presiden MCA, berkata MCA tidak boleh bertanding atas tiket partinya sendiri.

"Perkara ini dapat dilihat ketika MCA bertanding atas tiketnya pada Pilihan Raya Kecil Balakong, Selangor pada 2018. Hasilnya parti itu memperoleh hasil mengecewakan.

"Senario politik semasa kini, memang tiada parti dapat bertanding sendiri biarpun DAP, PKR, UMNO atau BERSATU, mana-mana parti tetap perlu bergabung dengan yang lain.

"Ini kerana landskap politik negara kita bukan berteraskan kepada satu parti, tetapi berbilang parti yang memerlukan parti bergabung dengan rakan atau lawan parti lain mengikut rentak serta tuntutan politik semasa," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, MCA juga selamanya tidak boleh mengharapkan BN sekiranya gabungan itu pada masa akan datang memilih bersama DAP atau jika tiba masanya, kerajaan MADANI membentuk gabungan baharu yang meminggirkan MCA dan MIC.

"Jika keadaan itu berlaku, MCA perlu membuat keputusan sama ada tenggelam dalam perkembangan politik yang meminggirkan atau mencari sekutu baharu.

"Namun jika BN sudah berkecai atau komponen parti sudah tidak sehaluan, baru MCA perlu membuat keputusan, kerana MCA bukan parti yang kuat untuk bergerak sendirian," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Knapa ada china xsokong dap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.063505 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list