CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Tempatan] Apa cerita result PT3 hari ni?

[Copy link]
Post time 23-12-2014 01:03 PM | Show all posts
cupu posted on 23-12-2014 12:50 PM
ni wassup yg sy dpt..

tapi kenapa date 17 dec. walhal pt3 kan kuar smlm..dia wish pun smlm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 01:12 PM | Show all posts
finesse posted on 22-12-2014 02:51 PM
Kak chazey, macam mana format untuk subjek bahasa Inggeris sekarang?

skrg Bah Inggeris ada 2, penulisan dan lisan.
ni msa akak sekolah dulu2, dah ada balik oral BM dan BI
budak2 yg tak fluent ckp omputih, mmg result teruk la.
skrg BM dan BI kan ada subjek buku sastera...yg tak tahu BI, masak la

apa2pun....PT3 ni bagi akak...byk menyusahkan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 posted on 23-12-2014 01:03 PM
tapi kenapa date 17 dec. walhal pt3 kan kuar smlm..dia wish pun smlm..

xperasan plk..false info la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:14 PM | Show all posts
NBM posted on 23-12-2014 01:03 PM
jangan kata guru, mak bapak mcm i ni pun confuse dgn pt3 punya konsep ni.  Patutnya finalise la du ...

mmg confuse.
tidak boleh dilaksanakan secara mendadak, ni le hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:16 PM | Show all posts
cupu posted on 23-12-2014 12:50 PM
ni wassup yg sy dpt..

sungguh tidak adil, bagi budak2 yg telah menduduki PT3 tahun 2014.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:22 PM | Show all posts
cupu posted on 23-12-2014 12:37 PM
kata najib dh batalkan pt3 kan?ada dpt wassup.rasionalnya bagus gak pt3 ni.teringat plk aku.ms form3 ...

cupu, dpt add math credit pun dah kira cukup baik.
aku dulu pun masuk kelas sains, sb dlm adik beradik, aku le yg pertama masuk kelas sains
walaupun aku tahu aku mmg tak boleh bwk subjek sains
last2 keputusan aku pun tidak membanggakan
aku ambik calon persendirian berikutnya, tapi aku ambik subjek sastera
aku belajar sendiri
aku punya subjek sastera dapat A1
agaknya mmg aku ada jiwa seni kut...hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2014 01:26 PM | Show all posts
kalau betul la kerajaan nak mansuhkan PT3 ni, mmg saja je la.

pada i yang anak belum masuk sekolah ni pun, rasa PT3 ni bagus nak tengok tahap mana anak anak ni mampu berfikir.
yes biasa la first year ada je la kurang sana sini, sistem server bagai sume ngok ngek lagi. tapi pelan pelan la improve. bodoh la kalau sebab sume makpak/cikgu/bbdk sume mengeluh PT3 result teruk, nak mansuhkan PT3 ni.

herrrgghh ni la bile sume makpak guna bilangan A nak tunjuk anak tu pandai ke tak.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:29 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 23-12-2014 12:26 PM
Sy harap ibu bapa dpt bersuara utkkekalkn pt3.. Dipihak guru suara kami xde nya didengar...

H ...

exam timss tu apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 01:34 PM | Show all posts
yuki812 posted on 23-12-2014 01:03 PM
tapi kenapa date 17 dec. walhal pt3 kan kuar smlm..dia wish pun smlm..

kannn....rakyat Malaysia semakin celik..tak terima bulat2 semua yg dilapurkan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz posted on 23-12-2014 01:29 PM
exam timss tu apa?

Trends in International Mathematics and Science Study..
Ujian peringkat international kaji penguasaan murid setiap negara dlm subjek sains dan math...

Kita antara tercorot... Lagi teruk dari vietnam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:54 PM | Show all posts
setiap pelajar yg ambil keputusan PT3 mesti ada 4 sijil.
Keputusan PT3, Pelaporan PBS, psikometrik dan ujian segak & kokurikulum.

dah dpt, kena pastikan keputusan semua subjek tu lengkap. kalau sijil tak lengkap kerana tak hadir semasa ujian dibuat, jenuh lah nak apply mana2 sekolah idaman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:59 PM | Show all posts
InangPutri posted on 23-12-2014 12:13 PM
setuju untuk kekalkan gred mcm tu..yg benar2 layak saja dpt A,
selama ni, ckgu2 sekolah asyik kena  ...

hah tu la..
setau aku masa taklimat dgn cikgu sekolah
katanya pembelajaran di dalam kelas, band2 semua tu, akan diambil kira markahnya ditambah dengan PT3


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:04 PM | Show all posts


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Hasil sulung pelaksanaan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini menyaksikan keputusan yang ‘mengejutkan’ dengan beberapa sekolah di luar bandar mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran.

