CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skalar

Sesi Kisah Puaka - Sneak peek cerita 21

[Copy link]
 Author| Post time 21-8-2014 08:12 AM | Show all posts
Clover_Hill posted on 20-8-2014 08:51 PM
huihs..aku pun bangun masak jam 4 pagi tetiap hari(tapi bkn masak utk jual la..utk suap perut anak ...

hahahahaha. maaflah kak. aku cerita je. so, macam mna pagi tadi? hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 21-8-2014 08:12 AM
hahahahaha. maaflah kak. aku cerita je. so, macam mna pagi tadi? hahahaha

Meriah kamu gelak ye..hoho..

Blakang umah belum berpenghuni..so ada unsur skeri di situ..no choice,kene paksa rela big boss suruh temankan bini masak la ape lagi..ngagagaga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 08:31 AM | Show all posts
Clover_Hill posted on 21-8-2014 08:22 AM
Meriah kamu gelak ye..hoho..

Blakang umah belum berpenghuni..so ada unsur skeri di situ..no cho ...

tak apa. lama-lama nanti biasa la
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 21-8-2014 08:31 AM
tak apa. lama-lama nanti biasa la

maybe..yg x berubah takat ni adalah sifat penakut yg maha tinggi dlm diri..dr kecik kenot smpailah x brapa nk kecik ni..so camno..?

baca cite antu no 1..pehtu sndiri imejin sendiri takut..hahah (gelakkan diri sndiri..:p)

xdak hapdet terbaru ka dik..?nak buat modal berimejinasi nih..kehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 08:47 AM | Show all posts
hahaha. imaginasi cerita hantu ek? aneh ni. sabar ye kak. aku busy skt pagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:19 AM | Show all posts
skalar posted on 18-8-2014 09:23 AM
Cerita ke - 16. Mohon kemaafan semua. Aku ritu busy sampai khamis ke sekolah kan? pastu jumaat,sabtu ...

uishhh seram..
nasib baik la aku tak penah nampak benda bukan2...
tp betul la.. kalau lalu area gunung ganang tu.. mmg mate ni duk pandang luar jer..
wpn tak nampak ape2.. gelappp ..!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 10:50 AM | Show all posts
Sebenarnya mak saya pun pernah alami kejadian sama cam mama... kena kacau masa masak di subuh hari.. mak saya dulu masak untuk kantin sekolah (mak saya cikgu.. tapi pagi2 bangun masak untuk kantin sekolah - abah saya yg jaga kantintu). So mmg bangun kul 3 la start masak... cam biasa tingkap ngan pintu mmg terbukak... mak plak masak kat dapur luar... dekat dapur tu ada pokok kelapa.... masa mak tgh masak tu tak semena2 buah kelapa jatuh bergolek2 kat kaki mak... mak heran gak sbb takde angin pun... mak pandang atas pokok kelapa tu..terkejut mak tgk ada benda hitam berbulu lebat tgh tersengih2 atas pokok tu.... matanya merah... nasib baik mak jenis yg hati kental.. selamba mak cakap "aku nak masak ni... pegi sana jangan kacau aku... aku tak kacau kau" sambil dalam hati baca2 surah yg patut. Masa mak cita kat kitaorg adik beradik kitaorg yg meremang... mak rilex jer huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:03 AM | Show all posts
Assalamualaikum...sebelum nie aisya jd SR je..best citer TT..citer la lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 02:31 PM | Show all posts
skalar posted on 25-7-2014 11:33 PM
Cerita ke 5. Part 2. Di Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Perjalanan pergi ke sini dari Shah Alam  ...

TT,
Ko pegi tempat tu mmg ada penghuni nye,nama pon tempat peninggalan sejarah.
Ada meriam kat situ di balut kain kuning. Sebabnye? Di khabarkan diwar -warkan meletup dengan sendirian berhadnye.

Dan YES, di situ jugak tempat penginapan selama2nya oleh seorang puteri. puteri apa? tidak la hamba tahu.

Situ bawah bukit kuala selangor tu ada taman rama2 ke apa,klu korang pegi sana,lagi seriau.. penah pegi sana,tapi siang hari la.. suram je tempatnye,redup kawasannye,tenang pandangannye.

Nanti cuba naik lagi di siang hari,ada muzium kecik kat atas tu,kat dengan kawasan meriam n tempat berkumpulnya segala cucu cicit monyet n beruk.
Ada yang 'menarik' di sana.



