CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adeqo

PILOT CAFE.. NOVEL BAKAL DIJADIKAN FILEM..HERO&HEROIN

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-8-2012 01:29 AM | Show all posts
Neelofa mohon maaf

NEELOFA anggap diri jadi matang selepas melalui banyak dugaan.

KONTROVERSI cinta tiga segi, kekasih baharu dan cinta lokasi, tak puas hati dengan kemenangan artis lain serta pergaduhan sesama artis sehingga melantik peguam, itu semua episod kisah panas yang mendidihkan nama Noor Neelofa Mohd. Nor.

Terbaru, si cantik molek yang sedang menghangatkan slot Akasia, Kau Yang Terindah di TV3 kini terpalit pula dengan teguran 'jangan lupa diri' oleh Datuk Yusof Haslam.

"Sebenarnya sejak lebih tiga bulan kebelakangan ini, terlalu banyak cabaran yang perlu saya hadapi. Macam-macam cerita yang tak kena, satu persatu ia datang dan orang nampak saya ini tidak habis-habis mencipta kontroversi.

"Semua itu buat saya terfikir, kenapa Tuhan tak berhenti beri ujian kepada saya, mesti ada sebab dan hikmah. Saya ambil semua itu sebagai satu amaran daripada Tuhan supaya menjadi lebih matang dan sedar di mana saya berpijak. Semua itu buat saya muhasabah diri, mungkin selama ini saya ada buat salah," kedengaran sedikit sayu suara pengacara Nona itu dari hujung corong telefon.

Tambah Neelofa: "Kalau betul Datuk sakit hati dan marah dengan ketidakhadiran saya untuk sesi pratonton filem S.A.M yang diadakan pada awal Ramadan lalu, tentu saya sudah tidak senang duduk. Saya kenal rapat dengan keluarga Datuk yang saya bahasakan uncle. Saya memang tak tahu langsung dengan pratonton itu sebab sedang berada di Mekah untuk penggambaran drama Kau Yang Terindah. Mungkin berlaku salah faham. Mungkin pihak Skop Production menghubungi saya di nombor telefon lama, sedangkan telefon berkenaan ada di tangan pengurus saya, Amir Syafiq."

Setahun kebelakangan ini juga kata Neelofa, terlalu banyak yang dipelajarinya. Detik menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk umrah dan penggambaran bersama kru Erma Fatima baru-baru ini meninggalkan suatu impak yang berbekas di hati.

"andangan saya tentang kehidupan mungkin sudah sedikit berbeza. Haluan hidup sudah boleh dilihat dari banyak sudut. Saya toleh semula apa yang berlaku antara saya dan Anzalna. Rasa tak ada gunanya saya terus menyimpan dendam, dunia ini kecil dan esok lusa kami mungkin akan bertembung juga," katanya beralih ke topik yang beremosi.

Mengambil iktibar dan berkat sempena hari yang mulia, dengan rendah hati Neelofa membingkiskan salam kemaafan buat semua. Secara terbuka dia juga memohon maaf kepada mana-mana pihak dan individu yang terkait sama dalam konflik membabitkan dirinya.

"Saya mahu ambil peluang 1 Syawal ini untuk mohon maaf kepada semua pihak terutama orang dalam industri seni yang pernah terlibat dengan konflik yang melanda saya. Saya doakan kebahagiaan dan keberkatan untuk semua," ujarnya yang beraya di Pasir Mas, Kelantan bersama keluarga.

Sejurus habis penggambaran Kau Yang Terindah yang dijadualkan selesai pada 5 September nanti, heroin Azura 2011 itu sudahpun bersetuju untuk terlibat dengan sebuah lagi filem, Pilot Cafe terbitan Tarantella Pictures menjelang Oktober ini. Sepanjang September ini, duta tilam King Koil itu akan terlibat dengan kempen jalan raya bersama Petronas.

Neelofa BERLAKON DLM FILEM INI..MGKN HEROIN KOT... Last edited by adeqo on 21-8-2012 01:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2012 02:06 AM | Show all posts
Pelakon yg mgkn confirm berlakon dalam filem ini..



