CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
 Author| Post time 15-12-2018 03:11 PM | Show all posts
eyansss replied at 14-12-2018 02:25 PM
menarik...  maknanya kerana kes ni membawa kepada pembatalan beberapa perkara la ye...  ada pros n ...




boleh baca tak?

kalau boleh, nanti i tepek lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2018 08:01 PM | Show all posts
Syd replied at 15-12-2018 03:11 PM
boleh baca tak?

kalau boleh, nanti i tepek lagi

nampak nampak... jadinya betul la kes pukul ni... cuma yang aku dengar imam... rupanya khadi... salah sebut nama je pun... tak mati tak luak... sedih betul...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 08:03 PM | Show all posts
Syd replied at 14-12-2018 02:38 PM
nanti i tepek.

ni nak perhabis report.

aku kalo ada power pun aku akan buat menda yang sama... too much tau... memang la pada asalnya mengenang jasa nenekmoyang diorang lead bukak penempatan baru tapi macam too much dah pun... in fact, diorang2 ni la yang menjahanamkan penempatan yang nenekmoyang diorang bukak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2018 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 15-12-2018 08:01 PM
nampak nampak... jadinya betul la kes pukul ni... cuma yang aku dengar imam... rupanya khadi... sa ...

Ada byk lg.  Nanti monday i sambung tepek ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika Singapura Pun Boleh Dijual, Inikan Pula Pulau Kukup?

December 16, 2018 Naimah Shaari

1. Sejarah Kesultanan Johor berubah apabila Sultan Mahmood mati ditikam oleh Megat Seri Rama, Laksamana Bentan.

2. Peristiwa itu berlaku ekoran kezaliman Sultan membunuh Dang Anum , isteri Megat Seri Rama yang sedang hamil.

3. Makam ‘Sultan Mahmood
Mangkat Di Julang’ itu kini terletak di atas sebuah bukit di bandar Kota Tinggi, Johor.

4. Oleh kerana beliau tidak mempunyai waris atau zuriat , orang kampung di situ telah memilih seorang dari mereka yang kebetulan berdarah Bugis bergelar Temenggong sebagai ketua mereka yang baru dan akhirnya telah menggunakan gelaran Raja.

5. Inilah tipu helah pertama sehingga rakyat biasa yang pernah memegang jawatan Temenggong dipilih sebagai Raja atau Sultan sehinggalah ke hari ini.

7. Dalam tahun 1819 Sultan Hussein Mua’zzam Shah dianggat sebagai Sultan Johor yang baru.

8. Bagi mendapatkan sokongan dan pengiktirafan British, Raja Hussein telah menjual Pulau Singapura kepunyaan Johor itu kepada mereka.

9. Peristiwa hitam ini tercatit
dalam sejarah Johor dan Negara.

10. Jika ada mana – mana pihak yang menganjurkan rakyat atau ‘Bangsa’ Johor mengkaji sejarah Johor, maka peristiwa ini tidak boleh diketepikan.

11. Pesanan akhir Megat Seri Rama ‘ RAJA ADIL RAJA DI SEMBAH , RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH’ harus dijadikan pengajaran.

12. Tindakan – tindakan liar dan buas Sultan Mahmmod Iskandar , bapa kepada Sultan Johor sekarang dengan mencedera, menzalimi malah membunuh rakyat
sesuka hati itulah yang menyebabkan Tun Dr. Mahathir bertindak.

13. Kini Sultan Johor , anaknya dan beberapa Sultan yang lain cuba menutup pekong yang mereka lakukan dengan alasan Kerajaan PH hari ini akan menghapuskan Institusi Raja.

14. Menegur dan menasihatkan supaya Raja – Raja menghormati pemimpin dan rakyat dan menghormati Perlembagaan dan Undang – Undang dan Agama Islam tidak bermakna Kerajaan hendak menghapuskan Institusi Raja.

15. Jika sekiranya Raja – Raja menggangap diri mereka ‘perfect’ atau ‘maksum’ yang tak boleh di nasihat dan ditegur, maka inilah bermulanya kehancuran Instutusi Raja itu sendiri.

16. Sekali lagi saya anjurkan agar Majlis Raja – Raja yang bersidang setiap tahun membincangankan peranan dan tanggungjawab dan tingkah laku mereka sendiri.