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
waheedatul posted on 21-8-2014 02:31 PM
TT,
Ko pegi tempat tu mmg ada penghuni nye,nama pon tempat peninggalan sejarah.
Ada meriam kat s ...

Aku pernah masuk muzium tu.member aku siap amik gambar lagi kat replika kubur ke kubur betul kat dlm muzium tu.aku pun ingat2 lupe la.masa aku pegi tu tahun 2009 kot.monyet2 kat situ jinak betul xtakut org langsung.tapi yg aku pelikkan nape ek toilet kat situ xde cermin?xtau la kalau sekarang da ada cermin ke.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 01:12 PM | Show all posts
Arissa_Adaj posted on 21-8-2014 10:50 AM
Sebenarnya mak saya pun pernah alami kejadian sama cam mama... kena kacau masa masak di subuh hari.. ...

patutnya lepas sound tu mak arissa ambik kelapa baling plak kat antu tu..kikiki. gurau je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 04:00 PM | Show all posts
Cerita ke - 18. Sorry sayang2 semua.ewah. Aku busy sangat. Keroje bertimbun-timbun baq ang. Benco berpraktikal kerja banyak macam ni. Pening. Nasiblah minggu depan aku dah nak habis. Dah cerita yang ke 18. Punya banyak cerita aku. Aku berterima kasih kepada yang sudi membaca cerita aku yang aku hambar ni. Maklumlah, semua ni cerita yang jadi. Kalau cerita aku reka mungkin boleh jadi lebih ganas kan? Elemen-elemen tokok tambah lagi. Tapi tak apalah. Aku memilih untuk jujur (Bapak poyo). Okeh.

Cerita ke 18 ni pasal ekspidisi aku ke satu kawasan air terjun di Melaka iaitu Air Terjun Asahan di Asahan. Aku pergi dengan 3 orang kawan aku. Popoi, Mal dan Chai. Masa ni kami pusing-pusing Jasin tu mencari jalan ke air terjun tu. Pening nak cari nya. Last-last kami berenti kat Petronas Jasin lama. Depa nak lepas hajat. Aku beli aiskrim moo moo tu. Sedap jugak. So, Mal pergi bersembang dengan pump attendent(ke?) tu, dia tanya mana air terjun tu. Kebetulan besar, yang Mal tanya tu memang orang Asahan. So dia pun cakap lah. leh, takde lah jauh sangat

(katanya. Padahal jauh nak mampos). Tapi, sebelum belah tu orang Petronas tu cakap benda yang buat kami cuak jugak lah nak ke sana. Dia cakap. "Hati-hati bila ke sana. Nak mandi, mandi. Jaga mulut. Jangan buat benda bukan-bukan. Kat sana ada tok batin jaga. Jangan buat dia marah. Binatang dia bela tu ganas". Hah sudah. Jem aku. Aku cuak. Lain macam rasa. Tapi dah semangat nak mandi kan? Aku terpaksa. Banyak kes dalam kisah aku cerita ni semua aku terpaksa. Depa gila. AKu terpaksa. bugima.

SO, Air Terjun Asahan ni lokasi dia kat Gunung Ledang. Cuma ni Gunung Ledang sebelah melaka (walau hakikatnya Asahan ni memang di Johor). Atau begitu  lah lebih kurang. Aku pandang macam tu je. Takde lah pulak detail investigation pasal kawasan ni. Perjalanan dari rumah aku kat Merlimau ke Air Terjun Asahan ni tambah dengan sesatnya lebih kurang 45minit. Jauh jugak. Air Terjun ni ada dekat 1 kawasan orang asli tapi yang moden lah. Ada kereta apa semua. Cuma memang jalan nak masuk dia angker beb. Aku kat office ni. Internet 'lajuuuu' sangat. AKu tak dapat nak upload gambar. Nanti aku post gambar jalan masuk dia. Nak masuk jalan tu ada 1 gerbang yang memang nampak angker. Sebab dia gerbang yang jalan depan nya ke bawah dan belakang pada gerbang tu hutan. Psiko je sebab jalan masuk je macam tu. Lepas ke atas sikit jalan biasa je.dem. Susah nak explain. Nanti aku kasi gambar. Kat gerbang tu ada tulis 'SELAMAT DATANG KE LAMAN TIGA BUDAYA ASAHAN'. Dengan rasa cuak kami pun lalulah. Turun je jalan ke bawah ada jalan 2 hala. tak besar. muat-muat kereta. Masa aku pergi tu ada pokok patah. Ada orang TNB tengah potong pokok yang kat tengah jalan tu. Nasib boleh lalu. Tambah cuak aku. (Note : aku je rasa cuak sebab aku tengok depa happy je.bugima). Kami lalui jalan tu sampai keluar area hutan tu. Ada kawasan lapang da. Aduh. Spoil je. Kat sini ada la orang lalu lalang naik moto. Awek-awek pulak tu. Hish. Hilang terus cuak aku.

