Agama Kristian merupakan salah satu agama langit. Maksud agama langit adalah agama yang berasal daripada ajaran Tauhid –mengesakan Allah- sama ada masih kekal atau telah berubah. Mereka juga disebut sebagai Ahli Kitab (Empunya Kitab). Oleh sebab itu,penilaian perlu dibuat sejauh mana kebenaran dakwaan Kristian bahawa mereka adalah agama Tauhid (monotheism) sedangkan yang diketahui kaum muslimin hanya Islam sahaja dalam alam ini yang mengesakan Allah (Tauhid).
Tuhan dalam Akidah Kristian
Gereja Katholik:
Orang-orang Kristian percaya bahwa Pencipta dan Pentadbir Alam ini sekaliannya adalah Tuhan yang satu iaitu Allah. Maka jika dilihat dari segi ini ternyata mereka agama Tauhid. Tetapi jika dilihat dari sudut ibadat dan al-Asma was Sifat maka jelas agama ini agama syirik.
Allah menurut Kristianiti terbahagi kepada 3 Oknum.Inilah yang dikenal sebagai aqidah Triniti (Taslis).Mkasud Oknum adalah Zat atau ain. Maknanya di sini Allah swt itu terdiri daripada 3 zat yang bersatu iaitu:
1- Bapa 2- Anak 3- Ruh al-Qudus (Holy Spirit) yakni ilmu dan Hayat Allah.
Menurut Kristian, Bapa adalah pencipta dan pentadbir alam, anak adalah kalimah Allah yang diturunkan ke bumi dalam perut Maryam (Isa al-Masih)kepadanyalah diberi usrusan al-Fada (Tebus Dosa) dan Ruh pula adalah sifat hidup dan ilmu Allah yang berpindah-pindah dari jasad Isa ke tubuh-tubuh Santos (Saints)dan kepadanya diberi urusan tathir(penyucian).
Menurut mereka juga, setiap satu Oknum ini berdiri dengan sendiri dan mempunyai ada tugas tersendiri dan setiap satunya mempunyai sifat ketuhanan yang sempurna.Namun, ketigs-tiga ini adalah tuhan yang satu kerana ketiga-tiganya bukan makhluk. Konsep mudah untuk akidah ini adalah:
1+1+1=1.
Gereja Ortodoks:
Tafsiran Taslis (Triniti) pada gereja ini pula adalah Allah swt, Isa as dan Ruh Qudus adalah 1 tetapi berada 9berpindah) dalam 3 Oknum yang berbeza. Pada mulanya Allah di langit kemudian turun masuk ke dalam perut Maryam dan bersembunyi dalamnya selama 9 bulan kemudian keluar berjasad dalam Isa as dan penghubung di antara Allah di langit (bapa) dan Allah di bumi (anak) adalah Ruh (Holy Spirit).
Pandangan Islam Terhadap Allah swt:
Kaum muslimin percaya kepada Allah swt adalah Tuhan yang satu. Dia adalah Tuhan langit dan bumi dan apa antara keduanya, pencipta dan pentadbir alam sekaliannya, tunggal lagi esa pada zat-Nya, sifat-Nya,perbuatan-Nya dan hanya Dia sahaja berhak mendapat Ibadah daripada mahluk-Nya. Firman Allah swt dalam surah al-Ikhlas:
Maksudnya: Katakanlah: “Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”
Surah al-Ikhlas ini jelas mengandungi makna tauhid yang sempurna sama ada dari segi Rububiyyah, Uluhiyyah mahupun al-Asma wa al-Sifat.Allah swt berfirman:
Maksudnya: Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa. jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.[al-Maidah:73].
Oleh itu, agama Islam yang amat mulia ini menolak aidah triniti mentah-mentah dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang beriman dengan akidah tersebut.
