CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11069|Reply: 88

Edisi subur setiap tahun: Shahrizal Jaszle bakal dapat anak kedua

[Copy link]
Post time 25-8-2016 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by d_dalia at 25-8-2016 01:34 AM

Shahrizal Jaszle Bakal Dapat Anak Lelaki Tahun Depan


PETALING JAYA:[size=15.008px] Pelakon Shahrizal Jaszle memberitahu dia tidak menyangka akan menjadi bapa buat kali kedua apabila isterinya, Hanis Husna kini hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada Januari tahun hadapan.

[size=15.008px]Shahrizal atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 28, berkata, dia bertambah teruja apabila ujian ultra bunyi yang dilakukan mengesahkan janin dalam kandungan adalah bayi lelaki.

[size=15.008px]"Alhamdulillah walaupun saya dan isteri tidak menjangkakan kehamilan kedua ini namun kami bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah.

[size=15.008px]"Saya lebih teruja daripada terkejut apabila doktor mengesahkan jantina bayi kedua kami adalah lelaki.

[size=15.008px]"Saya memang mahukan anak lelaki dan Alhamdulillah hasrat itu dimakbulkan, Insya-Allah selepas ini saya ada teman," katanya kepada mStar Online[size=15.008px] ketika dihubungi pada Rabu.

[size=15.008px]Shahrizal dan Hanis berkahwin pada 1 Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang anak peremuan iaitu Alana Jasmeen Jaszle yang kini berusia lapan bulan.
[size=15.008px]

[size=14.7078px]Dalam pada itu, Shahrizal berkata, gelaran sebagai seorang bapa yang disandangnya sejak kelahiran Alana telah banyak mengubah kehidupan dia dan keluarganya.

[size=14.7078px]Jelasnya, setiap yang dilakukan kini adalah demi anaknya, Alana dan bayi yang bakal dilahirkan nanti.

[size=14.7078px]"Alhamdulillah mempunyai anak adalah satu perubahan yang cukup besar dalam hidup dan apa yang saya lakukan kini adalah untuk mereka.

[size=14.7078px]"Saya perlu bekerja keras demi anak-anak agar masa depan mereka terjamin," katanya.

[size=14.7078px]Sementara itu, Shahrizal berkata, selain berlakon dia kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menghasilkan produk makanan tambahan vitamin C bawah jenamanya iaitu Alana White Vit-C.

[size=14.7078px]Katanya, ia bukan produk untuk memutihkan kulit sebaliknya vitamin untuk tujuan kesihatan yang boleh diambil oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.

[size=14.7078px]"Sebelum ini ada yang menawarkan saya menjadi duta atau menjalin kerjasama mengeluarkan produk tetapi saya tolak kerana mahu tampil dengan jenama sendiri.

[size=14.7078px]"Alhamdulillah akhirnya saya memilih produk suplemen vitaman C kerana ia sesuatu yang ringkas dan boleh diambil oleh semua golongan," katanya yang kini giat mempromosikan produk berkenaan menerusi laman sosial dan karnival.

[size=14.7078px]Dalam perkembangan lain, Shahrizal berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama rantaian 100 episod iaitu Lara Aishah[size=14.7078px] terbitan Global Station.

[size=14.7078px]Tambahnya lagi, dia juga bakal muncul dalam drama bersiri berjudul Nasi Minyak Kuah Cinta[size=14.7078px] yang akan disiarkan di TV3.
[size=14.7078px]

[size=14.7078px]

[size=14.7078px]sumber: mstar online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2016 07:58 AM | Show all posts
sejak dia kawen ni tak de lagi gosip liar.. alhamdulilah kalo dah berubah... tahniah!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah..moga elok2 shj semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mok sgt la dia skrg
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 08:09 AM | Show all posts
alhamdulillah..tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 08:11 AM | Show all posts
mok mok bahagia...hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2016 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Pic tahun bila tu kurusnya..la bkn wajah dh besar talam ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Shah jaszle, afiq muiz...keith foo..kamal adli...beego (skang da kurus) ..aktor2 yg x gti jaga badan...
Xyah sado..cukupla jgn tembun
Eizlan yusoff pun lg berktrampilan dr depa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2016 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah gemuk sekarang & dah tak hensem. Harap dia jaga penampilan kalau nak kekal lama dalam industri. Zizan Nin pun dah jadi selekeh sejak gemuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 09:07 AM | Show all posts

alhamdulillah..tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk x boleh blah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 09:32 AM | Show all posts
dek, akak mohon sangat2 ko kurus kembali mcm masa ko bujang dulu dek... terperanjat akak tengok badan ko sekarang dek... mujur dapat job... kalo tak dapat boleh jadi gila ko dek... dahlah anak nak masuk 2 orang... fikir-fikir kan lah dek...

ps.. dulu ko hawt giler... akak tengok berkali2 masa jumpa ko kt kl sentral dulu dek...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 09:37 AM | Show all posts
kuat senggama antara punca jugak jadik gemuk kann

btw, tahniah lah...utk anak kedua. semoga dapat membimbing anakt tu ke jalan yg benar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2016 09:44 AM | Show all posts
TRANSFORMASI SHAHRIZAL JASZLE















TERKINI











Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 09:49 AM | Show all posts
semlm tghari nmpk dia kat klinik.. buat checkup kot.. tp serious x nampak perut wifey dia.. kurus sgt uolsss.. cantikk
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 09:51 AM | Show all posts
debab betul. masuk industry ni semua nak kena jaga tip top, ko tak lawa ko tak hensem ko boleh la angkat kaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2016 10:02 AM | Show all posts
Edited by edoraixora at 25-8-2016 10:04 AM

dedulu mase memula masuk industri ko mmg hot, macam Ed Westwick
skarang ni bambam nye lahai
xpe la, asalkan ko bahagia & tak buat perangai lagi


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 10:04 AM | Show all posts
dulu kini selamanya xsuka die...
busukkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 10:07 AM | Show all posts
ape cter perempuan yg kena tangkap basah ngn dia dulu tu? (ke sama istilah ngn tangkap khalwat?)

lps dh dberhentikan kerja, ape perempuan tu buat ek. dh nikah? kije tempat baru? business? ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 10:10 AM | Show all posts
tahniah.... rezki tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.075057 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list