So, kami jalan masuk. Okey. Jalan nak ke air terjun ni dah bukan tar. Jalan tanah je. Tapi kereta boleh lalu. Entrance tu simpang 2 antara air terjun dan kampung orang asli ni (Note : Kami mula-mula terlepas ke kampung orang asli tu. Dah masuk jauh ke dalam baru lah sedar macam tak sampai-sampai je. Last-last tanya budak-budak situ. Rupa-rupanya kat depan lagi kami dah salah simpang)ada 1 kawasan macam theme park? ke apa tah. Laman Tiga Budaya tu. Bapak kau aku cakap tempat tu. Dia macam ada hotel. belakang tu ada kawasan theme park kecik. Psiko abis. Aku serius. Kawasan tu dah takda orang. Kosong. Theme park, kosong. ironic. Memang lalu simpang 2 ni akan lalu Laman 3 Budaya ni. Masa aku lalu tu, aku perhati je hotel tu, meremang beb. Seriously. Sorry sebab gambar hotel tu aku tak tangkap. Takut. Tapi gambar theme park belakang tu aku ada tangkap sikit. Nanti aku upload. Aku tak tahu kenapa tapi memang seram gila. Hotel tinggal. Taman tema air tinggal. Combo.sial.

So, lepas sesat ke kampung orang asli, akhirnya kami sampai kat kawasan air terjun. Kereta ada limit parking dia. Kalau pakai jeep boleh ke atas lagi. So kami semua set, park kereta situ. Masa kami datang tu ada kereta lain, so lega la. Tapi still 4-5 kunci jugak kat kereta tu. Kereta 2nd hand baru Mal. ewah. Kami bawak serba biasa je. Cadangan nak bermalam kat situ. Punca utama sebab masa tu krisis air Merlimau tu. Benco wo tak mandi lama-lama. Memang mencari air aje. So kami bawak lah toileties dan bape helai baju seluar semua. Popoi bawak pisau rambo. Mal bawak pisau kecik. Chai lenggang. Aku bawak pisau 3 in 1.jem. Popoi pinjam dekat kawan dia khemah. Tapi 1 je. Besar jugak. Aku ragui kemuatan dia sebab memang kami semua tinggi-tinggi. Tapi jalan jelah.

Perjalanan masuk ke kawasan air terjun tu boleh tahan jugak. Mendaki sikit. Aku pancit. Tak tahan. Tapi kena gagah kan jela. Kami at first cuak sebab masa tu memang kemarau sikit kat melaka tu. Jalan depan tu ada kawasan air terjun. Ada batu-batu, tapi takda air. Memang benco. Tapi Popoi cakap jalan dulu. Atas lagi. Kami pun mendaki lagi (Actually bukan mendaki pun, hyperbola je. Dia macam jalan kat kawasan menaik sikit). Kami semua tersenyum lebar. Barulah sedar. Ada empangan rupanya. Yang kawasan kering tu akan ada air bila air kat empangan penuh je. Kat situ nampak lah budak-budak motor. Lepak-lepak. Muka tegang je. bugima. Kami ingat nak lepak situ. Tapi depa, tahu tahu jela. Adventure lebih-lebih.

