CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: crossfire

[Tempatan] Pertubuhan Gabungan Agama Bukan Islam Pula Minta Visa Zakir Naik Disekat

[Copy link]
Post time 10-3-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 9-3-2017 08:25 AM
Boleh tak sesiapa yg islam di sini bagitau apa masalah zakir naik sampai puak agama lain esp hindu a ...

....mungkin dia hina igama kapir, dengan mempersoalkan kitab2 Upanishad, bible dll...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-3-2017 10:53 PM
Orang Islam nak cerita hebatnya Islam takde hal.... orang hindu nak sembang sesama depa betapa hebat ...

Tu lah pasal, bangga pula cara nak promote islam dengan mempersoalkan kitab2 igama lain, instead of menunjukkan kehebatan/kelebihan Koran tu sendiri....  @mbhcsf

Lagi satu, sebagaimana Moslem ada hak nak undang ZN, begitu juga kapir ada hak nak bantah, so apa masalahnya??
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Defcon2 replied at 9-3-2017 02:32 PM
Aku cadangkan kau tengok video Dr. Zakir dalam youtube. Terutama mengenai Nabi Isa dan bible.
Ak ...

.. dari perspektif Muslim memang dianggap fakta, tapi pada kapir bukan... so takkan habis habis kalau gitu....  
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Redskin replied at 9-3-2017 04:04 PM
Pada org2 Islam, ZN TIADA pon menghina mana2 agama.



Mempersoalkan kebenaran kitab agama org kan ke penghinaan pada agama org tu?  
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi bila nak hantar zn ke bulan? Ummah dah start menggelupur ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_acura replied at 9-3-2017 07:37 AM
so apa yg salah dalam islam...boleh bagi maklumat.....pls...

Simple saja u muslim if acong denied kebenaran quran dan science  contoh evolution vs adam dan eve tapi lobais bagi jawapan manusia dari tanah so far acong argue di mana datang nya cerita terjun dari syurga dan tidak masuk akal.
Asal dari tanah bumi, hidup syurga ,kemudian terjun ke bumi .
Kan akan seperti merendah kan cerita buah larangan syurga so u marah or not ????  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2017 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 9-3-2017 12:25 AM
Boleh tak sesiapa yg islam di sini bagitau apa masalah zakir naik sampai puak agama lain esp hindu a ...

Biasalah sister...bangsa kafir kan mudah sentap....ahli neraka mana mungkin mahu terima kebenaran....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 9-3-2017 08:47 PM
Simple saja u muslim if acong denied kebenaran quran dan science  contoh evolution vs adam dan eve ...

X marah pun sis...cuma mampu tersenyum sinis dgn kebodohan puak atheist itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 06:45 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2017 07:54 AM
abangbikerz replied at 9-3-2017 09:49 PM
Balik2 mintak bukti   taktik lapuk jer nk damage control.

Hadis sahih pon ada kes pancut d ...

kena minta bukti dan itulah proses ilmu  untuk discuss , meneliti hujah  dengan betul. kalau tak ada bukti umpama macam cakap hembus hembus je, so tak valid.
dan kalau dalam thesis pun type punya  type tetiba tak ada reference, you ingat examiner macam you ke, : tak payah guna buktilah ...gitu - tak ada refernce pun tak per? bila petik idea atau rujukan fakta dari sesuatu journal?
dah tak belajar ke dari Copernicus yg plagiat sumber tafsiran ilmu falak cerapan Ibn Syatir ? habis habis kena hukum  katak je...la kan sebab tu  kat sini pengajarannya ialah bawa bakta yg sahih berujukan.

see? what happened to Enche Copernicus? dah lah cedok idea org tak buat reference dan tak bawa bukti yg sahih then kena hukum terus , i  pun tatau if dia bawa rujukan ini ...dia dihukum ke jugak kalau dia kata ini discussion aje  tentang Idea ibn syatibi ...bukan saya punya idea asal pun ..hmmm???? we never find out anywaysss....

see?

dalam proses ilmu emprikal pun  perlukan rujukan yg sahih  


so sebab tu jgn dok pilih Ibnu ishaq

buat org gelak je sebab dia punya kredibiliti  sangat sangat diragui.

kalau tak memanjang percaya  benda yg ibn ishaq hanya sampaikan dia tak check pun sahih ke tak.

bezanya dengan hadis.disaring disemak.

