CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1997|Reply: 3

WILMA MUHAMMAD buat comeback bukan sebab masalah rumah tangga

 Close [Copy link]
Post time 20-6-2016 11:59 AM | Show all posts |Read mode
                WILMA MUHAMMAD buat comeback bukan sebab masalah rumah tangga                                                                                                                        
   
                                        MEMBUAT keputusan untuk aktif semula dalam dunia seni, pelakon Wilma Muhammad,43 sedar pasti akan timbul spekulasi negatif selain sokongan peminat  sejak dia popular dengan filem Ghazal Untuk Rabiah sekitar tahun 1990-an dahulu.
“Sudah menjadi normal jika saya mahu kembali aktif, orang akan bercakap sesuatu. Mungkin ada yang anggap saya mengalami masalah rumah tangga. Sebenarnya tiada masalah dalam keluarga.
“Masalahnya ialah keadaan ekonomi. Saya perlu cari sumber rezeki yang lain untuk menampung kehidupan.
“Sekarang anak-anak juga semakin membesar dan mereka semua sudah bersekolah. Jadi saya tidak banyak kerja di rumah. Dalam masa yang sama perasaan rindu untuk berlakon memang sentiasa ada dalam diri.
“Jiwa seni itu masih ada lagi dalam diri saya ini. Tambahan pula semakin ramai artis yang bertudung sudah mula berlakon. Tidak ada masalah untuk saya sama berlakon.
“Banyak tawaran yang datang sebelum ini dan saya terpaksa tolak. Apabila tawaran masih datang sehingga ke hari ini, hati saya mula terbuka,” ujar Wilma yang ditemu ketika majlis edaran bubur lambuk Sajian Amal 2016 majalah Saji (terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd.) di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor.
Kali terakhir ibu kepada lima cahaya mata ini muncul di kaca televisyen menerusi drama Sebenarnya Saya Isteri Dia dan sebelum itu dalam filem Pasrah yang ditayangkan sekitar tahun 2000.
Pernah melalui zaman kemuncak populariti dahulu membuatkan Wilma sudah lali dengan kata-kata negatif orang sekeliling.
“Dari dahulu lagi saya sudah biasa mendengar orang bercakap tentang saya. Sebagai seorang pelakon saya perlu terima keadaan tersebut. Selagi orang tidak bercakap depan mata sendiri, saya biarkan sahaja.
“Saya juga tidak mudah melenting dan kata-kata negatif sebegitu tidak akan di simpan dalam hati. Cuma saya harapkan tidak akan ada orang mengata perkara buruk tentang saya selepas ini,” luah Wilma.

SUMBER: InstaOnline

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 12:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 12:04 PM | Show all posts
dia ni agak kayu berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 12:45 PM | Show all posts
kakak mia ahmad ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.198063 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list