17. Rakyat hari ini sedang memerahati segala tingkah laku Raja DAN keluarga mereka.

18. Penolakan rakyat kepada UMNO / BN terutamanya diJohor baru – baru ini adalah lampu isyarat kepada Sultan dan anaknya itu.

19. Jika itu pun mereka tak faham atau buat – buat tak faham maka ini membawa makna rakyat atau bangsa Johor mempunyai Sultan dan bakal Sultan yang tak berapa cerdik atau ALLAH SWT telah menutup mata dan hati mereka.

20. Baru – baru ini negara dikejutkan dengan pemindahan Taman Negara Pulau Kukup dari Hak Milik Kerajaan ke Tanah Kesultanan atau Sultanate Land.

21. Mengikut undang – undang seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin, bekas Menteri Besar yang bertanggungjawab mewartakan Pulau itu, apabila Hak Milik bertukar tangan maka Sultan boleh berbuat apa sahaja aktiviti dan mengenakan berbagai syarat atau akhirnya boleh menjual Pulau tersebut kepada pelabur Singapura atau China seperti yang pernah dilakukan oleh keturunan beliau apabila menjual Pulau Singapura, hak asal Johor kepada British dahulu. Lihat saja kepada projek raksasa Forest City, berapa ramai anak tempatan yang mampu membelinya.

22. Mengikut Enakmen status Pulau Kukup sebagai Taman Negara gugur apabila ia diwartakan sebagai Tanah Kesultanan atau Sultanate Land ; ini bercanggah dengan jaminan Sultan Johor sendiri apabila beliau mengatakan status Pulau itu dikekalkan walaupun berpindah milik.

23. Begitu juga alasan yang diberi oleh anaknya bahawa tujuan memindahkan Hak Milik Pulau tersebut bagi memelihara dan melindungi kedaulatan tanah berkenaan.

24. Jika itulah alasannya, bukankah baik diserahkan sahaja keseluruhan tanah Johor menjadi Sultanate Land?

25. Perkara ini telah saya bangkitkan dalam tulisan saya baru – baru ini bertajuk “ROMPAKAN DI SIANG HARI , SERAHKAN SAHAJA SETIAP INCI TANAH KEPADA SULTAN”.

26. Apakah tujuan dan muslihat sebenar Sultan dan anakya MEMAKSA Kerajaan Negeri MEMINDAHKAN Hak Milik dari Negeri kepada mereka?

27. Ada laporan yang menyatakan
Pulau tersebut kaya dengan emas dan lain hasil maksul bumi.

28. Dalam perkara Pulau Kukup ini terbukti bukan sahaja Menteri Besar , EXCO , Setiausaha Kerajaan Negeri , Pengarah Tanah dan Galian dan Pegawai Undang – Undang takut kepada Sultan dan anaknya malah mereka boleh dianggap BERSEKONGKOL dengan dua orang itu.

29. Walaupun sudah Pindah Milik dan dibatalkan Warta tersebut namun jika mereka yang diamanahkan rakyat masih sayangkan Negeri dan rakyat Johor, maka Kerajaan Negeri melalui MB dan EXCOnya dan Dewan MASIH BOLEH MEMBATALKAN kelulusan awal itu.

30. Yang membuang Kerajaan Negeri UMNO / BN ialah rakyat, dan yang memberi peluang Osman Sapian sebagai Menteri Besar , barisan EXCO dan ADUN yang lain ialah rakyat Johor juga.

31. Jangan jadi sepert “Kacang Lupakan Kulit ” , “Dah Menyeberang Tongkat Mahu Dibuang”.

32. MB dan EXCO berkhidmat untuk kepentingan negeri dan rakyat BUKAN nak bertindak apa sahaja kehendak Istana.

33. Perlu diingatkan sekali lagi kepada Osman Sapian , EXCO dan ADUN dan Pegawai – Pegawai Kerajaan, Sultan BUKAN Tuhan atau Malaikat atau keturunan Dewa – Dewa dan Jin yang kita perlu takuti.

34. Sultan dan anaknya juga TERTAKLUK kepada Perlembagaan dan Undang – Undang.

35. Jika sekiranya tidak ada tindakan membatalkan kelulusan tersebut dalam masa terdekat ini maka adalah lebih baik GANTIKAN SAHAJA beliau kepada sesiapa yang benar – benar berjiwa rakyat – atau rakyat buangkan sahaja Kerajaan Negeri ini yang sudah seperti kacang lupakan kulit.