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 06:55 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2017 06:59 AM
katowjo replied at 9-3-2017 03:17 PM
lepas tu ayat dimakan kambeng bek bek bek..

pas tu nabi pileh2 surah nak bukukan dalam buku had ...

saudari , dari dulu saya mohon bukti

silakan nyatakan tatacara solat mengikut al quran ? sampai sekarang anda tak bawakan jawapan malah personal attacking. maksudnya anda tak ada jawapan.

asyik asyik highlight ' traditions' walhal anda pun tak dapat hurai dengan tuntas apa itu hadis , apaitu tingkatan  atau kategori hadis.

dan sebab itu modal anda di posting ini recycle benda yg dah terjawab.

anda akan twist , eh kalau quran tak sebut maka itu juga ' kekurangan' itu adalah helah anda yg tak mampu bawa bukti dan twist untuk kata al quran tu ada tak lengkap.
( u ingat org kat forum ni kurang cerdik macam you , ke? )

dan bila dibawa berita ayat quran yg dihafaz oleh umar  tentang rejam dan ia dimansuhkan - anda cuba helah  dengan menyatakan bahawa quran tu alamak rasulullah pilih pilih.

lama makin lama anda canang - hanya menunjukkan betapa ilmu golongan extremist LIBERAL Seperti anda amat cetek , dan bukan kekurangan Al quran itu sebenarnya.bukan tunjukkan Islam tu kekurang apa apa tapi makin lama dilihat pengetahuan anda hanya berkisar fitnah recycle aje.


__________________________________________


oleh kerena anda tak faham konsep nasakh dan mansukh dan anehnya FB mufti amat senang diikuti tak berani tanya ye?

oh takut rupanya dan sebab keberana itu powerful maka saya bawakan ini untuk anda:


IRSYAD USUL FIQH



IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE-9: NASIKH DAN MANSUKH: PENJELASAN DAN FUNGSINYA
Ditulis oleh Muhammad Fahmi RusliDiterbitkan: 05 Disember 2016
sumber asal : http://www.muftiwp.gov.my/index. ... lasan-dan-fungsinya






Mukadimah

Di dalam perbahasan ilmu usul fiqh, di sana terdapat suatu bab yang disebut sebagai al-Nasikh dan al-Mansukh. Ia pada hakikatnya merupakan suatu cara untuk menyelesaikan percanggahan di antara dalil-dalil. Ini kerana, sekalipun mustahil untuk dalil-dalil bercanggah di antara satu sama lain dari sudut realitinya, akan tetapi ia tidak mustahil berlaku pada sudut pandangan para mujtahid.

Definisi al-Nasakh

Nasakh dari sudut bahasa: Digunakan kepada: Mengangkat dan juga menghilangkan. Dikatakan: Matahari menasakhkan bayangan iaitu mengangkatnya. Angin menasakhkan kesan-kesan iaitu menghilangkannya. Nasakh juga membawa maksud: Menukilkan (memindahkan). Contohnya: Aku menasakhkan al-Kitab. Iaitu: Aku menukilkan apa yang terdapat di dalamnya sekalipun tidak sedikitpun menghilangkannya daripada tempatnya. Lihat al-Faqih wal-Mutafaqqih, al-Khatib al-Baghdadi (Hlm. 189).

Dari sudut istilah: Mengangkat hukum syarak dengan dalil syarak yang datang terkemudian darinya. Dalil itu dinamakan sebagai al-Naasikh manakala hukum yang terangkat itu disebut sebagai al-Mansukh.


Jenis-jenis Nasakh

Nasakh terbahagi kepada beberapa jenis:

Pertama: Nasakh boleh jadi secara sarih ataupun jelas. Iaitu nas jelas menunjukkan bahawa ayat tersebut telah berlaku nasakh padanya. Sebagai contohnya adalah sabda Nabi S.A.W:

نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا

Maksudnya: Aku dahulu melarang kalian dari menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah kubur.

