CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gogo2

[Jenayah] Khir Toyo didapati bersalah. 12 bulan penjara + rumah disita. Akan rayu lagi !

[Copy link]
Post time 31-5-2013 10:43 PM | Show all posts
putr@polo posted on 31-5-2013 02:41 PM
Suara hati Dr Khir

31 Mei 2013

No. 21 dia sindir najib. Ala2 najib mengkambinghitamkan dia demi nak buktikan kjaan serious benteras rasuahhhh!!! Al kisahnya nampak mcm dah takde jawatan apa ni dah tak ngam/ tak  geng2 sgt dgn umno mcm dulu2 lg le gitu yeee, ala2 pemimpin yg dilupakann gituuu agakknya perasaan dia. Tapi masa dia came out dgn idea nak bg penyapu kat org tu tak pikir ke air muka orgggg???? Padahal ada cara lain yg lebih berhemahh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 11:04 PM | Show all posts
brownstone posted on 31-5-2013 10:10 PM
Dah kuar penjara nanti bole la Khir Toyo buat buku spin off LGE... KHIR toyo: Dari tampuk kuasa ke P ...

usually, politician yg pernah masuk jail, bila diorg bebas, jiwa dan semangat diorg dah lain, ala2 berkobar2....eg - anwar dan LGE, diorg ni mmg betul2 dari penjara ke tampuk kuasa....

tapi in case khir toyo ni, rasa nya inilah kot penamat karier hidup dia.....so aku sokong cdngan ko, so ayat tu just terbalikkan - 'dari tampuk kuasa ke penjara'...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 10:26 PM | Show all posts
Peguam Negara jawab kenyataan Dr Khir

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Jun 2013


Tan Sri Abdul Gani Patail

BERIKUT adalah kenyataan penuh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung pernyataan bertulis Blog Dr Mohamad Khir Toyo:

Dr Mohamad Khir Toyo telah meluahkan ketidakpuasan hati beliau terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 30 Mei 2013 dan dalam banyak hal, beliau mempertikaikan beberapa isu yang telah diputuskan oleh mahkamah berkenaan.

Beliau menegaskan untuk kesekelian kali bahawa beliau telah membeli rumah atau hartanah yang berkenaan berdasarkan kepada harga pasaran semasa iaitu RM3.5 juta. Khir Toyo  juga menyatakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, khususnya kesalahan rasuah dalam kes ini.

Beliau juga menyatakan beliau tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsuddin Haironi iaitu saksi kedua pendakwaan yang menjual rumah tersebut dengan harga RM3.5 juta kepada beliau. Segala urusan di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  yang mana Khir Toyo adalah Pengerusinya ketika itu dan syarikat Bidara Lumayan Sdn Bhd, yang mana Shamsuddin adalah Pengarahnya, dikatakan mengikut prosedur.

Namun, itu  hanyalah secarik  fakta  dari keseluruhan fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan di mahkamah sehingga meyakinkan pihak hakim bahawa tiada keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Khir Toyo bersalah di bawah pertuduhan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Khir Toyo dan hasil penelitian keterangan atau bukti oleh Hakim iaitu dari peringkat Mahkamah Tinggi sehinggalah ke peringkat Mahkamah Rayuan, telah memutuskan harga pasaran bukanlah kayu pengukur dalam menentukan pengertian pembalasan yang mencukupi (sufficient consideration) di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Para hakim telah memutuskan bahawa ia berdasarkan kepada ‘keadaaan kes’ atau circumstances of the case. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada nas-nas undang-undang yang sedia ada dan juga semangat di sebalik kewujudan peruntukan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam kes ini, Pendakwaan bukan sahaja telah membuktikan bahawa RM3.5 juta itu tidak memadai atau mencukupi bagi harta yang dibeli oleh Khir Toyo  daripada Shamsuddin,  malahan juga telah membuktikan wujud perancangan teliti Khir Toyo  untuk memiliki hartanah tersebut sejak tahun 2004 (tahun di mana Khir Toyo mula bertanyakan harga rumah tersebut) sehinggalah Mei 2007 iaitu tahun di mana perjanjian jual beli rumah tersebut ditandatangani antara Khir Toyo dan Shamsuddin.

