CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27626|Reply: 138

[EDISI BENAR BELAKA] Zila AF4 dan Khairul Azizi Didenda RM2500 kerana Berkhalwat

[Copy link]
Post time 29-9-2016 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by azrinaziz at 29-9-2016 03:01 PM


KUALA LUMPUR - Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 28, dan pasangannya, Mohd. Khairul Azizi Burhanudin, 32, masing masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkhalwat, bulan lalu.

Hakim Syarie, Azzeman Omar menjatuhkan hukuman tersebut selepas kedua-duanya mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka di sini sebentar tadi.

Mengikut pertuduhan Zila atau nama penuhnya Nur Azilah Seeron dan Mohd. Khairul yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta didakwa berkhalwat di sebuah unit apartment beralamat A-15-2 Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C Bandar Bukit Jalil, di sini antara pukul 6.55 pagi dan 7.13 pagi, 13 Ogos lalu.

Berikutan itu kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu berkhalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan sehingga tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Pada 29 Ogos lalu, Zila telah diceraikan talak satu oleh pelakon dan pelawak terkenal Along Cham di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari daerah Petaling. - K! ONLINE

Sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 02:44 PM | Show all posts
untungla dpt celop zila
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:53 PM | Show all posts
2500 jer? tu je yg kena?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:55 PM | Show all posts
dapat kawen pengurus pasni.

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:56 PM | Show all posts
RM2500 je?
pejam mata dorang boleh bayar.
sok lusa port lain pulak buat aktiviti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:57 PM | Show all posts
muda lg si nur azilah serong ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kesian kat ank dia je...mak tgh mabuk cinta tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:58 PM | Show all posts

Zila Seeron, Pengurus Syarikat Didenda RM2,500 Mengaku Salah Berkhalwat
Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 2:18 PM

KUALA LUMPUR: Bekas isteri pelawak, Along (Cham) iaitu Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat.

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dilakukan pada Ogos lalu.

Azzeman turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin, 32, yang bukan suami-isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah lelaki itu di Blok A-15-2,  Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016.


Saat-saat bahagia Zila berama Along dan anak mereka.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zila Seeron yang bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan baru saja bekerja dan tidak mempunyai wang yang mencukupi.

"Saya minta diringankan hukuman kerana saya baru sahaja bekerja dan gaji tidak mencukupi," ujarnya.

Khairul Azizi yang juga tidak diwakili peguam pula memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung anak dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Mohd Hafiz Abd Hamid.

Pada 29 Ogos lalu, Zila dan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini.

Along sebelum ini medakwa isterinya berlaku curang apabila mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Hasil perkahwinan pada 2010, mereka dikurnaikan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 03:04 PM | Show all posts
Syd replied at 29-9-2016 06:58 AM
Zila Seeron, Pengurus Syarikat Didenda RM2,500 Mengaku Salah Berkhalwat
Diterbitkan: Khamis, 29 S ...

Haii.. kata pengurus? Pengurus syarikat smule ker?

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bermula lah lembaran baru utkmu zila
Harap bertaubat dan diterima tuhan semesta alam
Poremer2 takyah nak butthurt lebih2
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:13 PM | Show all posts
dgn dia ni ek..

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:13 PM | Show all posts
ayoo.. malunyer... tolong la... ade anak kot. .family lagik..
buat tk pk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat anak..nti da pandai gugel, jumpa crita mak dolu2. Trauma anak tu.

Kena ejek kwn skola lg.bdk2 skrg lg dasat tau membuli. X main kesian2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari meratib kneepad kneepad
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:24 PM | Show all posts
terbang dh serkuppp kepala..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:25 PM | Show all posts

sori akak tertinggal erl...ni bila dorg smule dan zila bukak tudung???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 03:28 PM | Show all posts
kalau dlm drama tgkp khalwat trs kawen kan...awat yg ni denda je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:30 PM | Show all posts
celup bini orang....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 29-9-2016 03:13 PM
dgn dia ni ek..

Amboi..bebaslah kau membirah lepas ni dek. Smg malaun bjanggut ni nk kat kau lagi lah.aku tgk muka rempit mcm kaki celop jah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam tak betul je zila ni. Masa masih jadi bini org boleh bersmule gesel2 bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.190901 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list