36. Jika Sultan berjiwa besar dan mengamalkan sikap Mahmudiah dan sayangkan Negeri dan ‘Bangsa’ Johor PULANGKAN saja Pulau Kukup itu kepada Kerajaan Negeri TANPA MEMINTA sebarang pampasan dan gantian dengan tanah yang lain.

37. Harta kekayaan Sultan Johor dan keluarganya yang dianugerah ALLAH SWT jika dikumpulkan ia mungkin lebih tinggi dari Bukit Layang – Layang.

38. Semoga pandangan saya ini dapat berkongsi bersama oleh Sultan, MB, EXCO dan lain – lain.

Terima Kasih.

Hasil tulisan Tamrin Tun Ghafar
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 07:03 PM | Show all posts
Syd replied at 15-12-2018 08:06 PM
Ada byk lg.  Nanti monday i sambung tepek ya

tq tq... aku tunggu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2018 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
lipsofanangel replied at 31-10-2008 05:22 AM
nak tambah pasal tragedi Tg. Kupang...



Japanese red army responsible kes tebusan aia tower (rasanya) kt KL. Iflix ada dokumentari ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
@ipes2

Baru letak 1.
Mula kat #172 ke berapa.

Ada 4-5 lagi. Nanti2 i letak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cloud_jade at 19-12-2018 03:06 PM

Kalau ikutkan negeri yg awal ada sultan melaka johor dgn penang..sekarang 3 negeri tula yg xde sultan.johor tu bkn sultan tp temenggung.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:01 PM | Show all posts
maknanya sultan johor skrg bukan darah raja..takda "tulah" la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2018 05:06 PM | Show all posts
Selepas Sultan Mahmud Mangkat Dijulang kebanyakan penganti bukan keturunan Raja .... tapi keturunan Bendahara
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu ada Teks ucapan penuh dato shahidan kassim ttg kes2 kerabat ni boleh post kan kt sini. Menarik plk nk tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2019 06:04 PM | Show all posts
edmundo replied at 26-12-2018 01:07 AM
Klu ada Teks ucapan penuh dato shahidan kassim ttg kes2 kerabat ni boleh post kan kt sini. Menarik p ...

ada.

tapi tak de cukup masa.

saya tepek yang summary jelah ya.

utk bacaan dan pemahaman.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2019 06:04 PM | Show all posts

baca yang kat bawah nih dulu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2019 06:05 PM | Show all posts
Johari Salim

December 29, 2018 at 9:23 PM ·

Setelah TMJ membuka pekung didadanya dengan komen politik yang menunjukkan tahap pengetahuan nya yang rendah serta dendam kepada Tun Mahathir yang telah meneutralisasikan kekebalan raja raja Melayu melalui parlimen pada bulan January 1993 kerana salah laku, khususnya kerana terlalu banyak perkara jenayah (23 kes termasuk membunuh, menyerang dan memukul) yang dilakukan oleh keluarga diraja Johor, terutama jenayah pembunuhan kejam oleh Sultan Iskandar, datuk kepada TMJ, malah sultan Johor sekarang, Ibrahim Ismail, sebagai tunku mahkota dalam tahun 1980an telah menembak mati seorang dalam satu pergaduhan di kelab malam, maka semakin ramai rakyat mengetahui siapakah sebenarnya mereka ini.

Temenggong adalah asal gelaran pembesar yang empat dari kesultanan Melaka yang turut digunakan oleh Kesultanan Johor iaitu;
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksamana.

Temenggong mungkin lebih kepada menteri keselamatan dan hal ehwal dalam negeri serta kepenggunaan.

Bendahara adalah perdana menteri, Penghulu Bendahari adalah menteri kewangan dan laksamana adalah menteri pertahanan kelautan/ menteri luar.

Kesemua jawatan pembesar diatas bukan dari keturunan raja. Raja bermakna pemerintah asal negeri dan pewarisnya yang sah bukan bermakna mereka keturunan dewa-dewa dari kayangan dan mempunyai sakti atau keturunan Raja Suran, yang susur galurnya pula dari Raja Iskandar Zulqarnain yang timbul dari laut di Bukit Siguntang Mahamiru seperti yang didakwa oleh pengarang Sejarah Melayu yang disunting oleh Tun Sri Lanang di istana Johor pada 13 Mei 1612.

