CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3377|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua lori buang sampah haram 'kantoi' di Kg Jimah Lama, empat ditahan

[Copy link]
Post time 14-5-2024 05:53 PM | Show all posts |Read mode

ARUL Kumar (berbaju putih) bersama Hazahar (tengah) melihat sampah haram yang baru dilonggokan di Kampung Jimah Lama, Port Dickson, hari ini. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: SWCorp Negeri Sembilan (SWCorp) menyita dua lori dan menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam isu membuang sampah haram dipercayai bahan binaan di Kampung Jimah Lama di sini, hari ini.

Pengarahnya, Hazahar Hashim berkata, empat individu berkenaan termasuk dua pemandu lori, seorang operator dan seorang pemilik tanah.

"Kesemua mereka yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan diambil keterangan bagi tujuan siasatan sebelum dibebaskan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Hazahar berkata, pihaknya mengesan aktiviti pembuangan sampah haram itu selepas pendedahan Harian Metro menerusi kolum 'Suara Anda Kami Dengar' semalam dan hari ini


"Sebelum ini kami sudah menutup satu kawasan yang dijadikan lokasi pembuangan sampah haram yang terletak di tepi Sungai Jimah selepas mendapat aduan penduduk kampung.

"Rentetan isu yang disiarkan Harian Metro, kami terus menjalankan siasatan bagi mengesan aktiviti yang boleh menjejaskan pemandangan dan kesihatan penduduk kampung serta menyita dua lori dan menahan empat lelaki untuk siasatan lanjut," katanya.


LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan keluhan penduduk Kampung Jimah Lama kesal sebidang tanah seluas 0.4 hektar di tepi sungai dijadikan tempat longgokan sisa buangan termasuk bahan binaan.

Selain mencacatkan pemandangan, penduduk mendakwa tapak pelupusan sampah haram itu berisiko mengancam kesihatan selepas sisa buangan didakwa dibakar yang menjejaskan kualiti udara.

Hazahar berkata, kes akan didakwa mengikut Seksyen 71 (8) Akta 672, mana-mana pihak yang membuat kesalahan melonggok sampah, sisa-sisa pepejal tanpa kebenaran boleh didakwa di mahkamah.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau boleh dipenjarakan tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, Arul Kumar Jambunathan berkata, hasil siasatan pihak SWCorp mendapati beberapa kawasan dijadikan lokasi pembuangan sampah haram sedangkan kerajaan sudah menyediakan lokasi pembuangan sampah di Tanah Merah, Port Dickson.

Sehubungan itu, pihaknya mengarahkan kawasan itu ditutup serta merta.

Menurutnya, selain sampah bahan binaan, mereka juga membuang tong kosong yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk.

"Isu ini terkawal dan kita beri tempoh 21 hari kepada pemilik tanah untuk membersihkan kawasan ini yang mana tindakan Notis 76 akan dikeluarkan atau pihak SWCorp akan membersihkan dan kos penyelenggaraan akan ditanggung pemilik tanah," katanya.

Arul berkata, syarikat ini dimaklumkan ada lesen tetapi tidak mengikut syarat lesen.

"Dua kesalahan mereka adalah tidak mematuhi lesen dan membuang sisa bahan binaan di tempat yang tidak dibenarkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lama-empat-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055072 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list