Aidah Triniti dalam Timbangan Logik
Apabila kita melihat konsep triniti ini kita telah pun melihat pertentangannya dengan logik akal.1+1+1=1 ini merupaan kebatilan dengan sekali pandang.Mungkin pihak Kristian akan mendatangkan misal sebuah segitiga, mempunyai 3 bahagian apabila dicantum menjadi satu. Kita katakan segitiga itu makhluk adapun Allah bukan makhluk. Demikian juga segitiga itu saling bergantung antara sisinya. Jika satu sisi hilang maka hilanglah bentuk segitiga tersebut. Adapun akidah kamu, 3 Oknum itu berdiri sendiri saling tidak memerlukan. Jika kamu mengatakan bahawa 3 Oknum itu saling memerlukan maka ini sifat makhluk bukan Tuhan.Kedua-dua hujjah pihak Kristian ini tidak boleh diterima akal yang waras.
Jika mereka mengatakan Oknum ini satunya zat dan dua lagi sifat maka Allah swt itu bukan hanya memiliki 2 sifat bahkan memiliki jumlah sifat yang tidak diketahui kecuali Dia. Maka kenapa kamu tidak jadikan pendengaran 1 Oknum, melihat 1 oknum, menulis 1 oknum, rahmat 1 oknum, murka 1 oknum dan seterusnya.
Syeikh Rahmatullah al-Hindi membawa sebuah kisah 3 orang yang masuk Kristian lalu mereka diuji oleh seorang Paderi berkenaan kefahaman mereka terhadap akidah Triniti ini lalu mereka memberi jawapan:
1- Tuhan itu ada tiga, 1 di langit, 1 lagi di bumi keluar dari perut Maryam dan 1 lagi yang meresap dalam Tuhan kedua apabila umurnya 30 tahun dalam bentuk merpati. Jawapan ini ditolak paderi itu.
2- Tuhan itu ada 3, 1 telah disalib maka tinggal lah dua. Ini juga ditolak.
3- Tuhan itu 3 dalam 1 satu dalam 3,-si Paderi gembira mendengar jawapan ini tetapi- lalu disalib 1 daripada tiga dan mati maka matilah ketiga-tiganya kerana mereka semua bersatu.Maka Paderi itu menjadi marah dan menolak juga jawapan ini.
Kisah ini memberi gambaran betapa tidak masuk akalnya akidah ini dan tidak boleh diterima oleh fitrah. Sebenarnya akidah ini diserap daripada akidah Hindu dan akidah-akidah syirik lainnya yang mengatakan Tuhan meresap ke dalam makhluk atau Tuhan itu berjuzuk-juzuk.Akidah Trimurti agama Hindu amat sesuai dengan akidah ini. Menurut Hindu Tuhan itu ada 3 tetapi 1 iaitu Brahma (Pencipta),Vishnu (pemelihara), Siva (Pemusnah).
Oleh itu, akidah Kristian bukanlah akidah Tauhid tetapi akidah syirik seperti agama-agama lain maka kekallah Islam sahaja agama Tauhid dan satu-satunya agama sebenar daripada Allah swt.
Rujukan:
Mausuah Muyasarah li al-Adyan wal Firaq wal Mazahib wal Harakat wak Ahzab al-Muasarah, Persatuan Pemuda Islam Sedunia.
Dirasat fi al-Yahudiah wal Masihiah wa Adyan al-Hindi, Dr. Muhmmad Diyaur Rahma al-Azami
Al-Fasl fil Milal wal Ahwa wan Nihal, Ibn Hazm al-Andalusi,as-Syeikh,al-Imam
Izharul Haq oleh Rahmatullah al-Hindi,as-Syeikh,al-Imam. Last edited by Ayun_Maiden on 22-4-2014 10:48 PM
Hanya ISLE yang mampu menerangkan kesesatan dan kemurtadan agama Kristian yang telah banyak menyeleweng dari ajaran yang di sampaikan oleh Nabi Isa a.s.
pyropura posted on 22-4-2014 07:59 PM
allah juga tak bercinta & sudah tentu dah takde ''kekasih'',
allah juga tak perlu perlindungan ...
rumah Allah itu masjid. tempat beribadat berkumpul nya muslimin muslimat. bukan rumah yang diduduki Allah untuk berlindung dari hujan panas.
saya kira budak darjah satu juga tahu akan hal ini. dan amat memalukan orang dewasa seperti cik pyro alpa mengenai hal ini.