Malah Temenggong Johor ini adalah keturunan Bugis dari golongan pengusaha bergelar Daeng.

Golongan bangsawan Bugis di panggil Karaeng, seperti putera raja yang bernama Semerluki, anak Karaeng Manchoko', raja negeri Balului di Sulawesi yang datang merompak Tanah Melayu, Jawa dan Sumatera diabad ke 15 yang akhirnya di kalahkan oleh Laksamana Raja Kenayan yang bukan sahaja tersangat berani tetapi sangat patuh kepada perintah Allah dari Kerajaan Islam Samudera-Pasai di Sumatera Utara adalah seorang Karaeng.

Begitu juga Sultan Alauddin raja ke 14 kerajaan Tallo-Gowa (disebut juga Gowa-Talloq atau Luwuk) di Selatan Sulawesi yang masuk Islam pada 22 Sep 1605 dan menukar namanya seperti diatas adalah karaeng dimana nama asalnya adalah Karaeng Matowaya Tumamenaga Ri Agamanna.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan ruh Raja Kenayan bersama orang orang yang beriman kerana jihadnya menghalau kafir Bugis Semerluki balik ke Sulawesi walaupun ramai tentera Samudera-Pasai terbunuh akibat sumpitan buluh beracun dari tentera Semerluki yang datang ke kapal angkatan laut Samudera-Pasai bagaikan hujan.

Semerluki bukan beragama Islam. Orang Bugis masuk Islam hanya pada awal 1600an atas dakwah dari delegasi Minangkabau. Ayahanda Semerluki mempunyai 7 isteri serentak. Semerluki jatuh cinta kepada isteri ke 7 ayahnya, dan kekecewaan membawa dia ke Jawa,Tanah Melayu dan Sumatera bersama pembantu setianya, Daeng Segara. Tujuan pertamanya adalah untuk mencari isteri kerana patah hati akibat “cinta terlarang” kepada ibu tirinya.

Temenggong Johor pada asalnya hanyalah “wakil sultan” atau wazir kepada kesultanan Johor Lama yang pada waktu itu menguasai Johor-Pahang-Riau-Lingga untuk menjaga Johor dan Singapura.

Najib juga dari keturunan Bugis, sebab itulah apabila skandal 1MDB mula terbongkar, dia mewar-warkan asal keturunannya kerana dia tahu pasti akan ada penyokong di belakangnya. Namun hari ini bukanlah zaman raja berkuasa mutlak. Raja raja Melayu pada pada hari ini dipagar oleh perlembagaan yang dikawal oleh wakil para pengundi di parlimen. Ia bermula di England pada tahun 1688 kerana raja raja berkuasa mutlak England yang zalim.

Sultan adalah gelaran yang diberikan oleh mereka sendiri dengan restu British pada tahun 1886. Pemerintah kedua Temenggong Abu Bakar Bin Daeng Ibrahim (dikenali di British sebagai Albert Backer) ditabalkan sebagai raja Johor pertama yang menggunakan gelaran sultan pada 29 Julai 1886. Malah bermula dari tahun 1868 sehingga tahun 1886, beliau menggelarkan dirinya “Maharaja Johor” atas kehendak British.

Pengasas Dinasti Temenggong ini (sebenarnya wazir atau wakil sultan pada mulanya), yang bernama Temenggong Daeng Ibrahim Bin Abdur Rahman tidak menggunakan gelaran sultan kerana menghormati sultan Johor ketika itu, Sultan Ali yang akhirnya tidak diiktiraf oleh British melalui satu perjanjian dengan British di Singapura pada 10 Mac 1855 yang telah memberi haknya terhadap Johor kepada Daeng Ibrahim.
................................................................

SAYA MELETAKKAN DOT DOT DOT diatas kerana saya tidak tahu sama ada Sultan Ali dirasuah atau dipaksa menyerahkan hak Johor miliknya kepada Temenggong Ibrahim pada tahun 1855.