Fakta kes ini bukanlah semudah yang dinyatakan oleh Khir Toyo. Namun, yang menjadi teras adalah Khir Toyo telah membeli hartanah tersebut dengan harga RM3.5 juta daripada Shamsudin sedangkan Shamsudin telah membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.6 juta.

Suatu jumlah yang tidak akan dijual oleh sesiapa kecuali atas sebab yang munasabah atau kerana terdesak atau kerana masalah kewangan, yang mana tidak berlaku dalam kes ini. Pembelian oleh Shamsuddin itu pula adalah atas arahan Khir Toyo sendiri.

Setelah hartanah tersebut dibeli oleh Shamsuddin, Khir Toyo  telah mengarahkan Shamsuddin untuk menguna khidmat seorang kontraktor yang bernama Nasir Ismail iaitu saksi ketiga Pendakwaan untuk mengubah suai rumah yang sedia ada di atas tanah tersebut kepada reka bentuk Bali.

Pada peringkat awal ubah suai ini, Nasir telah menerima bayaran secara peringkat sehingga berjumlah RM1.5 juta daripada Shamsuddin atas arahan Khir Toyo dan bayaran seterusnya dibuat oleh Khir Toyo sendiri.

Ini berlaku dalam tahun 2006, yang mana ketika itu hartanah tersebut masih berdaftar atas nama syarikat Ditamas Sdn Bhd, yang mana Shamsuddin adalah salah seorang Pengarahnya.

Dalam tahun 2007, Khir Toyo telah menyatakan hasrat kepada Shamsuddin bahawa beliau ingin membeli hartanah tersebut. Pada ketika ini, Shamsuddin telah membelanjakan RM1.5 juta untuk mengubah suai rumah berkenaan mengikut kehendak Khir Toyo sendiri.

Memandangkan Shamsuddin telah menggunakan wang beliau sejumlah RM6.5 juta untuk membeli rumah tersebut dari pemilik asal, maka Shamsuddin pada awalnya bersedia untuk menjual hartanah tersebut kepada Khir Toyo pada harga RM5 juta hingga RM5.5 juta. Namun tidak dipersetujui oleh Khir  Toyo.

Selanjutnya Khir Toyo menyatakan beliau akan membeli pada harga RM3.5 juta sahaja. Keterangan Shamsuddin di mahkamah menunjukkan beliau telah bersetuju dengan harga itu kerana bimbang urusan perniagaan beliau dengan PKNS akan terjejas sekiranya tidak bersetuju. Keterangan ini menyangkal wujudnya elemen ‘willing buyer willing seller’.

Khir Toyo  seterusnya telah melantik HSBC untuk membuat pinjaman bagi membiayai pembelian rumah tersebut. Khir Toyo sendiri telah memaklumkan kepada pegawai  bank berkenaan iaitu saksi pendakwaan ke-14 yang beliau ingin membuat pinjaman sebanyak RM3.5 juta.

Pihak HSBC seterusnya telah melantik Rahim and Co untuk membuat laporan penilaian dan ternyata laporan tersebut menyatakan harga hartanah adalah RM3.5 juta seperti yang dikehendaki Khir Toyo.

Keterangan Nasir bahawa beliau telah diarah oleh Khir Toyo sendiri untuk mengubah suai rumah tersebut sejak 2006 lagi iaitu sebelum perjanjian jual beli antara Khir Toyo dan Shamsuddin termeterai dalam tahun 2007, disokong dengan keterangan pekerja beliau dan dokumen.

