CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf

  [Copy link]
Post time 4-3-2015 09:02 AM | Show all posts
hmm....asal pandai matematik jer genius...

abis kalau pandai bahasa melayu x pula dipanggil genius kan?


dik.. umur masih muda.. cubaler dapatkan spm, then masuk U, ambik degree dan seterusnya

one day orang akan pertikaikan your qualification, buat ceramah kat budak2 sekolah, bebudak tanya napa abang tak masuk universiti?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 09:03 AM | Show all posts
Apa apa pun ambik la SPM oi, sbb tuh la basic dlm akademik system kat negara kita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Dik, kalau belajar a level tapi tak.ambil.exama.level mmg la takde sijil.dik.

A level tu mcm stpm dulu dulu jah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:11 AM | Show all posts
hmm..tula...bercakap pun guna akal...even if the system is obsolete, kena igt, basic education with cert is compulsory..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:11 AM | Show all posts
Aiyoo dik apa yang luar biasa dengan formula matematik kau tu. Cer citer sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:12 AM | Show all posts
bsr dah ko ek...bejerawat dh...stress mengajar ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2015 09:14 AM | Show all posts
kenapa adi putra ni tak masuk permata pintar ahkak pink?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2015 09:15 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-3-2015 12:59 AM
ada lah sebab kita adakan sistem pendidikan

nak beat the system?... if you think your are bigger  ...

Jumaat, Januari 18, 2008Tentang Adi Putra yang 'tidak' genius


"Ferrari kalau disuruh jalan pelan macam Kanchil, tentu rosak enjinnya," kurang lebih kata budak kecil yang masih kencing bercabang itu. Kiasan ini barangkali mempamerkan ciri-ciri intelektual dalam diri budak 'genius' ini. Tetapi dalam perspektif yang lain berbaur egoisme dan keangkuhan. Adi Putra Abdul Ghani (gambar kiri) telah berhenti sekolah. Pelajaran di sekolah membosankannya kerana antara dia dan murid lain atau juga gururu matematiknya, kemampuannya telah pergi lebih jauh umpama langit dan bumi. Ketika murid lain masih merangkak menghafal kali-kali, Adi Putra telah pun mampu menyelesaikan masalah kalkulus.

Keluarga Adi Putra memilih Sekolah Islam Antarabangsa Gombak.

Menteri pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kepada pilihan bapa budak genius itu, ia akur. Tetapi dalam penegasan kementerian itu sebelum ni, Adi Putra cuma genius matematik.

Saya tidak ingin mengkritik sistem pendidikan kita. Itu adalah soal yang lain. Pada hemat saya, statmen Adi Putra itu sendiri menunjukkan kemerosotan intelektual pada dirinya. Adi Putra dan keluarganya telah tenggelam dalam glamor dan keghairahan yang mereka sendiri ciptakan.

Matematik hanya satu daripada cabang falsafah yang mesti dikuasai ketimbang, misalnya, musik, logik dan lain-lain. Dan matematik bukan sekadar kali-kali yang merumitkan di atas kertas. Matematik adalah ilmu dalam lingkungan. Ia hidup dan berinteraksi dengan kehidupan manusia secara real dan kompleks.

Kerana itu, bagi saya, Adi Putra bukan genius. Ia cuma gifted. Jika ia mau dihormati, ia perlulah mempelajari ilmu-ilmu agamanya, moral, adap sopan, bahasa, sastera, sejarah, geografi, Sains, musik dan lain-lain. Kenyataannya tidak ada cendekia yang selalu mendabik dada dan bersuara, "Saya Ferrari dan anda Kanchil."

Mereka itu orang-orang yang diam dan selalu merendah diri.

Saya pasti, jika pun Adi Putra dibenarkan mengambil PMR atau SPM, dia akan gagal. Dia cuma akan cemerlang dalam subjek Matematik. Tawaran Unisel juga adalah tawaran yang sangat berhelah. Ia akan menjadi seorang lagi Sufiah, korban glamor dan keghairahan.


Sumber asal foto: http://pgoh13.free.fr/adi201205.jpg
dari sumber:http://jimadieshah.blogspot.com/ ... g-tidak-genius.html



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 09:17 AM | Show all posts
JandaSedap replied at 4-3-2015 09:14 AM
kenapa adi putra ni tak masuk permata pintar ahkak pink?

ala....kalau genius mesti diiktiraf seluruh dunia....cam wa...satu dunia approve kegeniusan wa.











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2015 09:18 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 4-3-2015 01:12 AM
bsr dah ko ek...bejerawat dh...stress mengajar ek

kuku asyik kutil je muka mau tak naik jerawat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2015 09:19 AM | Show all posts
Rumah Genius Matematik, Adi Putra Diserbu
Posted by Abu Musaddad

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terkejut apabila membaca berita yang dilaporkan oleh myMetro hari ini apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak, diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam.

Ketika serbuan, dua wanita berada di premis terbabit, seorang dikenali sebagai Titi Sri Wahyuni Bustami, 38, dan seorang lagi dipercayai saudara keluarga Adi Putra.

