CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf

  [Copy link]
Post time 6-3-2015 10:33 AM | Show all posts
malu lah kat ainan itu, heshe dari singapore datang belajar sini yg konon hauk felda pprt sunni 4" ini, siap dah contribute research paper pelbagai dah dalam bidang chemistry.
beda nya heshe ikut aturan yg betul untuk asah kelebihan heshe dalam chemistry itu.
ambil o level dahulu untuk ke pringkat lebih tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 02:43 PM | Show all posts
blackred99 replied at 4-3-2015 08:39 AM
kalo ikut berita umurnya 16, spm 17 kak.

masa PMR, tak ambik ke?
dia ni mmg tak masuk mana2 sekolah...
kalau nak sijil, masuk je la sekolah dik
dpt Straight A dlm SPM, boleh masuk U
lps tu boleh lanjutkan pelajaran
pendek kata, ikut prosedur mcm budak2 lain la
nak buat camana
mungkin adik nak ke Monarch masa tu, dah ada dana

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 02:44 PM | Show all posts
Changa replied at 6-3-2015 10:33 AM
malu lah kat ainan itu, heshe dari singapore datang belajar sini yg konon hauk felda pprt sunni 4" i ...

ha kan...ikut channel yg betul
pasal kat negara kita, kalau redah2 mcm tu, tak ada org kut
yg ambik peduli
nak buat camana dik....

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 02:47 PM | Show all posts
aku rasa kan bapak adi ni nak suruh orang kasi PHD terus kat anak dia..kan dah genius..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka kaedah dia
Bantu budak budak dlm tv
Sgt berkenan
Bravo adi
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:42 PM | Show all posts
missDollie replied at 6-3-2015 02:47 PM
aku rasa kan bapak adi ni nak suruh orang kasi PHD terus kat anak dia..kan dah genius..

byk cengkadak sgt mak pak budak nih.......anak dia yg kuhnunnya cipta 200 formula matematik pun x kemana aku rasa........kalo x dah lama dia ikut proper channel cam bebudak2 yg gifted yg lain.......takat aritmatik mental jer laa aku rasa kepandaian AdiFerrari nih pun.......

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2015 11:55 PM | Show all posts
http://dialograkyat.blogspot.com ... -dianaktirikan.html

Adi Putra Kecewa 'Dianaktirikan'

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Selepas dua siri pendedahan mStar Online mengenai perkembangan terbaharu genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, banyak pihak mula tertanya-tanya mengapa remaja dengan kebolehan luar biasa itu tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Malah timbul pelbagai pandangan yang turut mempersoalkan sistem pendidikan negara kerana dilihat tidak mempunyai modul pembelajaran khas bagi golongan genius sepertinya.

Rata-rata melahirkan kebimbangan kerana tidak mahu kisah beberapa kanak-kanak dan remaja pintar yang dilahirkan di negara ini hanyut dan gagal dalam kehidupan mereka kerana kurangnya bimbingan.

Kepada mStar Online, Adi Putra yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-16 pada Januari lalu meluahkan kekecewaannya kerana tidak diiktiraf di negara sendiri sedangkan banyak pihak dari luar negara begitu menghargai bakat dan kebolehan luar biasanya.

Menurut Adi Putra, sepanjang tempoh sedekad selepas kisah mengenainya didedahkan media, tiada pihak yang tampil membantu beliau dan keluarga khususnya mengenai masa depan akademiknya.

Adi Putra tidak pernah berputus asa untuk mengembangkan ilmu matematik yang dianugerahkan kepadanya.

Jauh di sudut hati, Adi Putra tertanya-tanya mengenai punca disebalik ‘sekatan’ yang mungkin wujud terhadapnya daripada terus menerima bantuan daripada pelbagai pihak.

“Kecewa juga sebenarnya, sebab Adi tak (dapat bantuan). Memang niat Adi nak sambung belajar. Rasa kecewa sebab ada yang dapat ke luar negara, dapat melanjutkan pelajaran, tapi kenapa Adi tak dapat? kecewa sebab itulah.

