CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8878|Reply: 59

Video Buli Budak Sekolah Lebih Kejam, Sepak Terajang Dikepala Bertubi-tubi

[Copy link]
Post time 19-8-2016 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Satu video berdurasi hampir 7 minit yang memaparkan seorang pelajar sekolah dipukul secara beramai-ramai sedang viral di media sosial sejak video itu dimuat naik di laman Facebook Suara Rakyat, Ahad lalu.


Didalam video tersebut dapat dilihat seorang pelajar ditampar dan ditendang dikepala tanpa belas kasihan oleh beberapa rakan lain. Kejadian buli itu dipercayai berlaku di sebuah asrama namun lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan.


Jelas kedengaran suara mangsa yang dipukul meraung kesakitan apabila kepalanya ditendang bertubi-tubi. Mangsa yang sedang dalam kesakitan merayu-rayu kepada rakan-rakannya supaya berhenti memukulnya namun tetap tidak dihiraukan.


Lihat video dibawah ini :





Video itu telah menimbulkan kemarahan netizen dan rata-rata mengutuk keras perbuatan kejam "budak-budak nakal" yang memukul mangsa tanpa belas kasihan.







Kes buli dikalangan pelajar sekolah di asrama seperti ini boleh dikatakan terjadi setiap tahun hingga menimbulkan perbahasan dari pelbagai pihak tentang cara menanganinya dari berulang. Namun hingga kini masih dilihat belum ada jalan dan tindakan terbaik untuk mencegah masalah serius ini.

Pernah dicadangankan supaya setiap asrama sekolah dipasang kamera litar tertutup (CCTV) tetapi hingga kini tidak dapat diketahui sejauh manakah perkembangan dan pelaksanaannya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 03:40 PM | Show all posts

ya Allah, kenapa budak2 makin kejam sampai macam sekali .risau kalau ada anak nanti. kalau kena buli macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:40 PM | Show all posts
tak sanggup nak tgk sampai habis
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:40 PM | Show all posts
bukankan ini yang ummah mahu?? keganasana memang dipupuk sejak azali kan sis?? paham2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aihhh budak2 sekarang baik lelaki ke pompuan sama aje ganasnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:45 PM | Show all posts
rasanya ni yg asrama anak yatim kat perlis tu kan... bukan video lama ke nie?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2016 03:46 PM | Show all posts
Edited by BreakingBad at 19-8-2016 03:55 PM

budak-udak yahudi ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:51 PM | Show all posts
Rasa macam dah tengok video nie.. lama dah viral kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 03:53 PM | Show all posts
aku x sggop nk tgk
kesian sgt
jauh la jd kt anak2 aku...aaminnn
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:54 PM | Show all posts
sakit kot kena tendang kat kepala. silap haribulan kena tengkuk boleh kiok tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:55 PM | Show all posts
BreakingBad replied at 19-8-2016 03:46 PM
budak-udak yahudi ni kan...


anak2 syiah kot?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:59 PM | Show all posts
zameyla replied at 19-8-2016 03:45 PM
rasanya ni yg asrama anak yatim kat perlis tu kan... bukan video lama ke nie?

tu la rasa cam penah tgok video ni dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:13 PM | Show all posts
kasian weh , semoga merangkak di padang mahsyar nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
zameyla replied at 19-8-2016 03:45 PM
rasanya ni yg asrama anak yatim kat perlis tu kan... bukan video lama ke nie?

Haah kan . Rasanya video lama ni .
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit otak sekor sekor
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:22 PM | Show all posts
menyirap je aku tgk.

badan 2 kali ganda. belasah ramai2.


bangsat btol. sial punya anak haram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 04:26 PM | Show all posts
tak tekejut aku dgn benda camni dalam masyarakat kita...tengok je dalam ni..sikit kena tegur terus sentap. bila org buat balik tau pulak marah.

didkla anak2 tu orang melihat dia seperti singa..dia senyum je semua menatang kecik lari. tak perlu jadi monyet ramai kawan tapi bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:28 PM | Show all posts
harap kaki buli ni mampus dilenyek lori..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 05:51 PM | Show all posts
Sedikit perkongsian pengalaman Abang Rambo ketika remaja .