Bagaimanapun, Adi Putra serta keluarganya tiada di situ kerana dikatakan menghadiri seminar di Sabah dan usaha mendapatkan komen mereka gagal.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail, berkata sebelum serbuan, pihaknya mendapatkan sampel Ubat Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran.

“Hasil ujian klinikal dijalankan, ia disahkan mengandungi steroid dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol.

“Steroid sangat berbahaya kerana boleh mendatangkan kesan sampingan seperti reput tulang, tekanan darah tinggi, badan menjadi sembab, obesiti, kerosakan ginjal dan pelbagai lagi,” katanya di lokasi serbuan.

Dalam masa sama, enam jenis ubatan lain dirampas dan akan menjalani ujian klinikal bagi mengetahui kandungan sebenarnya.

Selain Ubat Penawar Sendi Tulang, ubatan lain dirampas turut tidak mempunyai pengesahan KKM dan dipercayai ada di pasaran sejak beberapa bulan lalu.

“Jika sabit kesalahan, individu berkaitan boleh didakwa mengikut Seksyen 7 (1a) Akta Jualan Dadah 1992 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memilih ubat dan dapatkan nasihat daripada kakitangan farmasi atau doktor pakar sebelum mengambilnya,” katanya.

Sementara itu, Titi Sri Wahyuni mendakwa tidak mengetahui apa-apa berkaitan ubatan itu sama ada ia dibenarkan untuk jualan atau sebaliknya.

“Saya tak tahu apa-apa sebab baru sebulan kerja di sini. Saya hanya bertugas melekatkan label Adi Putra pada botol serta meletakkannya dalam kotak.

“Saya juga tidak pernah memeriksa atau mengesyaki apa-apa sejak bekerja di sini. Saya hanya melakukan tugas manakala waktu kerja juga tidak menentu, pagi dan malam saya berniaga menjual pelbagai jenis pakaian,” katanya.

Sebelum itu, Metro Ahad menerima aduan daripada pihak tertentu yang sangsi dengan Ubat Penawar Sendi Tulang kerana ia sama dengan satu lagi ubat dijual di Kedah.

Bagaimanapun, ubat dengan gambar Adi Putra berjubah juga berserban dijual lebih mahal berbanding di Kedah dengan harga hanya RM6 sebotol.
Tinjauan Metro Ahad terhadap rumah teres dua tingkat itu mendapati banyak kotak dan botol kosong diletakkan di dalam plastik di bahagian bawah kediaman berkenaan.

Ada juga ubatan yang siap berbungkus dan menunggu masa pelanggan datang mengambilnya. Difahamkan, edaran ubatan terbabit adalah ke seluruh negara.
Sumber : Harian Metro

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:20 AM | Show all posts
Mak ayah nak gunakan anak utk dapat duit dan rosakkan masa depan anak dgn tidak memberikan pendidikan formal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:20 AM | Show all posts
Saya rasa maksudnya tak ada sijil tu tak ambil exam A-Level lah. Walaupun dah habis belajar silibus.

Di negara kita bolehkah (or pernahkan ada) budak bawah umur (10-11 tahun) mendaftar untuk peperiksaan O-Level atau A-Level??

Di negara luar memang boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:23 AM | Show all posts
pelik bin ajaib...
kalo dah tau bwh umur naper benarkan amik a-level tu??
then kalo tak dpt sijil takkan la dr awal tak dibg tau???
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
maaf cakap..malaysia ni xpandai jaga budak genius ke?? mcm xhargai..aku kalau ada anak genius mmg aku ngn suami plan aku nk pergi negara lain..negara kita ni xhargai..

peduli apa genius matematik shj pun..kena lah jaga n bantu kembangkn kegeniusan dia.mcm negara luar budak genius math dia akan kembngkn..n jdkn budak tu permata negara.

erm..aku suka adimatik..korang yg ada anak tadika..ajar pengiran no2 beso2,darab2 cara adimatik.budk2 suka .aku pun siap record..lpstu menyesal..klau tahu formula math senang gitu..aku mesti suka math.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2015 09:25 AM | Show all posts
bapaknya yang decide suruh berhenti.pada aku la kalau aku a good father aku cari selagi boleh segala alternatif yang boleh untuk sekolahkan anak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis tuh nko spm pon takde... :zz
Tak kira lah pandai tahap dewa pon... at l3ast mesti ada spm... hokay?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:27 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 4-3-2015 07:18 AM
kuku asyik kutil je muka mau tak naik jerawat
ms kecik cute je nok...ske dgr dia berckp...skg ni konpem sore dh garau...x syiokk arrr
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:28 AM | Show all posts
tobobon replied at 4-3-2015 09:02 AM
hmm....asal pandai matematik jer genius...

abis kalau pandai bahasa melayu x pula dipanggil geniu ...

aku tak berapa nk setuju..
sebab ilmu tu tak termaktub pada qualification kau..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2015 09:31 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 4-3-2015 01:27 AM
ms kecik cute je nok...ske dgr dia berckp...skg ni konpem sore dh garau...x syiokk arrr

aku rasa kalau di bela sugar mummy harus lagi 5 tahun jadi kacak budak nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070018 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list