CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7373|Reply: 20

Prof Madya UPM Dedahkan Ayam Kampung Sebenar Yang Dijual

[Copy link]
Post time 24-8-2016 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Umum mengetahui ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaannya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan.

Ayam-ayam kampung ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Sebab itulah ayam kampung sangat mendapat permintaan yang tinggi.




Bagi yang mengutamakan kesihatan akan mencari ayam kampung sebagai makanan menggantikan ayam daging di mana ayam kampung mempunyai khasiatnya yang tersendiri disamping kurang lemak berbanding ayam daging.

Sebelum ini ayam kampung agak sukar diperolehi dan mahal, namun kini boleh dikatakan banyak tempat sudah menjual ayam kampung terutamanya di pasar.

Namun adakah ayam yang dijual betul ayam kampung? Isu ini telah dikupas dan dijawab oleh Pensyarah daripada Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr. Azhar Kasim.

















































Jadi, anda berhati-hati jika membeli ayam kampung. Pastikan tidak mudah ditipu pihak penjual yang menjual ayam kampung dengan harga mahal dan meletakkan label ayam kampung sedangkan ayam yang dijual adalah ayam daging. Prof Madya Dr. Azhar Kasim juga telah menggesa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) memantau perkara ini agar kebajikan pengguna dijaga. - CARI

Sumber : SiakapKeli


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2016 06:11 PM | Show all posts
nice info......
bookmark this.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info..pgemar ayam kampung biasa th beza yg tulen n tipu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Info menarik&lagi 1 masak rendang ayam kampung,sedappp!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:55 PM | Show all posts
Sebab makin ramai pengguna tak kenal jenis2 ayam yang ada dipasaran le senang je kena tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la...kkk iols selalu bli ayam kg..tp sendi2 nya mudah cabut mcm ayam daging jerr

Masa kecik2 dulu,mkn ayam kampung bela sendiri..paling geram sbb sendi tulang x putus..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2016 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam kampung ni kalau makan, mcm ade rase  bulu ayam. Kecik-kecik dulu, selalu tangkap ayam kampung waktu senja. Sbb ayam dah rabun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 01:23 PM | Show all posts
drivethru replied at 24-8-2016 11:25 PM
Ayam kampung ni kalau makan, mcm ade rase  bulu ayam. Kecik-kecik dulu, selalu tangkap ayam kampung  ...

Zaman kanak2 dulu2 mmg makan ayam kg je... x pernah jumpa pun ayam bandor

time nak tgkp ayam kg ni mmg nostalgia sungguh memang riuh rendah kami adik beradik... mmg waktu senja ayam mata rabun jadi kami semua kejar n halau masuk rumah pastu tutup pintu ngan tgkp.... esok dpt la mkn ayam rendang...

La ni asik mkn ayam bandor jer...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Basically masih ayam dagin tapi harga 2 x ganda oh Malaysiaku..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 08:49 PM | Show all posts
sesiapa tau dan biasa beli ayam kg kt area ampang. aku slalu bli kt pasar kg pandan atau pudu sbb x tau tpt lain..nk cr alternatif
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ayam kampung ni yang dagingnye liat tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam bandar, bkt bintang banyak
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 10:18 AM | Show all posts
Moh ke Bandar Maran Pahang kalau nak makan ayam kampung...sebab sini nama timangan nya Bandar Ayam Kampung....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 03:59 PM | Show all posts
Ayam hutan lagi sedap dari ayam kampung, manis dia lain macam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam kampung sebenar makan tahi kucing....hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ummianas replied at 26-8-2016 05:01 PM
Ayam kampung sebenar makan tahi kucing....hihihi

Dulu2 masa kecik time kenduri kawen pak busu aku.. aku berak tepi kolam kecik sbb toilet sume full.. lepas tu ayam atok aku bela tu dok ramai2 pulon makantaik aku.. skejap je licinn...

Esoknyaaa nenek atok aku tangkap ayam2 dorang nak wat masak tengahari..

Semua pelik aku yg kuat makan ayam guring tiba2 x sentuh lansung rasa time tu     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nostalgia ayam kampung
Tang peha ayam...gigit tulang2 tu
Pastu makan 'sum2' tulang tu...heheh sedap
Kekecik dulu dpt mkn aym sbula  skali kot...tu pon ayam kmpg
Nikmat nye masa tu....skrg nk mkn hari2 pon bulehhh tp ayam bandor la...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:07 AM | Show all posts
'Ayam kampung' yang anda beli mungkin bukan ayam kampung

News  |  Diterbitkan 27 Mei 2019, 12:28 tengahari  |  Dikemaskini 27 Mei 2019, 12:28 tengahari


Kira-kira seminggu sebelum hari raya puasa, Persatuan Pembiak Ayam Kampung Warisan Malaysia (WAK) mengingatkan pengguna, terdapat peniaga yang menjual ayam daging sebagai ayam kampung.

Menurut Pengurusi WAK Dr Azhar Kasim terdapat juga penternak ayam daging yang melabelkan ayam mereka sebagai ayam kacukan untuk mengelirukan pengguna.

“Ada juga antara mereka mengatakan bahawa ayam daging mereka adalah ayam kampung kacukan sedangkan ayam-ayam tersebut tidak mempunyai darah ayam kampung,” ujarnya.
Dalam kenyataan hari ini, Azhar mendakwa terdapat juga peniaga menjual ayam daging warna (colour broiler) di peringkat ladang dan dipasarkan sebagai ayam kampung.

Beliau mendakwa pihak berwajib tidak mengambil sebarang tindakan, justeru menyebabkan taktik perniagaan tersebut semakin berleluasa.

“Taktik tersebut menjadi semakin meluas kerana pihak berwajib tidak mengendahkan rungutan penternak ayam kampung dan juga pembeli yang sudah berlarutan selama beberapa tahun,” menurutnya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/477535

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ejans replied at 28-8-2016 08:21 PM
Dulu2 masa kecik time kenduri kawen pak busu aku.. aku berak tepi kolam kecik sbb toilet sume full ...

Weh hahahahahahaha aku takleh tahan gelak baca cite ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 02:08 AM | Show all posts
Bagus perkongsian ni.
Baru tahu asal usul ayam kampung.
Terima kasih kasih TT.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.291099 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list