Neelofa


Fahrin ahmad












Last edited by adeqo on 23-8-2012 12:52 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 02:43 AM | Show all posts
Lofa confirm berlakon dalam filem ni. Jadi heroin. Dan soon dia akan jadi duta Petronas, bersama angkasawan negara (jika tidak silap aku).
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 06:18 AM | Show all posts
af_1993 posted on 7-8-2012 12:41 AM
aku vote tiz or nora danish

klau tkmau pilem ni lingkup jgnlah amik neelopa

novel ni dah la tak best coz overrated sungguh ngan gbngan 2 penulis. tpi, bila baca, tak best mana pun. tak nak la aku pelakon feveret aku blakon muvee ni, dah la syarikt tarantula yg bwat. mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 07:45 AM | Show all posts
Tak minat langsung novel2 ni. Kalau nak ikut pekembangan terkini nama macam apek ,nelofa dan izara very popular dan orang nak tengok. Selain tu zarina anjue, siti nurhaliza dan fasya nora pun orang nak tengok dalam satu movie.
Pelakon lelaki ambik pelakon indon yang femes
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 09:49 AM | Show all posts
kalo neelofa jadi heroin hancusss aaa..
takde kan box office filem ni..
tolong la cari yg tak kayu.. kau yang terindah jadi tak best sebab neelofa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2012 09:57 AM | Show all posts
akan jadi macam filem azura jugak neh
kalo ambil izara jauh lebih tak kayu meranti  
tak dapat baca kenapa produser suka ambil pelakun yang tak ada soul untuk heroin filem
buat masa ini hanya fasha (berlakun sopan2 ) , nora (lakunan sedih) , fazura (lakunan gedik2) , izara (lakunan garang2 cute)
yang lain tak minat , lakunan tak ada feeling dan kayu kayan tahap longkang   
   
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 10:43 AM | Show all posts
plis jgn amik aaron aziz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2012 03:57 PM | Show all posts
adaptasi novel ke filem memang biasa org buat....filem2 hollywood pun banyak yg diadaptasi dr novel. bagi aku, cabaran dia lebih besar sbb org akan compare filem dan naskhah asal.
majlis2 anugerah mcm oskar pun akan bahagikan award yg original(best original screenplay) dan adaptasi novel, cerpen dsbg(best adapted screenplay)

sesapa yg berlakon pun aku tak kisah...lofa tgh hot, mestilah ramai yg ambik kesempatan....ala, bagilah dia peluang. dulu MK pun kayu kayan jugak dlm cite "no problem", ngan slang indon dia yg pekat lagi...tgk sekarang....top actress oooo
cuma MK jenis yg berusaha dan tak  cepat mengaku kalah....harap2 neelofa pun ada semangat cam MK.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 10:16 PM | Show all posts
Produksi tarantella yang buat??
hancus la mcm Ombak rindu dengan bicara hati...
Mesti orang Indon yg buat skrip, pastu Osman ali jadi pengarah x pun, si pengarah india tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 11:29 PM | Show all posts
pengsan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 02:14 AM | Show all posts
x payah.. ko buat filem bkn nye best pn. dgn pelakon2 yg x semenggah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 10:21 AM | Show all posts
Sesuai jugak Lofa pegang watak Maya, sebab Maya ni mmg ala-ala kaku keras sikit
Tapi kalau Fahrin jadi Ameer aku BAKAR panggung!!!! *nada kecewa*
Kalau Remy jadi Ameer sesuai la sikit. Fahrin boleh jadi exboifren dia yang keji8 tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 01:23 PM | Show all posts
banyak filem yang merosakkan cite asal novel tu...  paling yang aku terkilan, lagenda budak setan...  hurm...

ntah apa la jadik ngan cite pilot cafe ni...  akan kiciwah ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 12:54 AM | Show all posts
sherry_zaida posted on 21-8-2012 02:43 AM
Lofa confirm berlakon dalam filem ni. Jadi heroin. Dan soon dia akan jadi duta Petronas, bersama ang ...

Lofa pgag watak maya@ sharmila??? Eh, Abg remy berlakon skali kan... Hreo die fahrin or remy eak???
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 06:37 PM | Show all posts
adeqo posted on 23-8-2012 12:54 AM
Lofa pgag watak maya@ sharmila??? Eh, Abg remy berlakon skali kan... Hreo die fahrin or remy eak?? ...

watak tak tahu la syg. Fahrin heronya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2012 07:08 PM | Show all posts
neelofa????

errrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 07:43 PM | Show all posts
harap best macam novelnya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 07:49 PM | Show all posts
Jgn bharap sgt cite ni akn best mcm dlm novel..... Dgr Nama heroin pun dh potong stim.... Sorry to lofa's fan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 12:51 PM | Show all posts
xminat lopa.
ganti orang laen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.214124 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list