Jadi kami mendaki sambil merentas hutan. Punya penat. Jauh gila. Memang jauh. AKu rasa dalam 2KM. Sebab aku dah nak pitam dah. Haha. Setelah lelah berjalan, kami pun tiba di kawasan yang sesuai. Luas jugak. Ada batu besar. Muat nak letak khemah. Air dia pun memang best. Batu kurang. Boleh terjun lagi. So kami pun menapak lah kat situ. Takda orang pun kat situ. Sunyi habis. Sebab macam dah dalam sangat. Manusia pun tak berani kat situ. Aku biasalah dengan cuak aku.haha. Tapi lepas terjun air, memang tak fikir apa. Berapa lama asyik mandi sikit-sikit je. Tak puas. Ni dapat dapat mandi puas-puas. Memang all out. Masa mandi ni, benda pelik jadi. Chai, yang kami tengah happy-happy, tiba-tiba macam lemas. Lepas tu hilang. Udah, jem kami. Tapi lepas tu tiba-tiba dia timbul macam baru lepas menyelam. Kami memang jem sebab masa tu aku, Popoi dengan Mal yakin yang Chai memang dah takde dalam air tu masa tu. Tapi dia keluar rilek je macam takda apa-apa jadi. Pening kami. Tapi, demi menyelamatkan keseronokan, kami decide untuk tidak bagitahu Chai. Kami teruskan mandi macam biasa. Walau dalam hati hanya tuhan yang tahu.

Hari semakin petang. Kami masih lagi tidak keluar dari air. Bestnya air terjun ni, dia ada ikan kecik yang makan kaki tu. Free. So memang lama kami berendam.perak. tak pernah merasa sebelum ni. Tapi ada bahana jugak ikan kecik ni yang dah besar pun makan kaki orang. Memang haram jadah. Aku ingat pirana ke apa. dem. Hari gelap cepat je. So, kami set khemah kat situ. Tekaan aku memang tepat. pundi betul. 2 orang je muat dalam tu. Jadi nak tak nak terpaksa buat sistem askar lah. 2 tido 2 berjaga,Aku jaga dengan Chai. Mal dengan Popoi. Sebab? Faktor saiz. Kecik besar kecik besar. Kisah aku dengan Chai ni lanc** sikit sebab isu petang tadi. Aku masa ni duduk kat batu kat air bawah. (Note : Khemah ni kat batu besar,tinggi. AKu kat batu yang kat laluan air tu. Bawah lah kiranye kan?) Ngasap. Chai pulak main gem apa tah kat phone dia. Sejak ada powerbank 15k mAH jenama Pineng ni, tidak lagi risaukan kehabisan bateri.ewah iklan. Dia kat tepi khemah. Sampai hari ni aku menyesali perbuatan aku berada di bawah ni. Masa tu aku tengah fefeeling ngasap kan. Tibe-tibe Chai yang tengah khusuk main game ni tiba-tiba panggil aku macam berbisik. Aku terajang dia nanti. Apakehal berbisik-bisik. Budak di perumahan royalty ke nak senyap-senyap. Dia cakap. "Ska (Note : geli aku panggil ni tapi dia tak panggil ni, nama samaran), naik naik." Dengan cara gelebah habis dalam nada berbisik. Aku pun hangin. Mengganggu fefeeling aku.Aku pun naik lah. Dia tarik aku pegi unggun api tepi khemah tu. (Note: masa ni pukul12lebih. Mal dengan Popoi tengah tidor. Shift dia 12-3. 3-6). Dia cakap, "Ang hisap rokok dengan sapa tadi?????" Aku jawab, "Apa kejadahnya dengan sapa. Mestilah sorang-sorang. pune". Dia pun cakap bercerita. "Masa aku main game tadi, aku tengok la ang. Hidup lagi ke tak. Tiba-tiba. Aku nampak benda hitam berdiri belakang ang. Dia bakar rokok. Mula-mula berdiri. Lepas tu dia duduk sebelah ang." Ah sudah. Jem aku. Bangsat apa dodol. Memang masa ni bulu roma aku meremang tahap nak terkeluar dari badan aku. Aku marah Chai. Cakap, "Biar betul! Mana ada sapa-sapa tadi!". Dia mengiakan bersungguh-sungguh. Benda ni memang aku cuak sebab Chai ni jarang cuak macam ni. Dia selalu rilek je. Lepas tu, aku decide lepak kat unggun je. Aku kalau ikut hati, memang nak masuk je khemah tu. Tapi aku rasa macam tak patut pulak. Jadi aku duduk lah dengan Chai kat unggun tu. Aku ingat, dekat 14 batang rokok aku hisap sepanjang duduk situ. Aku tengok jam, baru pukul 1.45. Memang bugima.

