CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1368|Reply: 11

[Tempatan] CCTV di KL lebih banyak berbanding Australia

[Copy link]
Post time 30-5-2016 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Kuala Lumpur tidak akan ditambah lagi walaupun jenayah ragut terus berlaku.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata jumlah CCTV di ibu kota kini sudah terlalu banyak dan melebihi bilangan yang ada di negara Australia.

“CCTV sudah banyak, tidak tambah lagi. Sudah lebih 1,000, lebih banyak dari Australia,” katanya pada sidang media di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan Prasarana Malaysia Berhad, hari ini.

Amin berkata pihaknya kini lebih tertumpu kepada usaha penambahbaikan infrastruktur yang ada di sekitar Kuala Lumpur bagi mengekang jenayah ragut daripada terus berleluasa.

“Kita buat lampu jalan, tempat yang gelap kita lampukan. Kita buat cermin, kita buat ‘divider’. Kita bekerjasama dengan polis dan jabatan perancangan bandar.



“Mana-mana kawasan panas yang ada jenayah itu, DBKL akan menambah baik infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata setakat ini lebih 1,000 CCTV dipasang dengan 300 daripadanya disambungkan terus kepada polis.

Sebelum ini, New Straits Times melaporkan dua bulan pertama pada tahun ini, sebanyak 194 kes ragut berlaku di Kuala Lumpur. Jumlah itu melebihi tiga kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu hanya 63 kes saja.

Pada 2014, Kuala Lumpur merekodkan 593 kes, manakala Selangor mencatat 845 kes.

Manakala, pada tahun lalu jumlah kes meningkat daripada 604 kes kepada 950 kes.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2016 01:23 PM | Show all posts
tandanya malaysia bukan negara islam berbanding australia
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Padahal kat kl, pedestrian area mostly dah ada pagar kalau betul tengah kl untuk elak peragut
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 01:58 PM | Show all posts
penjenayah malaysia gentar ker dgn CCTV ni sis?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takat cctv rosak toksah sembang  
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
area mana selalu kes ragut neh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2016 02:58 PM | Show all posts


Added on August 7, 2013
DBKL beri punca kegagalan CCTV


KUALA LUMPUR – merupakan punca kegagalan fungsi kamera litar tertutup (CCTV) selain kamera sedia ada tidak diselenggarakan dengan baik.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengakui 60 peratus daripada 419 CCTV yang dipasang hanya sekadar hiasan dan tiada fungsi.

Mengatasi masalah ini, Ahmad Phesal  berkata pihaknya melantik kontraktor baru bagi kerja membaik pulih. -AW



Read more http://www.kualalumpurpost.net/dbkl-beri-punca-kegagalan-cctv/



Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 03:47 PM | Show all posts
Biasa le tu kalau dah rosak bertahun le baru naik dibaiki semula tu pun kalau ada yang komplain.  Bab maintenance lagi le tak ada sekali dah dipasang berdoa je le dia tetap berfungi dengan baiknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2016 04:35 PM | Show all posts
klu smpai 60% kamera skdar hiasan.

baik beli dummy camera.

rm20 je, beli sejuta pun bole

psg byk2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadar jenayah masih tahap tinggi even bnyk cctv
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cctv bukan boleh tangkap penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tokey cctv ckp cctv cm komputer, ckup 4 taun tukar baru..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.073007 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list