CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: emmy1

product salindah

[Copy link]
Post time 2-3-2007 10:13 AM | Show all posts
actually, saya bukannya expert mana.. tapi kawan saya yang belajar homeopati ni.. dia cakap, ubat ni berbeza ikut orang.. as for salindah, dia dah commercialisekan.. dan buat ubat tu sama untuk semua orang, sebab tu effectnya berbeza-beza ikut orang. ada yg makan ok, ada yang tak.. tapi ubat lepas bersalin dia tu janganlah makan, mmg rahim lambat kecut. as for b4-b6 tu pun doc advise janganlah telan, sebab rahim kite mungkin tak bersedia untuk terbuka untuk bersalin lagi, tapi ubat tu dah force kita untuk cepat bersalin, sebab tu ada komplikasi tumpah darah etc.

sebab kalau ubat homeopati ni, firstly, mmg kena buat based on sejarah tuan badan tu sendiri.. pengamal homeopati kena pastikan patient tu ada sakit apa etc, baru lah boleh buat ubat homeopati special untuk that patient alone. konsep homeopati ni alternative medicine untuk sembuhkan penyakit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2007 12:17 PM | Show all posts
sebenarnya ok ke tak salindah ni? su da tepon kazen su tp dia kaata dia makan ok.. tak muntah semua.. cuma dia malas jer la... dia kata lagi, anak dia baru 2 kali demam sepanjang 8 bln nak msk 9 bulan umur anak dia..

tak tahu ari ni dia makan ke tak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by Asdira at 22-2-2007 07:55 PM
baru2 ni dira ada discuss dgn gynea about salindah..
saje nak dgr pendapat dia..
terkejut dgr cerita dia..
takut pun ada..





dira minta maaf kat korang psl lmbt reply msg dira yg lps..
dira kan janji nak citer kat uols apa gynea tu citer..

sebenarnya takut juga nak citer..
tp nmpknya byk yg bg bad feedback about salindah,tu yg dira rasa terpanggil nak citer kan...

ramai doktor2 membantah psl penggunaan salindah ni..
sebab gynea dira ni kendailikan 3 org wanita yg amek salindah masa pregnant,then masa bersalin tumpah darah yg byk..
pastu rahim koyak..
dan sorg lagi uri melekat dan hampir meragut nyawa..
alhamdulillah patient yg ni selamat...
kes rahim koyak tu pulak, doktor pakar nasihatkan dia jarakkan kehamilan sehingga 4 thn utk pulihkan rahim..

menggerunkan..


selain itu, gynea dira pantau juga anak2 salindah ni..
majoriti anak2 semuanya lasak & masuk kategori hyperaktif..
ada tu juga yg pelat bercakap walaupun umur dah masuk 7 thn!!!

hmmmmm entahlah...

mungkin lain org lain kesannya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 01:34 PM | Show all posts
riz start ambk salindah masa anak ke2. anak pertama x ambk salindah. riz mkn ok jer. rasa cergas je. riz ni mmg suka berlari@ jln laju2. kat opis asyik nak berlari@ jln laju2. even tgh sarat mengandung. klu bunyi telefon jer kwn2 dah jerit dulu ...jgn lari!!!! masa sakit nak bersalin pun kejap jer. masa tu kul 12 mlm riz dah rasa ada contraction tapi x kuat. masa ni start ambk b6 1 biji setiap 15 minit. kul 4 pagi baru pi spital contraction x kuat sgt lagi. nurse check dah bukak 4 cm. nurse letak alat yg check contration tu kat perut. dia ckp eh awak ni x sakit sgt lagi yer tp kena tahan kat wad. nurse tu ckp klu sakit kuat kang panggil sbb dia kena cal doktor. kul 6 tu dah rasa sakit kuat tp x panggil nurse ingat lmbt lagi. nurse tu lalu tgk riz tgh dok menahan sakit. dia pun check. apa lg terus dia ckp kenapa x bgtau dah sakit kuat . ni kang tak sempat doc dtg. terus dia tolak dlm labour room. bg ubat berak. pastu riz naik atas katil. doktor n tgh tgh siap2 brg. riz tanya doktor x boleh teran lagi ke. doktor ckp ada contraction kang teran. dua kali teran terus kuar muhammad danish mirza. berat 3.4 kg pada pukul 7 pagi. doktor x sempat buat apa2 pun. gunting pun x sempat. sumer nurse kat situ kat riz beranak senag sgt. masa nak check out pun nurse siap beratur nak tgk baby yg senang beranak
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 01:36 PM | Show all posts
sekarang tgh mengandung anak ke3, 7 bulan. riz ambk salindah juga. masa yg ke2 dulu ambk set mengandung dan bersalin..tp set bersalin tu rasa mcm x best plak. masa bersalin sulung dulu ambk nona roguy. rasanya kali ni nak ambk nona roguy juga
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 02:38 PM | Show all posts
selain itu, gynea dira pantau juga anak2 salindah ni..
majoriti anak2 semuanya lasak & masuk kategori hyperaktif..
ada tu juga yg pelat bercakap walaupun umur dah masuk 7 thn!!!

