CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rhoyo

[Lain-Lain] Spider-man 2 - SPIDEY & Queer as Folk (page 7)

[Copy link]
Post time 30-6-2004 12:19 PM | Show all posts
malam ni tengok kat GSC, tickets half price
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2004 01:06 PM | Show all posts
Korang kalau sudah tengok tu jangan kasi tau SPOILERS yer..

Mahal betul ticket pada awal pembukaan Spiderman 2 ni ... :geram: ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2004 02:10 PM | Show all posts
hehe.. tukar plan, malam ni tengok kat Grow Ball.  I dengar pada hari pembukaan takde half price..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2004 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by rhoyo at 23-6-2004 04:33 PM:

rupa rupanya begini pulak pakaian spiderman kalau tak di tambah ngan komputer effects...


Tobey looks really good in it even without computer effects.. so macho.. wow!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2004 08:50 PM | Show all posts
Aku dah tengok tadi.. pergh! penuh!!!.. tp, memang happening betul la tayangan perdana hari ni.. :ah:

BTW, utk Spider Man 2 ni.. aku sedih la dengan spiderman.. tp, memang hebat la effect dia.. biasalah k'lau org omputeh kan..

Ok la.. aku rasa korang pasti akan suka dengan ending dia.. so, gi la ramai
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2004 01:56 AM | Show all posts
ble tahan la citer ni....scene paling besh time spidey tahan tren tu la.....huii..suspennnnnnn....aku bg 3.5 bintang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2004 02:59 AM | Show all posts
Spidey Maniaaa!!

Cantik tak keta aku ni??!!:bgrin::bgrin::bgrin:

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2004 08:23 AM | Show all posts
dah tengok malam tadi.
jauh lebih best dr the 1st one. spider-man 1 aku mmg tak minat sgt...ntah apa yg best... pada aku biasa aje.
tapi spider-man 2 ni mmg best gilos la. cuma yg siotnya tertengok kat cinema yg tak best (IOI mall)...nyesal aje. itupon terpaksa sbb tmpat lain sumer dah fully booked.

emosi aku dimanipulasi spjg aku tengok cite ni...maksudnya...citer ni mampu buat aku rasa sedih, kelakar, suspen dan mcm2 lagi.
aku kasi 8/10 la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2004 08:54 AM | Show all posts
Tak dapat tengok semalam sebab full house!!  But it's ok, at least I was able to watch CSI
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2004 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by juanalisa81 at 1-7-2004 01:56 AM:
ble tahan la citer ni....scene paling besh time spidey tahan tren tu la.....huii..suspennnnnnn....aku bg 3.5 bintang


Ha'ah.. masa dia nak selamatkan penumpang
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2004 11:33 PM | Show all posts
:clap::bgrin::bgrin:

hari ni setelah berjaya aku ponteng .. aku berjaya dpt tengok spidey 2 ni.. show awal pagi pulak tu.. duduk belakang.. :bgrin:.. org pun tak ramai..

punya masyuk giler cerita ni.. ( p/s takpo aku tak ceta spoilers)..
bagi aku 1 best .. 2 pun best.. sebab aku memang minat giloz spidey ni dari kecik:lol..

dlm spidey 2 , telah mencabar ke machoan:cool: aku sikit.. hampir2 aku tersyahdu masa part last2 dgn mj tuh.. nasib baik tak nangis leleh tidak kantaoi:lol..

dlm 2 , byk aksi lakonan.. penhayatan watak..bukan asyik nak gaduh ajer..
tunjuk le superhero pun susah.. kena hidup kerja , study.. mcm ni baru boleh jadi teladan.. tunjuk gak masa tak jadi spider , jadi manusia biasa , peter pun boleh selamatkan budak jugak..:hug:..

part lagi satu yg best masa kat train..krg ceta spoiler lak..

tapi nampak ajer buat spidey 2 mcm nak sambung betoi2 lak spdey 3.. ala x men 2 dulu..:geram:..