Riwayat Muslim (977)

Berdasarkan hadis di atas, nasakh berlaku secara jelas di dalam nas yang sama. Al-Nasikh adalah perintah menziarahi kubur. Manakala al-Mansukh adalah larangan menziarahi kubur.

Kedua: Nasakh dhimni (di sebalik/terkandung).

Yang dimaksudkan dengan nasakh dhimni ini adalah, Allah tidak menyebutkan secara sarih (jelas) akan berlakunya nasakh. Akan tetapi terdapat hukum lain yang disyariatkan yang mana ianya bercanggah dengan hukum sebelumnya tanpa adanya nas yang sarih menunjukkan akan mansukhnya hukum yang pertama dan tidak boleh untuk dihimpunkan di antara keduanya. Maka pensyariatan hukum yang terkemudian itu menjadi nasikh dhimni (terkandung) bagi hukum yang terdahulu. Contoh bagi nasakh dhimni ini adalah firman Allah S.W.T:

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا وَصِيَّةٗ لِّأَزۡوَٰجِهِم مَّتَٰعًا إِلَى ٱلۡحَوۡلِ غَيۡرَ إِخۡرَاجٖ

Maksudnya: Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya.

Surah al-Baqarah (240)

Berdasarkan ayat ini, dapatlah difahami bahawa iddah bagi wanita yang kematian suaminya adalah selama setahun penuh. Inilah hukumnya pada awal-awal islam dahulu. Kemudian turunnya firman Allah S.W.T:

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗا

Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari.

Surah al-Baqarah (234)

Manakala ayat ini pula menunjukkan bahawa isteri-isteri yang kematian suami hendaklah mereka itu beriddah selama empat bulan sepuluh hari. Justeru, ayat ini menjadi nasikh dhimni ke atas hukum ayat yang pertama kerana ayat ini turun terkemudian daripada ayat tadi.

Syarat-syarat Nasakh

Berikut merupakan beberapa syarat nasakh yang disepakati oleh para fuqaha:

  • Hendaklah yang dimansukhkan itu merupakan hukum syarak.
  • Nasakh itu hendaklah berlaku dengan khitob (dalil) syarak.·
  • Hendaklah dalil nasikh itu datang terkemudian daripada dalil mansukh.
  • Apa Yang Boleh Dinasakhkan Atau Menasakhkan ?

Di antara perkara yang perlu dinyatakan, sebahagian dalil boleh menasakhkan di antara satu sama lain. Manakala terdapat juga dalil yang lain akan tetapi ia tidak dapat menasakhkan dalil yang lebih kuat darinya.

Pembahagiannya boleh kita fahami seperti berikut:

Pertama: Nas-nas al-Quran boleh untuk menasakhkan di antara satu sama lain.
Kerana kesemuanya sama dari sudut kekuatan kedudukan.

Kedua: Al-Quran boleh dinasakhkan oleh Sunnah yang mutawatir dan begitu jugalah sebaliknya.

Ini kerana, Sunnah yang mutawatir itu sama seperti al-Quran dari sudut qath’iyyah al-thubut (sabit dengan jalan yang pasti).

Ketiga: Sunnah Ahaad (hadis-hadis Ahaad) boleh menasakhkan antara satu sama lain ataupun ia boleh dinasakhkan dengan nas yang lebih kuat daripadanya.

Keempat: Ijmak tidak boleh menasakhkan nas daripada al-Quran dan juga al-Sunnah.
Ini kerana sesuatu nas itu apabila dalalah nya qath’ie maka itu menjadi penghalang untuk berlakunya ijmak atas sesuatu yang menyelisihinya.

Kelima: Nas-nas daripada al-Kitab dan juga al-Sunnah tidak boleh untuk memansukhkan ijmak.
Ini kerana, sesuatu yang memansukhkan (al-nasikh) hendaklah datang kemudian daripada sesuatu yang dimansukhkan (al-mansukh). Sedangkan nas-nas al-Quran dan juga al-Sunnah ini telah datang terlebih dahulu daripada ijmak.
Bahkan ijmak sebagai dalil syarak tidak dianggap sebagai hujah melainkan setelah wafatnya Nabi S.A.W.

