CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: cak!

Tim Diam diam Ubi ~ Portugal

[Copy link]
Post time 28-6-2012 02:48 PM | Show all posts
Euro 2012: Strategi penalti Portugal tak menjadi
WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Jun 2012

Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menyelamatkan sepakan penalti pemain Portugal, Joao Moutinho ketika saingan semalam. - Foto EPA
JURULATIH Portugal Paulo Bento mengakui bahawa pasukannya telah menyusun strategi mengambil sepakan penalti dan kaptenya, Cristiano Ronaldo sepatutnya menyempurnakan giliran yang kelima.

Juara bertahan Sepanyol menewaskan Portugal 4-2 untuk layak ke final.

Pertemuan kedua-dua pasukan itu terpaksa ditentukan menerusi penalti selepas seri tanpa jaringan pada masa tambahan.

Selepas dua pemain awal Portugal gagal menyempurnakan sepakan penalti, Ronaldo secara tidak langsung tidak kesempatan untuk melaksanakan giliran dia.

"Kami ada pelan ini," kata Bento.

"Jika kedudukan 4-4 dan jika dia mengambil sepakan penalti, kita kemungkinan bercakap dalam situasi berbeza," kata beliau lagi.

Sepanjang 120 minit perlawanan, Ronaldo, 27, bintang Real Madrid, telah gagal menyempurnakan banyak peluang keemasan untuk menghasilkan gol.

Tendangan penalti Joao Moutinho diselamatkan oleh penjaga gol Sepanyol manakala sepakan Bruno Alves pula terkena gawang dan keluar.

Pemain gantian Cesc Fabregas membawa kemenangan Sepanyol, sekali gus menghantar Belanda pulang lebih awal.

"Wujud sedikit kekeliruan antara Bruno Alves dan Nani, kemudian Bruno mengambil penalti, dan ia muktamad," kata jurulatih ini.

"Sepakan penalti boleh jadi satu kelebihan kepada kami," katanya lagi.

Bekas pemain Portugal menganggap prestasi pasukannya semalam sebagai satu kejayaan meskipun gagal ke perlawanan akhir.

"Pada pandangan saya, kami telah bermain dengan baik. Jika anda tidak ada sedikit nasib, maka anda akan hilang peluang. Kami tidak ada banyak nasib dalam perlawanan ini," katanya lagi.


Giliran  sepakan penalti ketika pertemuan Sepanyol-Portugal:

- Francesc Fabregas jaringkan gol, Portugal 2-4 Sepanyol

- Sepakan Eduardo Bruno Alves tersasar

- Garcia Sergio Ramos hasilkan gol. Portugal 2-3 Sepanyol

- Luis Nani hasilkan gol. Portugal 2-2 Sepanyol

- Gerard Pique hasilan gol. Portugal 1-2 Sepanyol

- Kleper Pepe hasilkan gol. Portugal 1-1 Sepanyol

- Andres Iniesta hasilkan gol. Portugal 0-1 Sepanyol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2012 02:52 PM | Show all posts
tidak lah saya menonton perlawanan ini.nasib baik.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 03:34 PM | Show all posts
Euro 2012 semis: Portugal vs Spain










Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 03:41 PM | Show all posts
btapa kcewanye ak smlm...aduhh lame gile abes game..kalah plak..cian mkk..spain sgt boring
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 03:45 PM | Show all posts
btapa kcewanye ak smlm...aduhh lame gile abes game..kalah plak..cian mkk..spain sgt boring
widuri007 Post at 28-6-2012 15:41



   
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 03:49 PM | Show all posts
ashburn Post at 28-6-2012 15:45



   2bad..xpe jnji diorg main cam hero bjuang abes2 an..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2012 05:44 PM | Show all posts
ashburn Post at 28-6-2012 15:45



    sedih wa tgk abe CR7

nasib baik itali menang walo aku suka german

tis final nk sokong Itali iols suka tk bufon yg terer itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2012 11:06 AM | Show all posts
Portugal patutnya lawan spain di final
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2012 02:40 PM | Show all posts
sorry OTT, prktn Team tu xpayah la nak tiru Indon jadi TIM. xsuka betul aku. just sayin.
Parking pun dah 'parkir' dah banyak kat sini. Rasa macam.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: STOR ADMIN


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.332617 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list