CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7122|Reply: 0

[Johor] 1,238 penghuni PPR, RSK di Johor diusir tidak patuhi terma

[Copy link]
Post time 13-5-2024 04:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Seramai 1,238 penghuni yang sebelum ini mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) telah diminta keluar kerana menduduki kediaman itu tanpa mengikut syarat dan terma ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor sehubungan itu berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya melakukan kemas kini dokumen perjanjian dan profiling penduduk, sejak tahun 2022.

Menurut beliau, antara kesalahan yang dilakukan termasuklah sewa atas sewa atau sublet.

“Terdapat sebanyak 19,632 unit kediaman melibatkan 15 PPR dan tujuh RSK di negeri ini. Sejak 2022 lalu, kita telah selesai melakukan profiling terhadap 97 peratus unit kediaman berkenaan. Dalam tempoh tersebut, kita telah kenal pasti 1,238 penghuni yang melanggar syarat menduduki, termasuklah 613 kes yang melakukan sublet.

“Mereka dapat kediaman itu dengan harga sewa RM250 sebulan, tetapi kemudian disewakan kepada pihak ketiga dengan harga berkali ganda.

“Kesemua penghuni itu telah diberikannya notis selama 14 hari untuk mengosongkan kediaman, dan pihak yang berdegil telah diminta keluar dengan bantuan polis dan melalui pemotong bekalan air,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... tidak-patuhi-terma/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.100603 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list