anyway .. aku bagi bintang 9.5/ 10:pompom:
( atas alasan aku ni peminat kipas susah mati spiderman:solute: )
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 01:00 AM | Show all posts
ini rumour utk spiderman 3..:hug:

In "Spider-Man 2," the webslinger faces down eight-armed Doctor Octopus, but the movie also includes some side characters who will become bad guys infuture Spidey movies. :hmm:

Here is a look at some of the foreshadowed villains:


The Lizard: One of Peter Parker's closest friends is Dr. Curt Connors, a professor who encourages his interest in science. Connors is missing an arm, and in the comic books his character creates a treatment designed to emulate the way some reptiles re-grow lost limbs. The procedure goes awry, however, transforming him into a scaly, cold-blooded green troublemaker. In "Spider-Man 2," the still-human doctor is portrayed by Dylan Baker (who played Robert McNamara in "Thirteen Days" and the fussy mob accountant in "Road to Perdition").


Green Goblin: Yes, you saw the Green Goblin die in the original "Spider-Man" movie when the evil character Norman Osborn (portrayed by Willem Dafoe (news)) was killed in combat with Peter Parker. But Osborn's son, Harry (played in both movies by James Franco,) has harbored a deep resentment of the webslinger ever since
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 10:05 AM | Show all posts



























Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 03:03 PM | Show all posts
hmmm... aku tak terpikir pun nak tgk spiderman 2 nih... coz yg first dulu x memenuhi citarasa aku sgt... aku dah la mmg x suka sgt tgk wayang... certain citer jer aku gi tgk... esp yg byk action... citer2 lain aku tgk dvd je...

tapi memandangkan respons about spiderman2 nih cam best jek... rasa cam nak tgk la pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 03:21 PM | Show all posts
aku dah beli tiket utk esok ...mak aiii:: beratur kat KLCC panjang sampai keluar..tiket utk esok pun tinggal sikit jer...tiket harga RM11 aku tgk show pagi so RM9 jerlah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 05:58 PM | Show all posts
Pic Spiderman...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2004 06:14 PM | Show all posts
aku dah tengok. Memang best. Ada joke, action, syahdu setiap saat filem nih. Lagi best dari yang 1. Tak sabar dah ni nak tengok Spiderman 3. Gempak tol Sam Raimi direct filem nih. Aku dulu tak baper pecaya sangat kat mamat nih sebab dia nih creator tv shows yg hampeh2
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 07:08 PM | Show all posts
Best....best giler....

perasan tak...opening kredit dia dia buat synopsis dari filem pertama....dia buat dalam bentuk lukisan2 komik....memang kelass....filem SPidey 2 nie semacam nak mendekatkan kita kepada filem pertamanya.....bukan sahaja sinopsis bergambar di kreit permulaan tetapi beberapa senario dalam filem kedua ini akan mengngatkan kita kepada filem pertama
  • Scene Peter Parker buang sampah belakang rumah Aunt May tuh...n dia terserempak dengan jirannya MJ....nastalgia filem pertama...
  • Scene PP cuba menguasai power dia semula masa melompat atas bangunan tuh pun nampak macam ala-ala dari filem pertama....
  • scene menyelamatkan kanak-kanak dari rumah terbakar pun sama cam filem pertama...cuma kali nie PP tak jadi Spidey....


ada lagi kot...tapi tak ingat lah semuanya.....

Dr Otto memang kesian....

yang bestnya filem ini...dia banyak tumpukan kepada emosi2 manusia....sebuah melodrama yg berjaya dalam genre filem aksi-superher-blokbuster.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 08:24 PM | Show all posts
Hiburan -


JOM TENGOK WAYANG: Spider-Man 2 memang hebat
Oleh Suraiya Mohammad Nor


PENANGAN filem Spider-Man 2 memang hebat. Tidak ada satu filem pun, baik filem asing ataupun tempatan yang berani bersaing dengan mengadakan tayangan pembukaan serentak ataupun pada minggu sama dengan Spider-Man.