“Adi kecewa sebab tahu ramai lagi yang macam Adi. Ramai lagi kanak-kanak yang extra ordinary kat Malaysia ni dalam bidang masing-masing.

“Tapi bila Adi tengok ramai yang ke luar negara, dapat tawaran daripada kerajaan, NGO untuk bawa mereka ini ke luar negara, Adi jadi kecewa…pernah terfikir kenapa Adi tak dapat semua itu,” katanya.

Cerita Adi Putra lagi, mungkin ‘kesilapan’ yang dilakukannya kira-kira sepuluh tahun lalu menjadi penyebab mengapa nasibnya tidak terbela.

Jelas Adi Putra, beliau pernah menolak untuk dilantik menjadi ikon sebuah program kecemerlangan akademik.

“Masa itu Adi tanya mana modul? Sebab Adi fikir cuma nak sambung belajar...jadi Adi tanya modul. Tapi mereka suruh sign (tandatangan) dulu dan nanti baru cipta modul.

“Adi terfikir mana ada undang-undang yang mengatakan sign dulu baru dapat tengok benda kan (modul). Jadi Adi tolak tawaran tu. Sejak daripada itu Adi sudah tak dapat perhatian,” katanya.

Pada usia 12 tahun Adi Putra sudah menerbitkan buku Seni Matematik Islam yang mengandungi formula matematik ciptaannya sendiri.

Untuk rekod, Adi Putra pernah menerima tajaan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menampung pembelajarannya di peringkat A-level di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Bagaimanapun katanya, beliau tidak menerima sebarang pengiktiran atau sijil kelayakan sungguhpun berjaya menamatkan pengajiannya pada ketika itu.

Tambah Adi Putra lagi, pelbagai pihak pernah menabur janji untuk membantunya melanjutkan pelajaran.

“Terlalu banyak pihak yang janji nak bawa Adi pergi sana sini, nak bagi dana untuk sambung belajar…tapi akhirnya (tak ada).

“Tapi kalau ada tawaran pun, buat masa sekarang ini Adi perlu katakan tidak juga. Adi perlu tanggung keluarga dahulu,” katanya.

Mengimbau kembali ketika zaman namanya masih dijulang, Adi Putra mengakui pernah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di dua buah universiti terkemuka dunia ketika berusia enam tahun.

“Masih ingat lagi masa berumur enam tahun, Adi ada dapat tawaran daripada University of Oxford dan Harvard University.

“Adi kecil sangat, tambahan pula tawaran itu hanya untuk Adi dan keluarga tak boleh ikut ke sana.

“Jadi Adi fikir i can’t do this. Memang tak boleh nak hidup seorang diri kat sana. Adi baru berumur enam tahun... jadi masa itu Adi tolak,” katanya.

Ditanya mengenai harapannya terhadap masa depan perkembangan akademik khususnya bidang matematik di Malaysia, Adi Putra yang pernah melancarkan buku matematik pertamanya pada 2011 mahu formula-formulanya digunakan dalam sistem pendidikan negara.

Ibu bapa Adi Putra, Abdul Ghani dan Serihana sentiasa memberi galakan supaya anak mereka berjaya mengejar cita-citanya.

Menurut Adi Putra, beliau masih tertanya-tertanya mengapa pihak berwajib tidak pernah berminat untuk mengkaji formula matematik ciptaanya sedangkan ia diiktiraf sebagai rujukan di negara luar.

“Harapan Adi mungkin mereka boleh ambil formula-formula ini. I’m not saying it’s (modul matematik sedia ada) bad. Banyak perkara bagus, sistem kita memang bagus sebenarnya, memang dah diiktiraf pun.

“Tapi mungkin ada benda lagi yang boleh diperbaiki. Sebagai contoh buku Seni Matematik Islam tulisan Adi, kerajaan Malaysia tak gunakan buku itu tapi ia digunakan oleh kerajaan Brunei. Mereka gunakan sebagai buku rujukan di sekolah rendah dan menengah,” katanya.

