CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5231|Reply: 0

[Selangor] Kerajaan negeri diminta pinda enakmen berkaitan penyahwartaan hutan

[Copy link]
Post time 12-5-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Nik Nazmi (tengah) menanam beberapa batang anak pokok bakau pada program di Mangrove Point, Klang, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

KLANG – Semua kerajaan negeri disarankan meminda enakmen berkaitan penyahwartaan hutan bagi memastikan kelestariannya.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pindaan enakmen berkaitan penyahwartaan hutan perlu dibuat supaya butiran mengenai penyahwartaan sesebuah hutan dimaklumkan kepada orang awam.

“Kita lihat kerajaan Selangor sudah melakukan tindakan, iaitu membuat pendengaran awam (public inquiry) sekiranya mereka menyahwartakan sesebuah hutan di negeri tersebut.

“Saya difahamkan kerajaan negeri Perlis pun sedang ikut jejak langkah Selangor (dengan meminda enakmen berkaitan penyahwartaan hutan).

“Saya harap kerajaan negeri lain pun boleh ikut sama dengan tindakan yang dibuat kerajaan Selangor dan Perlis,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Penanaman Pokok Bakau Rakan Bumi 2024 di Mangrove Point, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan komited untuk mengekalkan jumlah peratusan hutan, seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu sebanyak 50 peratus daripada jumlah keseluruhan hutan asal dalam sesebuah negara.

Kata Nik Nazmi, Malaysia kini mempunyai 54 peratus kawasan hutan iaitu empat peratus lebih daripada jumlah yang ditetapkan PBB.

“Setiap negeri yang menyahwartakan hutan mereka, wajib menggantikan hutan yang dinyahwartakan dengan hutan baharu. Hutan merupakan pusat alam sekitar yang menyeimbangkan biodiversiti dalam dunia ini, seperti menyejukkan alam sekitar, membekalkan oksigen serta menyerap air secara efisien,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... enyahwartaan-hutan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056605 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list