Selepas penyerahan Johor Sultan Ali hanya diberi pampasan 5,000 dollar Sepanyol dan elaun 500 sebulan oleh British dan hak keatas Kesang-Muar dengan gelaran “Sultan Muar” sehinggalah kemangkatannya pada 21 June 1877 di Umbai, Melaka. Apakah yang boleh diperbuat dengan Muar yang pada masa itu hanya mempunyai penduduk sekitar 800 orang dan tidak ada sistem pentadbiran kerajaan dalam bentuk apa sekalipun? Ini adalah helah untuk mengnyahkan sultan Johor sama sekali.

Perang Jementah pada 25 Oktober 1879, diantara Tengku Alam Shah, anak Sultan Ali, yang menuntut hak kesultanan Johor dan Temenggong Abu Bakar yang didalangi oleh kekuatan tentera British, menjadi kan Muar milik Temenggong, dan wilayah kepada Johor hinggalah kehari ini dengan kemenangan muktamad pihak Temenggong Abu Bakar (pada masa itu bergelar maharaja) menjelang subuh pada 30 Disember 1879.

Strategist kemenangan Perang Jementah adalah Dato Mohammad Salleh Bin Daeng Perang dan tacticiannya adalah sepupu Temenggong Abu Bakar, Ungku Ahmad. Namun di belakang mereka harus di ingat tidak ada siapa pun dizaman itu mampu mengatasi kekuatan Empayar British yang membantu Dinasti Temenggong.

Ketika Perang Jementah, Major-General Sir Archibald Edward Harbord Anson adalah pemangku Gabenor Negeri Negeri Selat yang tidak mahu sama sekali melihat Johor bertukar pemerintah dari keluarga Temenggong yang setia, diterajui oleh “Albert Backer”.

Akhirnya Undang Undang Tubuh Negeri Johor yang di kuatkuasakan pada 14 April 1895 oleh Sultan Abu Bakar memeterikan hak keturunan Temenggong “sebagai raja” keatas Johor untuk selama lamanya hingga ke garis datuknya Temenggong Abdur Rahman yang bersama sama Sultan Husin “memberikan hak membuka tapak perniagaan” di Singapura kepada British pada 6 Februari 1819 dengan masing masing mendapat elaun 3,000 dan 5,000 dollar Sepanyol setahun.

Perjanjian 2 Ogos 1824 memansuhkan perjanjian Singapura 1819 memberikan hak British sepenuhnya kepada Singapura dan pulau pulau disekitarnya dengan kenaikan elaun kepada Temenggong Abdur Rahman (8,400 dollar Sepanyol setahun) dan Sultan Husin (15,600 dollar Sepanyol setahun) serta bayaran wang tunai ketika menandatangani perjanjian (33,200 untuk sultan dan 26,800 untuk Temenggong).

Idea pemajakan Singapura adalah daripada Temenggong Abdur Rahman yang “menjaga” Johor dan Singapura pada masa itu dimana Sultan Husin yang terpaksa di bawa ke Singapura dari Riau hanya ”mengikut” sahaja. Perjanjian pertama sebenarnya telah pun di buat pada 30 Januari 1819 diantara diantara Temenggong Abdur Rahman dengan Stamford Raffles dimana antara lain elaun tahunan sebanyak 3,000 dollar Sepanyol setahun telah pun di masukkan.

Singapura hari ini menjadi milik China keturunan Han yang dibawa masuk oleh British. Orang Melayu penduduk asal Singapura kini telah menjadi orang asli disana, walaupun lagu kebangsaannya “Majulah Singapura” masih dalam bahasa Melayu.

Ayahanda kepada moyang TMJ, Sultan Sir Ibrahim Al Masyhur adalah raja Melayu pertama menandatangani persetujuan keatas Malayan Union. Malah baginda juga tidak bersetuju dengan kemerdekaan Tanah Melayu dengan berkata, “British umpama air, apabila tidak ada kita akan dahaga".

Malah semasa perayaan ke 60 tahun (Jubli Intan) pemerintahan nya pada 17 September 1955, dalam ucapannya selama 21 minit 45.6 saat sambil menghentakkan tongkatnya ke lantai podium, baginda menegaskan British mesti kekal diTanah Melayu dengan berkata “Kamu akan menderita jika British pergi”.