Pada masa sama, kebanyakan sekolah ternama pula mencatatkan kemerosotan mendadak jumlah pelajar yang mencatat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil di negara ini.

Di TERENGGANU, sebanyak 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, Kemaman mendapat keputusan cemerlang 11A dan 10A bagi PT3 mereka.

Pengetuanya, Azizah Jusoh berkata, pihaknya tidak dapat membuat perbandingan mengenai pencapaian para pelajar kerana PT3 hanya bermula tahun ini, tetapi menyifatkan keputusan itu sebagai permulaan yang baik.

“Kami berbangga dengan pencapaian mereka yang turut mendapat A dalam pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Kami berharap kepada mereka yang berjaya agar terus kekal dengan SMK Mak Lagam hingga mencapai keputusan terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan sijil kepada para pelajar.

Di PULAU PINANG, antara sekolah cemerlang yang terkesan dengan keputusan kurang memberangsangkan daripada pelaksanaan PT3 itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, SMK Agama Al-Irshad, SMK (P) St. George’s dan SMK Agama Al-Mashoor (L).

Pengetua SMK Bukit Jambul, Noorzeela Abu Bakar berkata, hanya enam daripada 183 calon PT3 sekolah itu mencatatkan keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diduduki mereka.

“Sukar untuk kita membandingkan pencapaian PT3 ini dengan PMR (Penilaian Menengah Rendah) kerana format kedua-dua peperiksaan jauh berbeza. Melalui PT3 pelajar diuji dengan soalan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan tiada soalan berbentuk objektif seperti PMR sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, di SMK Agama Al-Mashoor (L) pula, hanya dua daripada seramai 121 pelajarnya berjaya mendapat keputusan semua A dalam PT3.

Pengetuanya, Abd. Razak Osman berkata, keputusan itu mengecewakan dan jauh berbeza jika dibandingkan dengan PMR tahun lalu.

“Keputusan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik juga tidak memuaskan berbanding mata pelajaran lain. Kita akan menilai pencapaian PT3 ini dengan memberi fokus kepada punca pelajar gagal mendapatkan keputusan cemerlang supaya program penambahbaikan boleh dirangka segera,” katanya.

Sementara itu di MELAKA, SMK Infant Jesus Convent mencatat seramai sembilan pelajar cemerlang daripada 219 pelajar tingkatan tiga sekolah itu dalam PT3.

Pengetuanya, Norizan Ismail berkata, secara keseluruhan, sekolah itu memperoleh tidak kurang daripada 60 pelajar yang cemerlang dalam PMR sebelum ini.

“Memang keputusan jauh berbeza yang mana sekolah ini memperoleh hanya sembilan pelajar cemerlang dalam PT3 yang merupakan salah satu komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Para pelajar pada tahun depan akan diberikan laporan bagi setiap komponen ini dan ibu bapa tidak boleh bandingkan dengan PMR kerana ini merupakan sebahagian daripada PT3.

“Format soalannya pun berbeza, kalau PMR dalam bentuk objektif tetapi PT3 semuanya dalam bentuk subjektif malah dimasukkan pula kemahiran berfikir aras tinggi sebagai persediaan para pelajar untuk menduduki peperiksaan di tingkatan lima nanti,” katanya.

Kata Norizan, pencapaian kurang memberangsangkan adalah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam pada itu, di PAHANG, Pengetua SMK Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Mohd. Yunus Mahil berkata, keputusan PT3 membabitkan 257 calon di sekolah berkenaan adalah kurang memuaskan.

“Kita sudah jangka kerana ini merupakan kali pertama PT3 diperkenalkan. Misalnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik boleh dikatakan majoriti calon PT3 di sekolah ini tidak menguasai tahap minimum atau mendapat keputusan F.

“Ibu bapa tidak perlu terkejut dan risau, kita baru hendak menyesuaikan diri dengan PT3, sudah tentu ada sedikit kesan dengan keputusannya jika dibandingkan rekod-rekod sekolah pada PMR sebelum ini. PT3 adalah satu usaha jangka panjang kerajaan dan memerlukan kerjasama semua pihak bermula dari ibu bapa sehinggalah pihak pengurusan sekolah,” katanya.

Di Maran, berlaku penurunan jumlah pelajar cemerlang yang mendapat A dalam semua mata pelajaran berbanding PMR sebelum ini.