hmmmmm entahlah...

mungkin lain org lain kesannya..


kena tanya jugek mak mak yg makan salindah anak dia camne.. kalo yg umur 3 4 thn lagi bagus... salindah ni kire da lama bertapak n da ramai yg gune...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2007 02:57 PM | Show all posts
Tumpah darah
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


Pengambilan pil tidak diluluskan hampir meragut nyawa Syazlina sehingga rahimnya kena buang MENYESAL tidak sudah. Akibat terpengaruh dengan kata-kata kawan , saya hampir hilang nyawa. Gara-gara mahu mudah bersalin dengan hanya mengambil ubat , saya mengalami tumpah darah yang teruk sehingga rahim terpaksa dibuang. Syukur Tuhan masih beri saya peluang untuk meneruskan hidup.

Saya tidak tahu ubat yang disyorkan kawan itu sebenarnya tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Awalnya saya ragu-ragu ketika ditunjukkan ubat itu , tetapi apabila ada kawan menceritakan pengalamannya , saya mula terpengaruh , kata Syazlina Anuar , 36 , dari Shah Alam , Selangor.

Pil itu yang hanya boleh dibeli melalui ejen jualan langsung bukan saja didakwa boleh memudahkan proses bersalin , tetapi mampu
mempercepatkan pengecutan rahim , merawat gejala keputihan , senggugut , melancarkan aliran haid dan nifas serta pelbagai lagi masalah berkaitan wanita. Selain pengalaman kawan , lebih meyakinkan Syazlina ialah ubat itu dikeluarkan seorang yang bergelar doktor , malah namanya tercatat di atas bungkusan produk keluarannya.

Pil itu perlu diambil sepanjang kehamilan. Saya mula mengambilnya ketika kandungan pertama masuk empat bulan hinggalah selepas bersalin. Makin dekat waktu bersalin , pil itu perlu dimakan lebih banyak. Sebagaimana didakwa kawan , saya mengakui proses melahirkan anak pertama memang mudah berbanding kawan lain yang tidak mengambil produk itu. Walaupun anak pertama besar iaitu 3.9 kilogram , proses bersalin mudah. Jadi keyakinan saya terhadap ubat itu bertambah. Malah , saya juga mengesyorkannya kepada kawan. Selepas mengetahui 'khasiat' ubat itu , apabila mengandung anak kedua saya mengambilnya dari awal kehamilan dan sekali lagi ia 'membuktikan' keberkesanannya. Saya melahirkan anak kedua tanpa masalah. Ia membuatkan saya benar-benar percaya ubat itu
memang baik. Sebaik mengetahui saya mengandung lagi (anak ketiga) , saya terus beli dan makan ubat itu setiap hari. Namun kali ini ada masalah. Dari awal kandungan lagi saya alami pendarahan , iaitu tanda bersalin awal. Apabila diperiksa , doktor mendapati rahim saya terbuka dua sentimeter dan mula menunjukkan tanda bersalin awal.

Kecut hati saya mendengarnya. Sejak kandungan pertama saya tidak pernah beritahu doktor saya makan ubat untuk mudah melahirkan anak , tetapi apabila disoal berkali-kali akhirnya saya mengaku. Ketika itu baru saya tahu ubat berkenaan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan," katanya. Sebaik kandungannya masuk minggu ke-37 , suaminya menghantar Syazlina ke hospital untuk bersalin. Namun , kelahiran kali ini jauh berbeza dengan kelahiran anak pertama dan kedua. Selepas anak ketiganya dilahirkan ,  Syazlina tumpah darah.