Selain itu tambah remaja tinggi lampai berkenaan, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapanya, Abdul Ghanid Abdul Wahid dan Serihana Elias serta ahli keluarganya yang sering memberi sokongan dan galakan.

Jelas Adi Putra lagi tanpa sokongan orang sekelilingnya, ilmu matematik yang dianugerahkan kepadanya mungkin tidak dapat dikongsi dengan orang luar.

"Terima kasih kepada emak dan ayah yang banyak bantu Adi. Mereka tahu minat Adi dalam bidang matematik dan sentiasa memberi galakan untuk mengejar cita-cita menjadi profesor matematik Islam satu hari nanti," katanya.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/06/2015 09:58:00 PTG
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:58 PM | Show all posts
“Tapi kalau ada tawaran pun, buat masa sekarang ini Adi perlu katakan tidak juga. Adi perlu tanggung keluarga dahulu,” katanya.

Mengimbau kembali ketika zaman namanya masih dijulang, Adi Putra mengakui pernah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di dua buah universiti terkemuka dunia ketika berusia enam tahun.

“Masih ingat lagi masa berumur enam tahun, Adi ada dapat tawaran daripada University of Oxford dan Harvard University.

“Adi kecil sangat, tambahan pula tawaran itu hanya untuk Adi dan keluarga tak boleh ikut ke sana.

“Jadi Adi fikir i can’t do this. Memang tak boleh nak hidup seorang diri kat sana. Adi baru berumur enam tahun... jadi masa itu Adi tolak,” katanya.




Apa kebodoh laa mak ayah, bio si Adi nih membatalkan hasrat nak sambung belajo sbb dorg lemah sgt sampai si Adi nih yg jadi peyangga keluarga....

Hmmm, btol ker dia penah dpt tawaran masuk ke Harvard dgn Oxford dulu???

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 12:15 AM | Show all posts
entah kenapa sejak aku baca thread ni tetiba aku rasa menyampah & meluat dgn family adi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanggung kluarga???
Apa2 pun mak pak dia la punca dia jd mcm tu... pastu asik nk salahkan org lain.. :zz
Btl ke propa je tawaran oxford dgn harvard tu..nape aku rasa propa je lbh ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:24 AM | Show all posts
Cyempaka replied at 7-3-2015 12:22 AM
Tanggung kluarga???
Apa2 pun mak pak dia la punca dia jd mcm tu... pastu asik nk salahkan org lain ...

ntah, aku try gugel x jumpa plak any artikel pasal dakwaan offer harvard dgn oxford tu......

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:25 AM | Show all posts
axl_bach replied at 6-3-2015 11:58 PM
“Tapi kalau ada tawaran pun, buat masa sekarang ini Adi perlu katakan tidak juga. Adi perlu tanggun ...

propa jek budak ni
uni sane tak de bg tawaran sewenang-wenang camtu..nk masuk belaja sane bkn senang
lu sape wa nk bg tawaran pelbagai?
dia main petik jek nama uni2 yg no.1...harvard tak de masa nk cari budak pndi math...nmpk sgt propa
entah2 tak tau kewujudan uni2 yg specialize math mcm: Caltech, MIT semua tu

maybe dia tak propa...ade yg menceritakan perkara dusta kt dia..
ala2 mase tu dia angguk2 dan terima bulat2 cerita yg dia dpt tawaran tu
aku dpt rasakan sedara yg terdekat ngan dia buat cerita tawaran palsu tu

budak ni dh diajar bongkak oleh bapaknya sejak kecil
selama-lamanya akn bongkak
percayalah...
dr stekmen di atas pun dh tau dia jenis bodoh sombong...






Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:27 AM | Show all posts
flying_cow replied at 4-3-2015 09:11 AM
Aiyoo dik apa yang luar biasa dengan formula matematik kau tu. Cer citer sikit.