Berikutan itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa sekolah menengah di daerah ini mendapati keghairahan pelajar untuk ‘meraikan’ keputusan PT3 tidak semeriah berbanding sewaktu PMR dahulu berikutan kekurangan ramai calon cemerlang.

Bagaimanapun bagi Pengetua SMK Jengka Pusat, Mohd. Rozi Mat Sani yang ditemui, kekurangan bilangan pelajar cemerlang disebabkan aras soalan yang dikemukakan kepada calon adalah soalan Kbat.

Menurut beliau, ini berikutan PT3 menguji keupayaan pelajar menguasai proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan juga PBS yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan.

“Lima aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan, inilah yang perlu dicapai oleh pelajar.

“Justeru, kita rasional dengan perubahan sistem pendidikan negara yang berteraskan kepada kemampuan pelajar itu sendiri dalam menguasai proses pendidikan yang bersifat global dan berdaya saing,” katanya.

Di PERAK, Pengetua Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Noor Aini Zainal Abidin berkata, daripada 123 pelajarnya yang menduduki PT3 tahun ini, hanya 22 pelajar mendapat keputusan 7A ke atas.

Katanya, keputusan itu agak menyedihkan kerana sasaran awal berdasarkan pencapaian tahun sebelumnya adalah lebih 60 pelajar akan memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran.

“Jika dilihat kepada keputusan itu, kita tidak berpuas hati tetapi keputusan ini tidak boleh dibandingkan dengan PMR kerana pembelajarannya yang berbeza.

“Oleh itu, kita perlu mengkaji semula kaedah dan strategi baru bagi menghadapi PT3 pada tahun hadapan. Bagaimanapun, apa yang membanggakan kebanyakan pelajar yang cemerlang ini adalah mereka yang seimbang dalam penglibatan aktiviti luar dan pelajaran,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:15 PM | Show all posts
hambaallah1709 posted on 22-12-2014 03:50 PM
if PT3 ni agak teruk...i wonder how its going to be with upsr kssr 2016...

risaunye...sebab ban ...

even UPSR tahun ni pun dah start dgn sains utk soalan KBAT
dan UPSR tahun depan pun sama
jd UPSR 2016 jgn jd mcm PT3 tahun ni hendaknya


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:21 PM | Show all posts
Hasil sulung pelaksanaan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini menyaksikan keputusan yang ‘mengejutkan’ dengan beberapa sekolah di luar bandar mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran.


Tahniah kepada sekolah luar bandar tersebut. Ternyata sekolah SBP dan sekolah ternama lain yang sebelum ini dapat pencapaian cemerlang hanyalah disebabkan sistem pembelajaran yang melatih pelajar macam robot
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:26 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 23-12-2014 12:26 PM
Sy harap ibu bapa dpt bersuara utkkekalkn pt3.. Dipihak guru suara kami xde nya didengar...

H ...

cikgu mommymonster82, exam timss n pisa ni semua pelajar amik exam ni ke ? or selected students ? anak i ada ckp dia amik exam mcm tims/pisa tp tak sure apa result dia. mcm mana nak tau result this exam ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
miyasri posted on 23-12-2014 02:26 PM
cikgu mommymonster82, exam timss n pisa ni semua pelajar amik exam ni ke ? or selected students ?  ...

U boleh bc kt sini...
http://www.smks7.edu.my/index.php/20-demo/team/212-photoworld-6

Nk tahu result boleh jumpa cikgu kt sekolah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 posted on 23-12-2014 02:21 PM
Tahniah kepada sekolah luar bandar tersebut. Ternyata sekolah SBP dan sekolah ternama lain yang  ...

Membuktikan bdk2 sbp x bpe bijak pun.hanya gah mse upsr.mungkin jugak mse mereka upsr,soklan bocor lalu dpt 5a dgn cemerlangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:39 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 23-12-2014 02:31 PM
U boleh bc kt sini...
http://www.smks7.edu.my/index.php/20-demo/team/212-photoworld-6

ok tq cikgu mommymonster82.  gud read, link yg cukup bagus bagi penerangan.  rasa mcm byk nya yg i tak tahu psl pendidikan sek, hu hu hu .. my bad

result exam ni disimpan di fail data pelajar ? or boleh jumpa terus dgn guru tingkatan ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:57 PM | Show all posts
chazey posted on 22-12-2014 07:22 PM
PT3, macam ni;

http://rossacalla.blogspot.com/2014/09/soalan-peperiksaan-percubaan-pt3-2014-bah ...

soalan dia lbh kurang mcm UPSR bahagian 2 tp lbh mencabar
dan mmg menggunakan kecekapan minda utk tackle jawapan dr soalan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.438793 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list