Secara semula jadinya , rahim wanita akan kecut perlahan-lahan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun , keadaan ini tidak berlaku pada Syazlina. Rahimnya kekaldalam keadaan kembang dan ini menyebabkan pendarahan terus berlaku. Pakar sakit puan yang merawatnya menyuntik ubat untuk mengecutkan rahim dan menghentikan pendarahan. Namun , pengecutan rahimnya hanya bertahan sejam , kemudian ia mengembang semula dan menyebabkan pendarahan.

Doktor memberitahu Syazlina , otot rahimnya tidak boleh berfungsi. Itu menyebabkan ia tidak mampu mengecut semula , walaupun bayi
dikeluarkan.

Sekali lagi ubat disuntik. Ubat itu hanya tahan sejam dan perkara sama berulang. Pada masa sama , dia diberikan 10 pek darah dan menurut pakar sakit puan yang merawatnya , hanya ada satu cara untuk menyelamatkan Syazlina iaitu pembedahan pembuangan rahim. Jika rahim yang kembang itu dibiarkan , ia akan menyebabkan pendarahan berterusan dan boleh membawa maut.

Mahu tidak mahu , dia terpaksa akur dan pembedahan pembuangan rahim dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Namun , apabila pendarahan tetap tidak berhenti selepas rahim dikeluarkan, dia diberikan ubat untuk memekatkan darah kerana secara semula jadinya, darah wanita yang mengandung lebih 'cair' daripada biasa.

Namun pendarahan tetap tidak berhenti. Sepanjang tempoh empat jam itu, saya kehilangan banyak darah. Di PPUM saya diberi 10 pek darah untuk menggantikan darah yang hilang. Oleh kerana pendarahan tidak berhenti, doktor membuka balik jahitan di perut. Mereka ikat semua salur darah yang menyebabkan pendarahan , tetapi masih tidak berjaya.

Apabila usaha ini juga gagal , akhirnya mereka mengambil keputusan memasukkan kain dalam perut saya. Kata doktor , kehadiran benda asing (gause) akan menyebabkan darah membeku. Selepas dua hari , gause itu dikeluarkan. Masing-masing menarik nafas lega apabila usaha ini berjaya dan pendarahan berhenti.   Mengingat kembali apa yang berlaku , saya benar-benar insaf. Tidak sangka begini jadinya. Saya tidak sangka Allah masih memberi peluang untuk saya terus hidup. Ketika dalam perjalanan ke PPUM , saya rasakan ajal sangat dekat.

Ngeri mengenangkan pengalaman yang saya lalui. Mujur juga ubat itu tidak memberi kesan pada bayi. Jika tidak , sepanjang hayat saya akan dihantui kekesalan , " katanya.

Syazlina berkata , pengalaman itu adalah pengajaran pahit dan mahal. Hanya selepas kehilangan rahim dan hampir menemui maut , dia tahu betapa bahayanya mengambil ubat yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Kini setiap kali ada yang memperkenalkan produk penjagaan kesihatan kepadanya , dia akan memastikan produk itu ada nombor siri
kelulusan Kementerian Kesihatan yang bermula dengan MAL diikuti dengan nombor.

Malah , dia juga akan memastikan nama , alamat dan nombor telefon pengeluar produk tercatat pada label untuk dihubungi bagi mendapatkan pengesahan.

p/s: email dari seorg kwn.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 03:32 PM | Show all posts

Reply #347 shikiko's post

oh God, rupanya mungkin sebab saya amalkan this product masa mengandung anak ke2, saya bleeding teruk sangat lepas bersalin, sampai doc kena tambah darah dalam badan selama 2 jam, baru dia release saya dari labour room

thanks for the eye opener article...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2007 03:45 PM | Show all posts

Reply #347 shikiko's post

very good article...

but again, bagi yang sudah mengambilnya mungkin agak perit utk terima hakikat ini or maybe bimbang juga dengan keadaan kesihatan diri & anak..yang boleh dilakukan bertawakal dan berdoa agar semuanya selamat...amin.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 03:53 PM | Show all posts
uwaaaa....  kita tgh kemam B3 masa baca ni tadi... cecepat kuarkan dari mulut... takut la nak makn lagi... dah la beli complete set sampai pantang... dah la mlm tadi tetiba je hidung berdarah masa tgh kemam B3... takmo mkn lagi la... takpe la rugi sket... tapi kan... sebenarnya salindah ni tak byk bagi kesan kat bdn shoku... mgkin tak serasi... org kata mkn salindah tak letih... tapi shoku letih gak... mabuk gak... pastu masa 32/33wks dah start sakit sgt kat pngkal paha n pinggang... mcm org dah dkt nk deliver...tapi teruskan gak mkn salindah mana tau kot2 elok utk baby wp takde kesan kat ibu.... tapii lepas baca testimoni hari ni takmo teruskan lagi la... mkn obimin lagi bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by shokubutsu at 2-3-2007 03:53 PM
uwaaaa....  kita tgh kemam B3 masa baca ni tadi... cecepat kuarkan dari mulut... takut la nak makn lagi... dah la beli complete set sampai pantang... dah la mlm tadi tetiba je hidung berdarah  ...