Adik adik ,

Abang Rambo dibesarkan di sebuah flat pprt Columbia , Flat Pekeliling tingkat 6 daripada 14 tingkat blok B berhampiran dengan Vistana KL milik YTL group . Tak payah cari flat tu sebab flat  tu dah jadi tukun . Kalau ada pun tinggal  kenangan je kat sana .

Adik adik ,

Abang Rambo lahir pada tanggal 80 dan dibesarkan dengan keadaan persekitaran yang penuh dengan unsur unsur negatif adalah salah satu cabaran yang besar untuk terus hidup . Samada hidup sebagai manusia atau sebagai binatang . Setiap tingkat ada tokan . Ada mat fit . Ada paipon inventor . Ada bill collector . Ada mak hayam Jalan Alor ( Mak Cik Zaiton , Alhamdulillah dah naik haji dah beliau ) . Ada juga kes commit suicide . Ada tuai rumah , dan bermacam macam lagi .

Adik adik ,

Dengan persekitaran sebegitu , secara tak langsung sedikit sebanyak ia mengubah gaya hidup Abang Rambo kepada American Life Style . Dengar pun nganga kan . Urban sangat . Tapi urban yang macam mana ? Melawan cakap mak ayah memang dah makanan ruji Abang Rambo . Mak tengking Abang Rambo , Abang Rambo tengking mak balik . Ayah pukul Abang Rambo , Abang Rambo tolak ayah sampai jatuh . 3 hari Abang Rambo lepak rumah kawan . Boleh kira berapa kali dahi ni melekat kat tikar sejadah dalam setahun . Kalau nak bandingkan dengan Yatt Sejadah maka cicirlah Abang Rambo lima belas tiang ke belakang .

Adik adik ,

Abang Rambo dah kenal rokok masa umur 12 tahun . Naik umur 13 tahun Abang Rambo dah kenal apa itu coke , sayur , syabu dan morphin . Kali pertama Abang Rambo sedut coke , masa tu atas meja sekolah , lupa tutup hidung sebelah berlumba lumba darah keluar . Berdarah hidung Abang Rambo . Tapi perasaaan masa tu macam The Last King of Scotland . Rasa macam Idi Amin . Bangga dengan kejahatan yang dibuat . Dosa pahala belakang kira . Pergi sekolah hanyalah rutin untuk memenuhi kuota permintaan mak ayah . Mula dengan tingkatan satu Abang Rambo dah rasa kepailangan Abang Rambo sudah pergi ke darjat Taiko Nam . Budak tingkatan 5 Abang Rambo henjut sebab potong barisan kat kantin . Tapi masa tu yang teruk Abang Rambo sebab budak senior tu repeat masa balik . Sakit kena pukul . Sakit ...

Adik adik ,

Dulu masa zaman remaja Abang Rambo . Masa zaman persekolahan Abang Rambo . Kalau diingatkan balik . Memang kesal . Ketika Abang Rambo mula menjejakkan kaki ke tingkatan 3 , Abang Rambo dijaga oleh 3 makhluk Allah yang berhati kering . Mereka senior dua tahun dari Abang Rambo . Jadi dengan adanya makhluk makhluk itu Abang Rambo berani membuli dan ligan kepala kepala budak budak sekolah , terutamanya budak nerd . Seronok pukul anak orang . Sepak kepala dia . Terajang perut dia tengok dia dalam kesakitan satu nikmat buat Abang Rambo . Rasa ketagih . Rasa tenang . Enjoy . Lagi lagi kepala tengah reload . Berkicap sakan .

