CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7048|Reply: 0

[Sabah] Statistik tangkapan, rampasan Zon Maritim Tawau meningkat

[Copy link]
Post time 12-5-2024 07:12 PM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Engku Suhaimi (dua kiri) bersama Shahrizan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.

TAWAU: Statistik tangkapan dan rampasan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau meningkat berbanding tahun lepas.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, sehingga 30 April tahun ini, pihaknya telah menangani sebanyak 74 kes daripada pelbagai akta dan kesalahan di perairan daerah ini.

Katanya, jumlah itu melebihi kejayaan yang dilakukan pada tahun lepas iaitu keseluruhan sebanyak 68 kes tangkapan dan rampasan.

“Kejayaan itu adalah hasil kaedah pengoperasian yang telah ditambah baik oleh Zon Maritim Tawau sehingga memberikan impak positif terhadap semua operasi yang dilaksanakan.

“Kaedah terbaharu ini berjaya melumpuhkan dan menumpaskan modus operandi terutamanya penyeludupan barang kawalan dan pendatang tanpa izin (PTI),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Zon Maritim Tawau, di sini, semalam. Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 70 peratus kes yang diperolehi adalah hasil kesalahan penyeludupan barang kawalan ke negara jiran.

“Kita dapati ramai penyeludup menggunakan modus operandi membawa barang kawalan secara berlebihan disyaki untuk di seludup ke negara jiran.

“Anggaran rampasan yang dilakukan sepanjang tahun ini hampir mencecah RM1 juta termasuklah melibatkan sitaan kapal,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu pula, Shahrizan berkata seramai 421 warga Zon Maritim Tawau berserta keluarga hadir meraikan sambutan kali ini.

“Kita mengambil kesempatan hari ini memandangkan semua pegawai dan anggota yang bercuti Hari Raya di kampung halaman sudah balik ke Tawau.

“Majlis ini juga, kita turut meraikan seramai 26 orang anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh, Tawau dengan penyampaian sumbangan,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052221 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list