Keenam: Ijmak yang terbina di atas nas al-Kitab dan juga al-Sunnah ataupun Qiyas tidak boleh untuk dinasakhkan dengan ijmak yang lain. Adapun ijmak yang terbina di atas maslahah maka ia boleh untuk dinasakhkan dengan ijmak yang lain.

Ketujuh: Qiyas juga tidak boleh untuk menasakhkan nas al-Kitab dan juga al-Sunnah. Demikian Qiyas tidak boleh menasakhkan Ijmak. Bahkan kesemuanya itu tidak boleh memansukhan qiyas. Ini kerana qiyas tidaklah berlaku melainkan ketika mana ketiadaan hukum di dalam al-Kitab, al-Sunnah, dan juga al-Ijmak.

Kelapan: Qiyas tidak boleh untuk menasakhkan qiyas yang lain. Ini kerana qiyas terbina daripada ra’yu dan juga ijtihad.


Nasakh Di Dalam Al- Quran

Kata al-Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah (W. 463 H): Nasakh di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Nasakh hukum dengan mengekalkan rasm (ayat al-Quran), Nasakh rasm tanpa menasakhkan hukum, dan nasakh kedua-duanya iaitu hukum dan juga rasm.

Pembahagiannya adalah seperti berikut:

1- Nasakh hukum dengan mengekalkan rasm (ayat al-Quran)

Yang dimaksudkan dengan ini adalah, Allah S.W.T memansukhkan sesuatu hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Dalam masa yang sama ayat yang menjelaskan akan hukum tersebut tidak dimansukhkan sekali akan tetapi ia masih kekal di dalam al-Quran. Contohnya adalah seperti berikut. Firman Allah S.W.T:

كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ


Maksudnya: Diwajibkan ke atas kalian, apabila salah seorang di antara kalian kedatangan (tanda-tanda) maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan kaum kerabatnya secara makruf, (ini adalah) kewajipan ke atas orang-orang yang bertakwa.

Surah al-Baqarah (180)

Daripada ayat di atas kita mendapati bahawa ia menunjukkan hukum wajibnya berwasiat kepada ibubapa dan juga kaum kerabat. Akan tetapi, hukum ini telahpun dimansukhkan apabila datangnya pensyariatan mirath.

Kata al-Imam al-Baghawi ketika menafsirkan ayat ini: “Adalah wasiat itu difardhukan kepada kedua ibubapa dan juga kaum kerabat pada awal permulaan Islam ke atas sesiapa yang meninggal dunia serta meninggalkan harta. Kemudian ianya dimansukhkan dengan ayat mirath”. Rujuk Ma’alim al-Tanzil, al-Baghawi (1/193).

Maka walaupun hukumnya telah mansukh, akan tetapi ayat tersebut ataupun rasmnya masih terdapat di dalam al-Quran.
2- Nasakh rasm (ayat) dengan mengekalkan hukum.
Contoh baginya adalah perihal ayat rejam. Pada asalnya, ia terdapat di dalam al-Quran.
Akan tetapi ayat tersebut telah dimansukhkan manakala hukumnya tetap kekal.
Saidina Ibn Abbas R.anhuma meriwayatkan daripada Umar Ibn al-Khattab R.anhu beliau berkata:


“Sesungguhnya Allah S.W.T telah mengutuskan Muhammad S.A.W dan menurunkan ke atasnya al-Kitab. Di antara yang Allah turunkan ke atasnya adalah ayat rejam. Maka kami membacanya, memahaminya, serta menjaganya”. Kata beliau lagi:

أَلاَ وَإِنَّ الرَّجْمَ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى وَقَدْ أَحْصَنَ إِذَا قَامَتِ الْبَيِّنَةُ

Maksudnya: “Sesungguhnya rejam itu merupakan hak ke atas penzina muhson (yang sudah berkahwin) apabila telah tertegaknya bukti”.