Umur dah 16 tahun, tapi masih lagi cerita pasal matematik sifir. Camner nak kira dgn mudah 11x12, 9x9 etc.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:28 AM | Show all posts
axl_bach replied at 7-3-2015 12:24 AM
ntah, aku try gugel x jumpa plak any artikel pasal dakwaan offer harvard dgn oxford tu......

si ainan tu pun kena lalui jln yg sukar utk buat O-Level, A-Level..tak de pun universiti top yg bodoh sgt bg tawaran
entah2 skrg ni dia pun dlm preparation smbg degree kt US ker UK

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:31 AM | Show all posts
Edited by akubest at 7-3-2015 01:17 AM
Changa replied at 4-3-2015 01:25 PM
sufiah elok jah ambil exam?
akak syak heshe ini yg kuat propa.
konon belajar 2 tahun takde sijil ...


aku ada tiga...cambridge, university of london ngan associated examining board...
sbb bodoh terpaksa byk board

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:34 AM | Show all posts
Genius maths pun watpe kalau kau x tau melancap. Women like usss need men who can satisfy us longer. Not some stupied maths
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 12:36 AM | Show all posts
Sepatutnya kalau umo 6 tahun dah reti buat sifir bagai, haruslah umur skarang dia dah publish jurnal etc. Masih tak terlambat lagi sebenarnya. Eloknya dia ambik jah SPM. Takut pulak tak pasal2 bila dah umo 20an, masih lagi cerita pasal formula sifir dia tu, pastu org mintak credentials dia dlm matematik. Abislah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:45 AM | Show all posts
Muntz replied at 7-3-2015 12:27 AM
Umur dah 16 tahun, tapi masih lagi cerita pasal matematik sifir. Camner nak kira dgn mudah 11x12,  ...

tu laa pasal, asyik dok jaja pasal lebih 200 FORMULA math yg dia cipta.....padahal sumer kaedah pengiraan aritmatik jer utk sekian set2 nombor cam sifir 9, 11, 999999999, 100000001.....bukan bleh kira 2 random numbers pun aku rasa si Adi nih....

x abis2 tunjuk pengiraan 2042378213049034 x 999999999 .....................acu kira 2389453872320012 x 243309797654343 tgk kalo terrer

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:46 AM | Show all posts
dauswq replied at 7-3-2015 12:25 AM
propa jek budak ni
uni sane tak de bg tawaran sewenang-wenang camtu..nk masuk belaja sane bkn sen ...

tu laa pasal........mmg nampak warna sebenar si adi nih...........dari tred dulu lagi aku penah buka dlm CI nih bertajuk "Budak Yang Dahsyat" 2 tahun lepas aku dah saspek mamat so called genius math nih just pawer mental aritmatik utk set2 numbers jer.......

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 01:08 AM | Show all posts
sekali pandang dah tauuu ntah mana dtg genius pon aku takk tau...aku rasa dia just know the techniques ...technique tu plak dia sorang je tau....so tak la genius mana,,nak2 plak takat tolah tambah darab bahagi yg boleh guna calculator tu dikkkk jauh la nak amik A level...

nak amik O level or A level...apa2 hal english ko kena mantop dik....itu nombor satunya...sbb soklannyer idakle dia translate kannn....english kena tiptop....international students semua kena amik ielts dikkk sbb kalo A level ko gempak pon ielts ko haukkk org tak hamik dik....

satu aku nampak inggerish adik ni tak polish and sad to say without englishhh ko bertapa dlm mesia jek dik..tak kira la ko genius mana pon....sebba semua university omputeh yg ko nak masuk tu ckp omputeh dik..bukan ckp melayu...

and satu lagi....uk uni contohnya at least ko kena amik at least 3 subject utk masuk....so kalo ko pandai maths semata ...yg lelain haukkkk pon tak de maknanya....

aku nampak si adi nih macam naive...tapi mak apaknya yg bodoh sombong...dia ingat anak dia genius terover.....tak tau line yg betul nak masukkan si adi ni.....ada dua factor....satu factor mungkin org ajor bodoh sombong.....factor kedua mmg nak guna adik ni buat meniaga ubat....

ujung2 anak ko jadik PENJUAL UBAT sajork.....so sad....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.261090 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list