Khir Toyo  menyatakan beliau hanya mengupah Nasir pada tahun 2007 iaitu setelah perjanjian jual beli dengan Shamsuddin dimeterai adalah kenyataan tidak berasas. Nasir sendiri telah mengemukakan pelan ubah suai rumah tersebut, yang bertarikh April 2006, kepada pihak Majlis Bandaraya dan ini disokong oleh pekerja beliau yang melukis pelan tersebut iaitu saksi ke-19 pendakwaan.

Khir Toyo menegaskan hartanah dibeli berdasarkan harga semasa tetapi beliau tidak menyatakan fakta keseluruhan kes ini iaitu di mana beliau telah melawat rumah atau hartanah tersebut pada awal tahun 2004 dan Khir Toyo juga telah memberitahu pemilik asal hartanah tersebut pada ketika itu bahawa harga jualan RM7 juta adalah mahal dan pada hampir pertengahan tahun 2004, Khir Toyo telah mengarahkan Shamsuddin membeli hartanah tersebut dan seterusnya pada tahun 2006 melantik Nasir untuk mengubah suai rumah tersebut dan hanya pada tahun 2007 menyatakan hasrat untuk membeli hartanah tersebut daripada Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta.

Khir Toyo  amat maklum bahawa Shamsuddin akan kerugian jika ia dijual pada harga tersebut. Shamsuddin sendiri telah membayar RM6.5 juta untuk membeli hartanah tersebut dan telah membelanjakan RM1.5 juta untuk mengubah suai rumah tersebut mengikut kehendak Khir Toyo.

Semua fakta di atas adalah keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan dan dokumen-dokumen yang diterima oleh mahkamah mengikut prinsip undang-undang dan disoal panjang lebar oleh barisan peguam Khir Toyo. Namun fakta ini tidak dinyatakan oleh Khir Toyo  dalam blognya pada 31 Mei 2013.

Dalam situasi di atas, apakah wajar Khir Toyo menyatakan beliau tidak bersalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan kononnya hartanah dibeli mengikut harga pasaran semasa. Adakah para hakim tersilap menilai keterangan atau tidak arif akan peruntukan undang-undang yang sedia ada sedangkan bukti adalah kukuh.

Segala perancangan teliti Khir Toyo  untuk membeli hartanah tersebut dan menggunakan Shamsuddin untuk mencapai hasrat beliau ini jelas menunjukkan kesalahan yang dilakukan kerana beliau telah menyalahgunakan kedudukan atau pengaruhnya selaku Pengerusi PKNS terhadap seorang yang berurus niaga dengan PKNS.

Khir Toyo juga menyatakan bahawa sehingga ke peringkat rayuan, para Hakim Mahkamah Rayuan masih gagal memutuskan apakah ‘benchmark’ atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu balasan yang mencukupi.

Pernyataan Khir Toyo ini menghampiri batasan menghina mahkamah dan tidak menghormati barisan peguamnya sendiri. Para Hakim dengan bijaksana telah mengupas isu ini dengan panjang lebar dan teliti dalam penghakiman yang dikemukakan pada hari keputusan.

Salah satu isu yang diputuskan oleh para hakim adalah berhubung perkara ini iaitu adakah ‘market price’ menjadi kayu pengukur untuk menentukan sama ada balasan yang diberikan itu memadai atau tidak. Hanya kerana para Hakim Mahkamah Rayuan tidak menerima hujah Khir Toyo tidak bererti isu ini tidak berjawab.

Para Hakim Mahkamah Rayuan telah menjelaskan mereka bersependapat dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa ‘market price’ atau harga pasaran semasa bukanlah kayu pengukur, sebaliknya ia perlu dilihat bersandarkan keadaaan  atau ‘circumtances’ kes ini. Dapatan ini bukanlah dibuat begitu saja, tetapi berdasarkan kepada nas-nas yang kukuh dan semangat (spirit) kewujudan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mempersoalkan bahawa tidak wajar bagi beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM6.5 juta kerana keadaan rumah yang separuh siap pada masa itu. Namun, beliau tidak pula memikirkan ketidakwajaran Shamsuddin untuk menjual rumah tersebut dengan harga RM3.5 juta sedangkan Shamsuddin telah membelanjakan hampir RM7 juta iaitu harga belian dan kos untuk mengubah suai rumahnya.