Baginda juga pernah mengesyurkan secara terbuka supaya Johor keluar dari Persekutuan Tanah Melayu, perkara yang sama sering di ulangi oleh TMJ pada hari ini, cuma TMJ selangkah lebih kehadapan, menggunakan istilah “Bangsa Johor” dalam setiap pandangannya. Bangsa Johor sebenarnya tidak ada. Bangsa adalah biological; yakni keturunan manusia yang biasanya dapat dilihat persamaannya segi susuk tubuh, warna kulit, rambut dan matanya. Orang orang Johor sebenarnya adalah bangsa Melayu dari berbagai etnik seperti Bugis, Jawa, Banjar dll. Etnik adalah mengikut galur budaya kesukuan tetapi dari bangsa yang sama.

Hujah tentang keujudan “Bangsa Johor” adalah lambang kecetekan ilmu TMJ yang masih berada di abad ke 15, dimana setiap bantahan rakyat ketika itu walaupun benar adalah “penderhakaan” yang boleh membawa hukuman mati.

Ketidaksetujuan dengan kemerdekaan Tanah Melayu menyebabkan Sultan Sir Ibrahim menghabiskan sisa usianya di England bersama isteri ke enamnya Macella Mendhl, seorang rakyat British kelahiran Austria dan anak kesayangannya, Tunku Miriam.

Cinta pandang pertama Sultan Sir Ibrahim dengan Marcella Mendhl berlaku di London pada 28 Oktober 1940. Baginda ketika itu berumur 67 tahun dan Marcella 25 tahun.

Seorang “anglophile”, yakni orang yang memuja England, rakyat dan budayanya, baginda meninggal di London pada 8 Mei 1959.

Sebelum itu ayahandanya juga Sultan Abu Bakar yang bergelar Al Khalil di Johor dan Albert Backer di kalangan British meninggal di South Kensington, London pada 4 Jun 1895.

Sultan Sir Ibrahim adalah diantara raja bertaraf ”playboy antarabangsa” yang terkaya didunia dizamannya, dimana kekayaaan tersebut diwarisi oleh keturunan keluarga penjenayah ini hinggalah ke hari ini.

Semasa hayatnya Baginda telah berkahwin 6 kali. Dua daripada isteri terakhirnya berbangsa Inggeris, Helen Bartholomew Wilson (diceraikan dengan talak tiga pada tahun 1938) dan Marcella Mendhl. Isteri keduanya adalah nenek kepada Hishammuddin Tun Hussein, bekas menteri pertahanan Malaysia, yang juga merupakan sepupu kepada Mohd Najib Tun Abd Razak, bekas perdana menteri Malaysia.

Tunku Miriam adalah anak bungsunya dengan Marcella Mendhl, meninggal di Florida, US pada usia 64 tahun pada 7/4/2014.

Jenayah yang dilakukan oleh Bugis Najib dan Bugis Temenggong Johor boleh diumpamakan seperti bola golf dan bola sepak terutamanya membunuh dengan berselindung disebalik kekebalan (immunity) raja raja sehinggalah Tun Mahathir merobah nya pada bulan Januari 1993.

Pistol yang terselit dipinggang Al Marhum Sultan Iskandar sentiasa menimbulkan kegerunan kepada sesiapa sahaja yang menghampirinya walaupun dalam sejarah moden raja raja Melayu.

Saya rasa kita biarkanlah sahaja TMJ ini menyalak gunung sambil mencerca “orang yang berumur 93 tahun” atau terjun dengan labu labunya. Seperti kata George Santayana, seorang ahli falsafah Amerika kelahiran Sepanyol; “Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan dihukum oleh sejarah yang diulanginya”.


cc @ipes2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2019 06:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2019 09:10 PM | Show all posts
Syd replied at 4-1-2019 06:05 PM
Johari Salim

December 29, 2018 at 9:23 PM ·

worth reading walaupun panjang... jadi, memang betul la deme ni keturunan perompak, bukan asli raja... tapi masih nak mendabik dada konon dialah keturunan raja...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
fuhhh full throttle merempit.
aku baca sambil merentas masa. dari 2007 hingga 2019 .. tahniah kepada pencetus idea, penambah story dlm thread ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2019 01:38 PM | Show all posts
non.sari replied at 5-1-2019 03:31 PM
fuhhh full throttle merempit.
aku baca sambil merentas masa. dari 2007 hingga 2019 .. tahniah kepad ...

naik mereput berjanggut tua kat dalam porem ni jah


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 7-1-2019 01:38 PM
naik mereput berjanggut tua kat dalam porem ni jah

sampai tahap sambil baca sambil cabut uban.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.391346 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list