CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4783|Reply: 23

Pemandu 'Muflis' Pulangkan SD$700,000 Yg Tertinggal Dlm Teksinya

[Copy link]
Post time 14-7-2016 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



Bayangkan anda terjumpa RM700,000 wang tunai, adakah anda sanggup memulangkannya kepada pemilik wang berkenaan?


Seorang peniaga dari Thailand ketika berurusan di Singapura, tanpa disedari tertinggal kira-kira SD$235,500 di dalam sebuah teksi. Namun, siapa sangka pemandu teksi itu telah memulangkan semula wang tersebut!


Selepas mendapati wang yang tertinggal itu, dengan segera kembali semula ke hotel mencari pemilik wang tersebut.


Sebagai tanda penghargaan kepada pemandu teksi itu, peniaga Thailand menulis sepucuk surat terbuka untuk memberi penghargaan kepada pemandu teksi berkenaan di media sosial.





sumber foto: FB Singapore Road



Pemilik wang tersebut bernama Chukamon Khammat, menurutnya dalam status di facebooknya, ketika kejadian, dia sedang bersama rakan niaganya minum minuman keras di Pelabuhan Kela, Singapura.


Pada ketika itu, dirinya yang sudah berada dalam keadaan mabuk membawa bersama sejumlah wang tunai yang bernilai SD$235,500 dan menaiki teksi untuk balik ke hotel. Namun, ketika turun dari teksi dia terlupa mengambil beg laptopnya itu.


Tambahnya, jumlah wang yang terlupa ambil itu adalah wang pelaburan yang diberi oleh seorang pelabur dari Singapura untuk digunakan projek niaga yang akan dilaksanakan di Thailand.


Selepas kembali ke hotel, Chukamon, tersedar wangnya tertinggal di dalam teksi.

"Isteri saya yang bangun dari tidur hairan melihat saya menangis seorang diri, tapi selepas mengetahui keadaan yang sebenar, secara terus terang dia beritahu kami perlu mengganti semula sejumlah wang itu.

"Habislah kami sebab SD$235,500 adalah bersamaan 6 juta Baht."


Chukamon rasa amat gelisah dan ingin turun ke kaunter layanan pelanggan di tingkat bawah hotel untuk menanya ada tak sesiapa pulangkan beg laptop.


Pada masa itu juga, isterinya memekik ke arah Chukamon, "Awak jangan nak buang masa, wang itu berjumlah  SD$235,500, bukan SD$23! Kalau awak adalah pemandu teksi itu, adakah awak akan pulangkan wang itu?"


Tanpa mengingati langsung butiran tentang pemandu teksi itu, Chukamon dan isterinya turun ke lobi untuk mencari pemandu itu.






sumber foto: sumber foto: FB Singapore Road





Ketika itu mereka sudah membuat keputusan yang paling negatif, termasuk refinance semua aset perumahannya di Thailand untuk mengumpul semula jumlah wang yang tertinggal itu.


Ketika mereka keluar dari lif, Chukamon ternampak seorang lelaki menunjuk ke arah kaunter pertanyaan di lobi.


"Saya tidak cam wajah pemandu teksi itu, tapi saya cam beg laptop yang dipegang oleh lelaki itu."


Rupa-rupanya lelaki itu adalah pemandu teksi yang dinaiki Chukamon, namnya Lee Kao Wei.





sumber foto: United Daily



Menurut Chukamon, dia amat kagum dengan kejujuran pemandu tersebut, tambahnya sekira dia sedang mengalami kehidupan berhutang, berkemungkinan jumlah wang yang sebanyak itu akan diambilnya tanpa pulangkan.


"Secara jujur, saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada dia, saya tak tahu dengan apa cara lagi yang boleh saya lakukan untuk meluahkan penghargaan saya. Jadi saya harap dapat membiarkan setiap orang mengetahui perkara tersebut dan belajar kebaikan yang ditunjukan oleh pemandu teksi berkenaan."- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2016 06:44 PM | Show all posts
Masih ada orang yang baik dan jujur di dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Umat meleis pun ramai yg jujur mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidop biar berprinsip
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak semua org mata duitan, masih ada lagi org yg berhati mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 10:53 PM | Show all posts
baguslah.....moga sikap mulianya di ikuti oleh ummah meleis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2016 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus.. cari rezeki yang halal gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 09:31 AM | Show all posts
ingat kan dia ade hulur ker apa kat drebar teksi tu... ni takde mention pon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 09:54 AM | Show all posts
dpt reward x?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 12:10 PM | Show all posts
Bagus la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 12:27 PM | Show all posts
xhulur ckit ke??
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujur..bagusnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 03:17 PM | Show all posts
Mungkin sebelum ni dia ade pengalaman hitam disebabkan muflis tu. Dan seperti yg pemandu teksi tu ckp, dia nk bermula dr bwh nk byr semua hutang2 dia, tp dgn cara yg "halal", sbb tu dia pulangkan je duit tu, dan juga pkirkan apa plak yg akan terjadi kpd org yg kehilangan duit tu...
Respect...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
jujur yea dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tercari2 part reward. xde kata di bg la plak. mgkin die reward ngan cara viralkn status ttg kebaikan si pemandu taxi. jd laaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 12:18 PM | Show all posts
aku berdoa diberikan kekuatan dan iman seperti pemandu itu sekiranya perkara yang sama terjadi pada aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2016 10:57 AM | Show all posts
jujurnya dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 03:07 PM | Show all posts
masih ada yg jujur
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 03:20 PM | Show all posts
pernah mengalami peristiwa wallet tertinggal dlm taxi ketika ke S'pura

mmg ada contact number dlm wallet tu

taxi company call, syukur alhamdulilah

tak ada hilang apa2 pun dr wallet tu

mmg jujur lh taxi driver tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 01:15 AM | Show all posts

I baca article in english tu, ada mention dia offer 1,000 tp xtaulah driver tu ambik ke tak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.077988 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list