Shamsuddin pada masa itu adalah seorang yang tidak menghadapi masalah kewangan. Oleh itu, mengapa beliau harus terdesak untuk menjual hartanah tersebut dengan harga jauh lebih murah berbanding wang yang telah dibelanjakan.

Atas sebab ini, para hakim telah menyatakan Khir Toyo sebenarnya tahu harga sebenar rumah itu, yang telah dibayar oleh Shamsuddin. Namun beliau masih bersahaja meminta Shamsuddin agar menjual rumah itu hanya pada harga RM3.5 juta. Keterangan juga membuktikan Khir Toyo sendiri telah bertanya kepada pemilik asal hartanah tersebut pada awal tahun 2004, dan beliau telah ditawar harga jualan RM7 juta.

Oleh itu, Khir Toyo seharusnya tidak mengaburi fakta kes ini dengan mendakwa hakim tidak menyatakan apakah tanda aras yang boleh digunakan, sedangkan beliau telah dibuktikan telah menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan atau membeli hartanah itu dengan harga yang beliau ketahui tidak munasabah sama sekali dari pemiliknya.

Keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim adalah setelah menilai keseluruhan keterangan yang ada. Penyataan Khir Toyo mempertikaikan keputusan hakim-hakim yang tidak menerima pakai laporan penilaian hartanah dari Rahim and Co jelas menunjukkan Khir Toyo sengaja untuk tidak memahami mengapa penilaian ini ditolak.

Para hakim telah menjelaskan bahawa penilaian ini tidak diterima, pertama kerana harga pasaran bukan kayu pengukur, kedua laporan tersebut sendiri jelas menyatakan ia tidak boleh digunakan sebagai bahan rujukan di mahkamah, dan ketiga keterangan membuktikan bahawa harga RM3.5 juta tersebut adalah harga yang ditetapkan sendiri oleh Khir Toyo kepada pegawai bank berkenaaan. Pegawai bank ini adalah saksi yang tidak berkepentingan sama sekali dalam kes ini.

Pertuduhan terhadap Khir Toyo  adalah berdasarkan kepada keterangan yang kukuh dan bukan atas faktor politik atau menjadikan Khir Toyo  sebagai ‘kambing hitam’.

Khir Toyo  telah diwakili oleh barisan peguam yang ternama dan berpengalaman, malahan kes ini telah sampai ke peringkat Mahkamah Rayuan, yang telah didengar oleh tiga hakim kanan yang bijaksana.

Seharusnya Khir Toyo  berhati-hati dan bijak dalam membuat sesuatu andaian, apatah lagi andaian yang tidak berasas. Tambahan pula kes ini telah dibicarakan dengan sepenuhnya dan telah diputuskan berdasarkan prinsip undang-undang dan sistem keadilan jenayah Malaysia.

Berhubung dakwaan Khir Toyo bahawa kes ini bukan rasuah, adalah ditegaskan bahawa Seksyen 165 Kanun Keseksaan merupakan satu kesalahan berjadual (prescribed offence) di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (pada ketika kesalahan dilakukan), berhubung kesalahan yang dilakukan oleh seorang pegawai atau kakitangan kerajaan yang menerima atau memperolehi sesuatu daripada seseorang yang beliau mengetahui mempunyai urusan rasmi dengan beliau tanpa balasan yang mencukupi.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah dikategorikan sebagai kesalahan rasuah juga kerana ia berhubung penyalahgunaaan kedudukan secara tidak langsung terhadap individu berkenaan.