Filem mega musim panas yang dinantikan ramai, ditayangkan serentak di seluruh dunia mulai semalam. Dapat difahami kebimbangan syarikat pengedar filem antarabangsa lain, apa lagi penerbit filem tempatan kerana Spider-Man 2, bukan calang-calang filem.

Lebih baik mengalah dan memberi laluan mudah daripada bersaing yang berkemungkinan berakhir dengan kerugian. Dengan jalinan cerita menarik, plot yang lebih berbelit serta mengundang pelbagai perasaan penonton, barisan pelakon serba mantap, penantian peminat untuk menyaksikan sekuelnya memang berbaloi.

Berkesempatan menyaksikan tayangan khas filem blockbuster berkenaan malam Rabu lalu, atas pemberian pas percuma Abby dari Hotlink (Maxis), filem yang diangkat dari komik Marvel itu berjaya mengheret lebih seribu penonton ke Tanjong Golden Village (TGV), KLCC.

Orang ramai khususnya pengguna Hotlink, berbaris panjang sejak jam 8 malam lagi untuk menyaksikan hero labah-labah beraksi di layar perak. Semua 12 dewan tayangan di TGV, dibuka untuk Spider-Man.

Tidak menghairankan jika sambutan diberikan amat luar biasa kerana imej hero pada Spider-Man memang diperlukan dalam masyarakat hari ini kerana ia dapat menyerapkan nilai positif meskipun hanya menerusi satu watak rekaan.

Setelah menyaksikan filem arahan Sam Raimi, Spider-Man jelas lebih memikat yang bijak bermain dengan perasaan penonton menerusi watak Peter Parker (Tobey Maguire), pemuda yatim piatu yang keliru antara mengejar impian dan melaksanakan tanggungjawab.

Cintanya pada Mary Jane (Kirsten Dunst), sayangnya pada sahabat baiknya, Harry Osborne (James Franco) dan rasa bersalah pada Aunt May (Rosemary Harris) sedangkan pada masa sama terpaksa berdepan dengan Dr Otto Octavius (Alfred Molina) yang mengganas, menambahkan bebanan perasaan yang dihadapi Parker.

Tersepit pada kelebihan anugerah menjadi manusia perkasa dan sumpahan kerana tidak dapat memenuhi impiannya sendiri, Spider-Man berjaya membawa penonton mengalami pelbagai perasaan - kesunyian, kekecewaan, kerinduan, kasih sayang yang mendalam dan tanggung jawab atas nama manusia yang mempunyai kelebihan.

Tidak setakat itu saja, ia turut menyelitkan unsur komedi dalam beberapa babak yang menarik perhatian penonton.

Bagi peminat filem Melayu, Berlari Ke Langit sudah pun diputarkan di pawagam minggu lalu dan filem arahan Bade Azmi ini berjaya berada di senarai ke tiga dalam carta filem box-office.

Filem yang mengungguli carta kekal diraih selama dua minggu berturut-turut oleh Around The World In 80 Days, begitu juga dengan The Chronicles Of Riddick yang berada di tangga ke dua.

Harry Porter pula turun satu anak tangga, diikuti filem Hong Kong, Heat Team yang memulakan tayangan pembukaannya minggu lalu, disusuli The Day After Tomorrow dan The Punisher yang berada di tempat ke enam dan ke tujuh apabila masing-masing jatuh dua anak tangga.

Ini diikuti dengan filem Hong Kong, Breaking News, Shrek 2 dan Honey.

Minggu depan, nantikan kemunculan Laws Of Attraction, Mean Girls, Prince And Me dan Throw Down.

Senarai filem box-office minggu lalu:

1. Around The World In 80 Days
2. The Chronicles of Riddick
3. Berlari Ke Langit
4. Harry Potter And The Prisoner Of Azkaban
5. Heat Team
6. The Day After Tomorrow
7. The Punisher
8. Breaking News
9. Shrek 2
10. Honey
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 12:23 AM | Show all posts
kowang rasa ader sambungan dia lg x?....hmmmm....rasanya cam ader
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.085638 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list