Riwayat al-Bukhari (6829)


3- Nasakh rasm (ayat) berserta dengan hukum.

Contoh bagi nasakh kategori ini adalah berkenaan kadar bilangan susuan yang cukup untuk menjadikan seseorang sebagai mahram. Dalam sebuah hadis daripada A’isyah R.anha beliau berkata:

كَانَ فِيمَا أُنْزِلَ مِنَ الْقُرْآنِ عَشْرُ رَضَعَاتٍ مَعْلُومَاتٍ يُحَرِّمْنَ  ثُمَّ نُسِخْنَ بِخَمْسٍ مَعْلُومَاتٍ

Maksudnya: Di antara ayat yang diturunkan daripada al-Quran adalah sepuluh kali susuan yang menjadikan mahram. Kemudian ia dinasakhkan kepada lima kali susuan yang diketahui.

Riwayat Muslim (1452)

Kata Imam al-Khatib al-Baghdadi: Ayat yang 10 kadar ini dimansukhkan tulisan dan hukumnya di dalam al-Quran. Lihat al-Faqih wal-Mutafaqqih, al-Khatib al-Baghdadi (Hlm. 192).



Penutup

Akhir kalam, semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kepada kita kefahaman berkaitan isu nasikh dan juga mansukh. Ameen.


Kalau anda bawa lagi isu AYAT QURAn kena makan kambing biri nyatalah saya bahawa anda berniat jahat sengaja memburukkamn islam dan hanya tahu  Islam sekadar surface sahaja.


so - LAIN KALI JGN BAWA FITNAH  PADA ISLAM , and alihat mufti punya level berbanding anda

sebab itulah golongan extremist liberal seperti anda memang dikatakan hanya menguasai ilmu yg sangat sangat superficial.


asyik asyik ulang canang fitnah

dan dia ingatkan  benda fitnah ini eureka eureka .

PITY.

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 06:57 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2017 08:07 AM
katowjo replied at 9-3-2017 10:52 PM
quran complete konon..dipelihara konon..alih2 depa sendiri buat citer surah dimakan kambeng je...hih ...

masih ulang

a) isu ayat quran dimakan kambing

tapi tak faham konsep nasakh dan mansuh dan  WUJUDNYA CATATAN akan peristiwa itu membuktikan transparency/ ketelusan ...so ini membuktikan tak ada apa yg disembunyikan pun.

Umar pun hafaz ayat rejam tu pun  dan  anda sendiri yg bawa hujah berkenaan hal parchment/ kertas catatan  yang dimakan  kambing  tu sebab anda tak mampu lari atau jawab soalan bertalu saya yg macam mana tatacara solat  ....kalau tak dirincikan hadis. saya bawa hujah sanggahan anda dan anda twist. itulah kebolehan anda untuk menipu. so JANGAN TWIST kata kitaorg buat cerita sedangkan anda , yes anda yg bawa  hujah itu untuk play double edged sword - like kalau org jawab  menafikan  mana ada ayat quran tak lengkap then senanglah anda kata kita berpilih - pilih , in denial - walhal anda yg jahil .

kalau kita terangkan ini ayat nasakh dan mansuh - anda twsit pulak kata - og nabi pilih pilih
sedangkan hakikatnya anda tak mampu pun nak jawb secara TUNTAS: bagaimana tatacara solat kalau tak dirincikan hadis?

malah cara yg terbaik making funlah kan nak tutup kejahilan - lepas tu exagerrat epuak puak anda dengan menyatakan saya yg kata so and so walhal anda yg menunjukkan  atau mewakili extremist liberal yg sering mengitar semula  fitnah.



b) masih gagal menjawab bagaimana mahu solat tatacara solat  jika tidak dirincikan dengan hadis.
satu soalan yg amat amat sukar henda dia jawab dari dulu.


sedangkan soal ayat quran dimakan kambing tui kami  dah jawab  dah lama

oh ya  bila habis hujah yg mampu  difikirkan hanya highlight ' tradition , yes? masih ingat - tapi tak mampu pun huraikan pun.