Hukuman  maksimum bagi kesalahan ini adalah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekala. Ia berbeza dengan kesalahan rasuah yang nyata yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Saya ingin menegaskan bahawa tidak pernah ada sebarang bentuk campur tangan politik ke atas saya. Saya membuat keputusan untuk mendakwa kes ini berdasarkan kepada keterangan yang diperoleh dari hasil siasatan yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bersandarkan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada, sama ada untuk menuduh Khir Toyo atau sebaliknya.

Saya juga ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah campur tangan dalam soal mengenakan pertuduhan terhadap sesiapa pun. Tidak pernah ada campur tangan politik dan tidak akan dibiarkan campur tangan politik dalam perkara-perkara yang melibatkan Jabatan Peguam Negara.


Daripada menuding jari ke atas mana-mana pihak kononnya wujud unsur konspirasi atau tekanan, langkah terbaik yang Khir Toyo perlu ambil ialah menyediakan pembelaan beliau di peringkat rayuan Mahkamah Persekutuan.

Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia
1 Jun 2013
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 10:28 PM | Show all posts
Peguam Negara nafi wujud konspirasi politik pendakwaan Dr Khir

NIZAM ZAIN
1 Jun 2013


Abdul Gani Patail

SHAH ALAM – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menafikan wujudnya unsur konspirasi atau tekanan serta campur tangan politik terhadap kes perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan rasuah.

Malah Abdul Ghani menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak pernah campur tangan dalam soal mengenakan tuduhan terhadap sesiapa pun khususnya perkara yang melibatkan Jabatan Peguam Negara.

“Saya membuat keputusan untuk mendakwa kes ini berdasarkan keterangan daripada siasatan yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bersandarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada, sama ada untuk menuduh Mohamad Khir atau sebaliknya.

“Pertuduhan terhadap Mohamad Khir adalah berdasarkan kepada keterangan yang kukuh dan bukan atas faktor politik atau menjadikan beliau sebagai ‘kambing hitam’.

“Daripada menuding jari ke atas mana-mana pihak kononnya wujud unsur konspirasi atau tekanan, langkah terbaik yang beliau perlu ambil ialah menyediakan pembelaannya di peringkat rayuan Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Abdul Gani, beliau turut berasa kesal apabila kenyataan Khir Toyo dalam laman blognya www.drkhir.com semalam mempertikaikan keputusan hakim sekaligus cuba menghina mahkamah dan tidak menghormati barisan peguam beliau sendiri walhal kesnya itu dikupas dengan panjang lebar dan teliti dalam penghakiman yang dikemukakan pada hari keputusan.

“Semua fakta dan keterangan telah dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan dan dokumen-dokumen yang diterima oleh mahkamah mengikut prinsip undang-undang dan disoal panjang lebar oleh barisan peguam Mohamad Khir.

“Namun fakta ini tidak dinyatakan oleh beliau dalam blognya semalam,” tegasnya.

Dalam kes itu katanya, pendakwaan bukan sahaja telah membuktikan Mohamad Khir membeli hartanah bernilai RM3.5 juta itu sebagai tidak memadai atau mencukupi daripada Shamsuddin, malahan juga telah membuktikan wujud perancangan teliti bekas Menteri Besar itu untuk memiliki hartanah tersebut sejak 2004.

Dalam pada itu, tindakan Mohamad Khir menyatakan beliau tidak bersalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di laman blognya adalah tidak wajar seolah-olah cuba mempertikaikan kebijaksanaan para hakim dari segi membuat penilaian keterangan dan tidak arif terhadap peruntukan undang-undang yang sedia ada sedangkan bukti adalah kukuh.

“Segala perancangan teliti Mohamad Khir untuk membeli hartanah tersebut dan menggunakan Shamsuddin untuk mencapai hasrat beliau ini jelas menunjukkan kesalahan yang dilakukan kerana beliau telah menyalahgunakan kedudukan atau pengaruhnya selaku Pengerusi PKNS terhadap seorang yang berurus niaga dengan PKNS.