Adik adik ,

Pertengahan bulan dan masa itu Abang Rambo masih berusia 15 tahun . Abang Rambo kena buang sekolah dan pada masa yang sama tiga makhluk yang jadi cable TNB 11kv kepada Abang Rambo telah dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka . Kes apa ? Raba ustazah di pintu pagar sekolah . Yang pelik , mereka tak lari dan seperti kerbau dicucuk hidung mereka dengan rela hati digari dan naik di atas land rover polis . Kes itu atas alasan Dendam . Tapi perbuatan tak menghalalkan cara . Tindakan itu tetap salah . Tetap salah .

Adik adik ,

Mak dan ayah Abang Rambo dengan bermuka tebal sanggup panjat pejabat pendidikan untuk membuat rayuan supaya Abang Rambo dapat menghabiskan persekolahan . Berkat usaha dan doa mak ayah , Abang Rambo diterima untuk bersekolah semula di sekolah yang sama . Tapi usaha mak ayah Abang Rambo letakkan di bawah tapak kaki . Hari itu hari rabu , pergaduhan rasis antara kaum India dan Melayu . Abang Rambo berjaya benamkan Jangka Lukis dua inci dalamnya di kepala Hero Tamil tu . Ammaaaa !!!  Ammaaa !!!  Meraung beliau . Namanya Kanagaraja . Belum ajal dia , dia tak mati untuk bertemu dewa Ganesh . Dewa pujaannya . Dewa Gajah mengikut kepercayaan masyarakat India . Abang Rambo hanya terpaku . Tak ke kiri , tak ke kanan . Apatah lagi ke depan dan ke belakang . Sebiji macam batu nisan arwah atuk . Tegak dan diam seribu bahasa .........

Adik adik ,

Henry Gurney Telok Mas Melaka , Batch 1995 , ketua warden ketika itu Cikgu Rohaizad bin Hasyim . Abang Rambo check in di sini buat masa yang agak lama . Abang Rambo tercari cari makhluk yang jaga Abang Rambo di sekolah dahulu . Tetapi hampa mereka tiada . Dua orang dimasukkan di penjara Kajang atas mengelar leher pelatih di sini dengan serpihan botol loncan . Lagi seorang dibebaskan dengan parol . Terpaku Abang Rambo dengar kelakuan senior senior Abang Rambo . Di situ bagaikan penjara . Di situ tempat mendidik kita untuk jadi insan . Kalau kau kata kau kuat ada kuat lagi . Kalau kau kata kau jahat ada jahat lagi . Selalunya membuli kini dibuli . Selalunya menendang kini ditendang . Selalunya menyepak kini disepak . Sampai diugut bunuh kalau tak buat tatu . Tatu dibuat dengan kaca dicairkan atau dileburkan lalu dicacah pada kulit dengan jarum peniti . Dipaksa minum air yang berisi kuku dan rambut yang dipotong halus . Ironinya , kuku dan rambut sendiri . Kemaluan Abang Rambo diikat dengan benang kasar dan disambungkan pada kipas siling . Kemudian kipas berputar pada kelajuan 5 . Hasilnya , AIR MATA ........

Adik adik ,

Ketika itu Abang Rambo teringat wajah mak dan ayah . Abang Rambo ingat pada Pencipta . Abang Rambo tekad untuk berubah . Setiap pelajar yang pernah merasa kaki dan tangan Abang Rambo , wajah mereka terbayang bayang diingatan . Sampai masuk ke dalam mimpi . Kau belum bertemu buku dan ruas . Jangan berhingus lagi kau dah pandai mendabik dada . Berubah sebelum terlambat . Jangan sia siakan zaman remaja adik adik . Kerana itu adalah zaman paling manis dalam hidup . BERUBAHLAH .
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
haha nie musti spesis dizeck nie, tu pasal perangai berporum pun hauk semacam, dan yang kena penerajang tu spesis lava tu pasal la nie terencat time berporum, brain damage la yu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.247230 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list