well...pity , alih alih hanya mampu bawa fitnah recycle.saya memang kesiankan anda sebab and amenggunakan jemari milik Allah dalam perbuatan yg amat amat serious tapi anda ingat it is fun dan anda fikir hanya ituklah sahaja  hakikat hiduo anda y du dunia? recycle agen fitnah.

takut nak bahas ke board KKK.

forumner ini asyik bawa hujah parchment ni sajalah modal. tapi gagal menjawab macam mana tatacara solat yg dikehendaki dan dan bagaimana rasulullah ajar ...???

so saya berhenti di sini sebab hujah parchment itu isu yg dah lama terjawab hanya dikitar semula sahaja.
kalau nak menipu pun, ngakulah yang  anda menipu so tak payahkah serlahkan kejahilan dalam memahami konteks sebenar ilmu tafsir. sedangkan persoalan pokok saya bagaimana anda solat ?



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 06:58 AM | Show all posts
Modngengade replied at 10-3-2017 06:37 AM
Biasalah sister...bangsa kafir kan mudah sentap....ahli neraka mana mungkin mahu terima kebenaran. ...

wah direct and to the point ye ..cayalah statement
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 07:26 AM | Show all posts
pyropura replied at 10-3-2017 12:47 AM
Tu lah pasal, bangga pula cara nak promote islam dengan mempersoalkan kitab2 igama lain, instead o ...

lah , u tak sedar ke yg kerja kerja orientalis barat yg ilmu sejemput tu sejak berzaman lagi dah dok perlekehkan al quran malah menjadi sumber inspirasi pulak bagi pihak extremist liberal berhujah? hmm...fikir dulu sebelum type.

so jgn play victim sini alahai .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2017 08:01 AM | Show all posts
AHLI NERAKA MANA PERCAYA KEWUJUDAN SYURGA....

MEREKA AKAN PERCAYA BILA SUDAH BERADA DI NERAKA...

HUJAH MACAMMANA PUN

IBARAT CURAH AIR KE DAUN KELADI.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 08:03 AM | Show all posts
aneh malaysia

concert concert  semua kalau pihak agama bising kata macam macam hak asasi
kalau ZN  dah lain menggelupoq pulak ye - oh yes pakaian undang  ...keharmonian..tapi berpilih pilih ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2017 08:05 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 10-3-2017 08:03 AM
aneh malaysia

concert concert  semua kalau pihak agama bising kata macam macam hak asasi

BARU ANTAR SORANG DZN MENGELUPOR PUAK2 YG TAK BERKENAAN....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 08:10 AM | Show all posts
crossfire replied at 10-3-2017 08:01 AM
AHLI NERAKA MANA PERCAYA KEWUJUDAN SYURGA....

MEREKA AKAN PERCAYA BILA SUDAH BERADA DI NERAKA...
...

well , hidayah itu milik Allah , itu bukan our buisness sebenarnya. cuma kudrat dan ikhtiar nyatkan yg hak secar aberani adalah tanggungjawab umat islam dan ini tidak pula kita riak, ujub atau kata kita sampai ilmu macam mufti  tu...tapi sekadar ada saja untuk selamatkan mereka yg young minds ni yg masih terpukau igauan pemimiran dunia ni  akan betapa pentingnya untuk sedar dan menilai pemikiran sekiranya hanyut dalam arasu liberalisme - humanisme.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala dorang takut lagi ramai yg dengar ceramah zn lagi ramai nak peluk islam,itu aje puncanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 08:38 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 9-3-2017 10:58 PM
wah direct and to the point ye ..cayalah statement

ye sis, kakak rasa dgn kapir2 gelap mata hati ni better straight to the point....diorang ni bukan fhm bahasa kiasan terutama pyropura-pura itu

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 10-3-2017 06:45 AM
kena minta bukti dan itulah proses ilmu  untuk discuss , meneliti hujah  dengan betul. kalau tak a ...

Takyah konar le. Massacre of qurayza ada dlm hadis sahih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.091171 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list