“Mohamad Khir seharusnya tidak mengaburi fakta kes ini dengan mendakwa hakim tidak menyatakan apakah tanda aras yang boleh digunakan, sedangkan beliau telah dibuktikan telah menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan atau membeli hartanah itu dengan harga yang beliau ketahui tidak munasabah sama sekali dari pemiliknya,” jelasnya.

Abdul Gani juga menasihatkan Mohamad Khir supaya berhati-hati dan bijak dalam membuat sesuatu andaian khususnya membuat kenyataan tidak bersalah yang disebarluaskan melalui media sosial sedangkan kes beliau dibicarakan sepenuhnya dan telah diputuskan berdasarkan prinsip undang-undang dan sistem keadilan jenayah Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Panjang itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan merupakan satu kesalahan berjadual (prescribed offence) di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (pada ketika kesalahan dilakukan), berhubung kesalahan yang dilakukan oleh seorang pegawai atau kakitangan kerajaan yang menerima atau memperolehi sesuatu daripada seseorang yang beliau mengetahui mempunyai urusan rasmi dengan beliau tanpa balasan yang mencukupi.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah dikategorikan sebagai kesalahan rasuah juga kerana ia berhubung penyalahgunaaan kedudukan secara tidak langsung terhadap individu berkenaan.

Hukuman maksimum bagi kesalahan ini adalah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekala. Ia berbeza dengan kesalahan rasuah yang nyata yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 10:33 PM | Show all posts
Bekas MB fail notis rayuan

2013/06/01 - 06:22:29 AM Cetak Emel Kawan
  
Putrajaya: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menerusi peguamnya, M Athimulan, semalam memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, di sini berhubung hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

Notis itu susulan keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang mengekalkan hukuman dibuat Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadapnya yang disabitkan bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, empat tahun lalu.

Kekal keputusan

Kelmarin, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 yang memerintahkan tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah berkenaan dan diserahkan kepada kerajaan.

Tiga panel hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu, Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Disabit bersalah

Dr Mohamad Khir disabitkan bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui Pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 12:48 PM | Show all posts
fuh enaknya mendetarah duit rakyat..patutnya kna lama lg dok dlm penjara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2013 12:54 PM | Show all posts
dah terhantuk pun masih tak terngadah lagi..
elok kena hentak jek.. baru lah nak insaf.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:58 AM | Show all posts
moyas posted on 31-5-2013 03:44 PM
jom menempe mlm ne

Oyas, ai tak makan tempe
budu ngan cencaluk jah i telan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 09:59 AM | Show all posts
totokreturn posted on 31-5-2013 04:00 PM
camna cara sekalipong.. bn binik najis wajib menang pru sebab mana nak korek duit buat majlis kawi ...

well said. u paham i paham. pencacai kata tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:25 AM | Show all posts
MB selangor dah 2 org naik court...selangor mmg lubok duit...sbb tu PR nak sangat selangor....boleh balun cukup2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 10:26 AM | Show all posts
akughi posted on 3-6-2013 10:25 AM
MB selangor dah 2 org naik court...selangor mmg lubok duit...sbb tu PR nak sangat selangor....boleh  ...

bukan PR nak Selangor. Tapi rakyat Selangor nak PR. Hanya mereka yg mata duitan dan perasuah yg beriya2 mau Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:28 AM | Show all posts
si tempe ni naik court jugak....ingatkna betul la mcm mangkuk mangkuk PR cakap yg org umno ni kebal dari undang2.....tapi mat taib ngan khir poyo ni mcm tak kebal je....

tang mane kebalnye...kalo betul kebal...knp bukak fail siasatan? ade kes kat mahkamah? dibicarakan?

ni maknanye.....semua tak de kuase nak elak dari tindakan undang2....ni la buktinya mahkamah tu telus....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 10:30 AM | Show all posts
akughi posted on 3-6-2013 10:28 AM
si tempe ni naik court jugak....ingatkna betul la mcm mangkuk mangkuk PR cakap yg org umno ni kebal  ...