Lebih kurang pukul 2 lebih tu peristiwa paling haram sekali. Masa aku tengah lepak dengan Chai. Memang aku ingat masa ni aku sembang sampai zaman kanak-kanak dengan dia. Sebab nak buang seram tu. Tengah sembang tu, tiba-tiba dengar semak goncang. Pergh. Jantung aku punya laju. Dah la tengah cuak. Tiba-tiba datang elemen seram filem melayu. Okey, Masa ni, aku terfikir nak berlari terbang ke alam lain. Aku dengar betul-betul dalam jarak macam 3-4 langkah besar tu, ada bunyi deraman harimau. Betul-betul harimau. Aku tak rasa kucing hutan. Masa ni lah, aku dengan Chai punya kaku. Batu. Lama gila. Bunyi harimau tu buat macam geram sungguh kat kami. Dalam hati aku, memang aku baca segala apa kejadah aku tak tahu beb. Laju jantung aku. 12312312312 beats per second. Aku pandang Chai. Chai pandang aku. useless betoi. Takda solusi di mata dia. Last-last aku kasi isyarat masuk ke khemah. Punya pelan aku bergerak. Takda bunyi apa. Sampai khemah, memang aku sumbat masok dalam tu. Sekali dengan Chai. Popoi dengan Mal bising. Aku tekup muka Popoi dengan Mal tu. Suruh diam. Lama jugak. Bunyi sunyi je. Takde lagi bunyi deram tu. Pergh hati aku lega. Tak tahu la macam mana. Jadi lepas tu semua duduk dalam khemah tu. Aku cerita. Popoi senyap je. Ngantok kali. Reaksi Mal berlebihan. cuak gila. Aku yang geram pulak paksa aku jangan tidur. Memang tak. Ngantok habis aku.

So, cerita pasal Popoi dengan Mal aku sambung malam sekali dengan gambar entrance depan dengan water park psiko tu okey. dengan kawasan air terjun tu. Kerja banyak tapi aku selitkan jugak cerita ni untuk kome semua. sekian, cerita ke - 18 part 1.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 04:59 PM | Show all posts
skalar posted on 22-8-2014 04:00 PM
Cerita ke - 18. Sorry sayang2 semua.ewah. Aku busy sangat. Keroje bertimbun-timbun baq ang. Benco be ...

jantung aku plak mmelompat2. ayaq terjun ni mmg macam2 crita tapi..mandi ayaq dia best..xtahan dowh. cepat2 sambung kaih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 06:55 PM | Show all posts
follow....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 09:04 PM | Show all posts
khailya posted on 21-8-2014 10:19 AM
uishhh seram..
nasib baik la aku tak penah nampak benda bukan2...
tp betul la.. kalau lalu area  ...

betul tu. lagi-lagi kalau driver bosan dan jugak bukan kita yang drive.memang pandang luar saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 09:07 PM | Show all posts
Arissa_Adaj posted on 21-8-2014 10:50 AM
Sebenarnya mak saya pun pernah alami kejadian sama cam mama... kena kacau masa masak di subuh hari.. ...

gila bulu lebat atas pokok sengih? omgomg. kalau aku tu dah masuk fasa mati pura-pura dh tu. gnas nye. salute mak ang. hebat.awesome. melangkui batas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2014 09:08 PM | Show all posts
aisyaaffiyya posted on 21-8-2014 11:03 AM
Assalamualaikum...sebelum nie aisya jd SR je..best citer TT..citer la lg..

terima kasih. aku akan cuba buat korang semua happy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 09:08 PM | Show all posts
waheedatul posted on 21-8-2014 02:31 PM
TT,
Ko pegi tempat tu mmg ada penghuni nye,nama pon tempat peninggalan sejarah.
Ada meriam kat s ...

apa yang 'menarik' tu yong? share sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 09:09 PM | Show all posts
aryyan posted on 22-8-2014 04:59 PM
jantung aku plak mmelompat2. ayaq terjun ni mmg macam2 crita tapi..mandi ayaq dia best..xtahan  ...

heh3. aku update gambar dulu okey.cerita typing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 09:09 PM | Show all posts
kupetik posted on 22-8-2014 06:55 PM
follow....

ty kupetikbintanguntukkausimpancahayanyaterang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196099 Replies : 4540
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30358 Replies : 178
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.077845 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list