lawak la baca posting ni

sho, kazen kite pun dok makan salindah lagi... tadi saja sms tanya dia kata dia makan lagi pagi tadi sebab dia makan salindah mmg tak letih... dia kata dr yg dia jupe takde bgtahu apa2 pun pasal salindah ni..

semoga sho selamat bersalin :pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 04:30 PM | Show all posts
mmm... memang takut bila baca article tu....

anak SIL saya tu mmg agak lambat skit bercakap dan sedikit pelat..
sekrang kalau tak silap dah masuk 5 thn....

tp. tak taula sama ada kesan daripada salindah ni atau kebetulan... anak dia mmg aktif...!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by pandaBear at 1-3-2007 02:23 PM
askum, pun nak share ngan u all
me citer la kat pakar2 OnG kat KBMC
mmg they all kata JGN AMBIL salindah,
PUSRAWI, AMPANG puteri pun dah banned
banyak patients dpt complication pun
tumpah da ...


my gynae pun kata benda yg sama sedgkan dia bukan dr pusrawi/ ampang puteri..
ari tu me nak amik tanya pendapat dia... dia kata dont ever2...
sbb mmg ada complication tumpah darah... bila tanya patient taknak citer.. bila paksa citer baru tau kata amik salindah.. tp tak tau la.. tu cerita dr mulut doktor.. maybe byk kes dah kot....
tp ada yg kata ok jer amik salindah.. rezeki msg2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 02:48 PM | Show all posts

Reply #353 zaida's post

i ada tanya dgn my gynae kat KBMC sabtu hari tu..
dia kata kalau nak amik salindah boleh tp jgn
sesekali campur dgn ubat yg doc bg mcm duphaston dll...
seeloknya2 amik selepas 20 minggu.. tp zaara tak berani lah pulak
pasal takut nak amik risiko..

sbb dia kata salindah ni bkn dikeluarkan atau diluluskan
oleh group2 doc yg buat kajian tp hanya dibuktikan melalui testimoni
salindah sama mcm supplement yg dijual oleh lain2 kompeni MLM..
lagi satu dia pesan jgn sesekali amik pil kacip fatimah masa nak dekat bersalin
sbb bleh menyebabkan rahim terkoyak dan pendarahan teruk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 05:15 PM | Show all posts
tadi su jenjalan kat pkns shah alam.. nak bayar keta tp line down... jalan2 nampak kat depan tu hemopati... ada jual set bersalin jugek... dahsalin ke apa ntah tp dalam kotak kecik warna hijau... dibuat oleh dr R... R tu sebab tak ingat nama.. maklum la lapar...

kazen su rasanya still makan lagi...

akak2 semua yg makan salindah or nak makan betTER hati2.... semoga semua selamat :pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 05:21 PM | Show all posts

Reply #355 lonely_surina's post

su..tak tahulah nak kata camne kan..
sebab lain org, lain penerimaannya pada sesetgh ubat tu..

tapi

dira juga ada pengalaman pahit mkn salindah ni..
then dira dah banned produk ni dr hidup dira..
menakutkan + amat mengerikan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 09:29 AM | Show all posts

Reply #356 Asdira's post

asdira....
story morylah kat sini... asalkan ia membantu utk bakal ibu2 yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 11:38 AM | Show all posts
citer la utk kebaikan bersama... nanti menjadi panduan utk semua...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 04:41 PM | Show all posts
takut lak dgr forumer2 cter pasal salindah...bungalily dah beli n skang dah x makan....takut gak complication yg akan berlaku...masa 1st bb bungalily mmg makan benda tu..alhamdulillah x de benda yg berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 10:33 AM | Show all posts
Yoda pun dah beli produk SALINDAH ni tapi bila baca artikel kengkawan ni rasa takut nak makan..takpelah rugi RM200 pun berbaloii gakk dari rahim kena bunah tak sanggupp akuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189781 Replies : 4321
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47696 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 8206 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 7593 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9405 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3914 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.398365 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list