Telus ke? Khir Toyo kata dia kambing hitam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:28 AM | Show all posts
gogo2 posted on 3-6-2013 10:30 AM
Telus ke? Khir Toyo kata dia kambing hitam...

alang2 tak telus tu....baik tak payah masukkn kes tu ke mahkamah....sbb bile tak disabitkn kesalahan nanti jadi pertanyaan org ramai...lagi byk masalah....kang ade pulak report BPR, report polis, NGO buat demo la bagai.....kan org lain ade mata ade telinga ade mulut ade kaki boleh terus mempersoalkn tindakan mahkamah....mahkamah pun bukan bodoh tak nampak tu semua.....ni cerita kalo tak telus la, usah kata nak tutup kes, kes terus tak payah bukak fail....

tapi sbb telus, ade perbicaraan bagai....bab rayuan ngan hukuman tu ikut kepintaran peguam bela si tempe tu, mcm gak si nuat al jxbxrun....kalo si kapal sink tu bodoh mcm kayu, mmg dah lame masuk penjara.....

kite cakap jgn berlandaskan nafsu semata2 bro......

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 11:34 AM | Show all posts
akughi posted on 3-6-2013 11:28 AM
alang2 tak telus tu....baik tak payah masukkn kes tu ke mahkamah....sbb bile tak disabitkn kesalah ...

kalau betul2 telus, kita semua akan tau bro. Ini bukan nafsu atau sebab kita benci. Tapi mmg terang benderang nampak kebobrokan sistem kita.

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:37 AM | Show all posts
akughi posted on 3-6-2013 10:28 AM
si tempe ni naik court jugak....ingatkna betul la mcm mangkuk mangkuk PR cakap yg org umno ni kebal  ...

ni laaa buktinya pemimpin UMNO kaki rasuah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 11:48 AM | Show all posts
kecimpret posted on 3-6-2013 11:37 AM
ni laaa buktinya pemimpin UMNO kaki rasuah

yg mane makan rasuah mmg kene tindakan.....tak de terlepas mcm tu je....yg budak2 PR meroyan tak tentu pasal konon pemimpin umno kebal tu ape hal.....lain kali cakap biar pakai otak...lain la dewa PKR tu...molia selamanya

mat taib yg bawak lari duit ke austolia pun kene pecat ngan Tun M dulu....ko kene la terima hakikat bahawa org yg makan rasuah, peliwat mesti diambil tindakan.....anwar yg anak mas umno pun kene tendang.....

belajar2 la terima hakikat...jgn main ikut cakap org je

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:50 AM | Show all posts
gogo2 posted on 3-6-2013 11:34 AM
kalau betul2 telus, kita semua akan tau bro. Ini bukan nafsu atau sebab kita benci. Tapi mmg teran ...

si tempe tu pun dah kene hukuman, tapi skrg dia nak buat rayuan......skrg ko masih tak tau lagi ke yg hukuman dah jatuh tapi ade rayuan dari tertuduh....ko masih anggap ni konspirasi dari najib ngan Tun M ke....atau konspirasi umno
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:51 AM | Show all posts
gogo2 posted on 3-6-2013 11:34 AM
kalau betul2 telus, kita semua akan tau bro. Ini bukan nafsu atau sebab kita benci. Tapi mmg teran ...

tak pun ko cakap je....hakim tu dah kene bayo ngan umno....sbb tu tempe kene hukum
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:53 AM | Show all posts
MissNigga posted on 30-5-2013 05:13 PM
serve ur rite
tak leh ler ko makan tempe kat jail karang ...

12 bulan ditolak segala mak nenek public holiday, tempoh rayuan dikemukakan dan didengar ( jika diambil kira), serta muka sedih @ berkelakuan baik dalam cell.....the final number of days serve......jadik seminggu...

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.098875 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list