CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2685|Reply: 5

'Waze' Bakal Gugat Periuk Nasi 'Uber' ?

[Copy link]
Post time 18-5-2016 02:37 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO






Waze dan Uber, satu adalah penggunaan aplikasi pemetaan sosial, satu lagi pula adalah perkhidmatan pengangkutan dalam talian.




Terbaru mereka berdua ni dikatakan bertelagah akibat perebutan kuasa dalam perkhidmatan pengangkutan dalam talian. Al-kisahnya, Waze yang kini telah dibawah naungan Google sedang menjalankan satu ujian mengenai perkongsian kereta yang dipanggil Waze Carpool.




Waze Carpool adalah sejenis perkhidmatan yang membolehkan pemandu atau penumpang menggunakannya untuk mencari mereka yang mempunyai hala tuju yang sama dan ingin berkongsi menaiki kereta bersama untuk pergi dan balik kerja, sambil membahagikan penanggungan kos pengangkutan.









Setakat ini, perkhidmatan tersebut masih di peringkat ujian. Susulan tahun lepas perkhidmatan perkongsian kereta ini pertama kali diuji di Israel, kali ini Google beralih lokasi ujian nya ke San Fransisco, Amerika Syarikat.




Tetapi cuma warga kerja dari syarikat yang ada menyertai program ujian ini boleh melalui cara memuat turun Waze Rider untuk menggunakan perkhidmatan perkongsian kereta tersebut. Dan pekerja yang menyertai ujian kali ini kira-kira 25 ribu orang.




Disebabkan ianya dilaksanakan dalam bentuk saling membantu, pendapatan pemandu bukanlah gaji, ianya hanyalah pembahagian kos minyak kereta antara pemandu dengan penumpang. Kos bayaran berdasarkan cadangan pengiraan daripada Jabatan Cukai Kebangsaan Amerika Syarikat ( IRS ), iaitu satu batu bersamaan 54 US Cents atau bersamaan RM2.17.




Tambahan lagi, pemandu tidak mamapu hanya bergantungnya pada perkhidmatan Waze Carpool untuk menyara hidup kerana setiap hari hanya menawarkan perkhidmatan untuk waktu masuk dan lepas kerja masing-masing sekali sahaja.


Setiap kali hanya boleh membawa seorang penumpang, hala tuju perjalanan juga perlu sama. Manakala pendapatan akan dibayar melalui applikasi pembayaran secara automatik, Waze tidak akan mengenakan komisen daripada pendapatan itu.


Walaupun menurut Waze Carpool, perkhidmatan tersebut hanya untuk membantu warga kerja membahagikan tambang kereta, tidak berniat untuk menyertai bidang khidmat teksi. Tapi memang tidak dapat dinafikan, Waze Carpool masih ada kemungkinan besar merampas pengguna asal Uber dan Lyft.




Sudah semestinya, sesiapa pun akan memilih perkhidmatan yang harganya lebih rendah, lebih-lebih lagi perkhidmatan ini membolehkan pemandu dan penumpang saling memperolehi untung. SEkurang-kurangnya ia merupakan pilihan terbaik buat mereka yang menaiki komuter.




Sekiranya anda turut berhajat nak cuba kongsi naik satu kereta, sebenarnya tidak perlu tunggu sampai Waze Carpool datang ke negara kita.




Buat masa ini di negara kita turut mempunyai laman web yang menawarkan khidmat perkongsian kereta, seperti karpool dan carpoolking. Anda boleh cuba , cuma tidak pasti dalam keadaan jadual kerja yang tidak menentu, berapa orang yang akan tetap menggunakannya.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
This is what we called, 'shared economy'
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 06:13 AM | Show all posts
At the same time, bertambahla kes bunuh sbb naik dgn org x kenal
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 08:31 AM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 19-5-2016 06:13 AM
At the same time, bertambahla kes bunuh sbb naik dgn org x kenal

bukan sahaja kes bunuh, kes skandal menyendel pun bole jadi nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 09:09 AM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 19-5-2016 06:13 AM
At the same time, bertambahla kes bunuh sbb naik dgn org x kenal

bile dah join tu mesti rekod peribadi kena verify.... depa yg terlibat ni mmg dah concern psl security segala ni....  
btw suka konsep ni... bleh kurgkan jem maybe hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 02:37 PM | Show all posts
so lepas ni google vs uber + teksi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.175755 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list