CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4578|Reply: 13

Susahnya Nak Bagi Anak Makan! 'Paksa' Mereka Dengan Idea Kreatif Ini

[Copy link]
Post time 20-10-2016 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Kadang-kadang, anak-anak kecil terlebih cerewet dalam pemilihan makanan mereka terutama yang terlihat 'biasa-biasa' sahaja. Tidak menarik langsung! Jadi, adalah penting untuk membuat makanan mereka kelihatan menarik dan kelakar selain lazat dan berkhasiat.


Idea kreatif ini pasti akan membuat anda terliur dan cepat-cepat menyediakan makanan untuk si kecil.




1. Mi Chewbacca Dari Filem Star Wars






Pasti menarik menyediakan hidangan sampingan menyerupai haiwan comel berbulu ini. Lebih hebat jika anak anda makan sambil menonton filem Star Wars.




2. Sosej Mumia






Mesti membosankan jika anda menghidangkan sosej goreng, rebus atau dibakar begitu sahaja kepada anak anda. Ceriakan sosej anda dengan sedikit seni! Apa kata anda lilit sosej anda dengan doh roti seperti mumia? Selain rupanya lain dari yang lain, ia juga enak dimakan bersama sos. Pasti membangkitkan selera makan anak anda!



3. Beruang Tidur (Ala-ala Sleeping Beauty Gitu!)





Bentuk-bentukkan nasi (nasi putih atau nasi goreng) menyerupai seekor beruang dan letakkan telur dadar di atasnya. Pasti comel dan menarik perhatian si manja!




4. Sosej Berambut





Sosej ini kelihatan unik! Cucukkan Spaghetti pada sosej sebelum direbus bersama. Dan ia kelihatan seperti sosej yang berambut! Lebih enak dimakan jika dihidang bersama sos Spaghetti.




5. 'Orang' Sayur





Hiaslah beberapa jenis sayur di atas pinggan sehingga ia menyerupai rupa seseorang. Mungkin ada yang tak lalu nak makan sayur ini. Walau apapun, ia sangat melucukan!




6. Sarang Pasta





Hidangkan sepinggan pasta dengan beberapa bebola yang menyerupai sarang burung kepada anak anda. Pasti anak anda seronok menikmatinya.




7. Bunga Sosej






Cantik! Goreng sosej bersama sebijij telur di tengahnya menyerupai bunga matahari. 'Sweet' je hidangan ini kan?




8. Sushi Panda





Bagi yang meminati hidangan dari negara matahari, anda boleh cuba sushi ini. Sushi panda ini terlalu comel! Mungkin ada yang tak sanggup nak makan dek kecomelannya yang tak terhingga.



9. Sandwich Angry Bird






Jarang kanak-kanak tak kenal watak permainan Angry Bird ini. Anda boleh menggunakan daging Burger atau pun meat loaf dan bentukkannya sehingga menjadi Angry Bird dan letakkan di atas roti. Pasti anak anda berselera menjamah sandwich ini




10. Sosej Sotong Gurita


Sumber foto: http://www.boredpanda.com




Comel je rupa sosej ini kan? Anak-anak anda pasti berebut mahukan sosej ini terutama ketika dimakan panas-panas.




Dengan sedikit sentuhan seni dan idea kreatif, anda tidak perlu runsing lagi memikirkan cara untuk membuat anak-anak anda makan dengan senag hati. Macam mana? Tertarik untuk cuba buat makanan berseni ini? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2016 12:41 PM | Show all posts
cantik dan kreatif!

Comments

tak.. :)  Post time 20-10-2016 12:58 PM
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 02:47 PM | Show all posts
orang sayur tgk je tak selera nak mkn...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sayur...dengan aku sekali x lalu nak makan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Org sayur tu mengerikan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohmyy terlebih kreatif sampai jd horror. Budak tgk pon tak lalu nak makan. Plus mak yg suri rumah pon takde masa nk dekor2 mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sayur tu unik sangat. Tapi macam tak lalu je nak sua ke dalam mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 01:09 PM | Show all posts
nk mkn ke xnak?

xnak sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2016 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
didn't work on my girl,..sheol lebih pentingkan rase dari food presentation
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 10:11 PM | Show all posts
Aku x reti laa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu anak aku ni bukan makan..makin buat main aku rasa..silap2 request suruh buat mickey mouse..minnie mouse..kucing..robocar poli
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 08:40 PM | Show all posts
sausage? for kids

hmm idea tu kreative may be boleh cuba  kepada makanan lain macam tofu ke , ape ke yg lebih berkhasiat...macam  meatballs yg dibuat sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 05:30 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-10-2016 08:40 PM
sausage? for kids

hmm idea tu kreative may be boleh cuba  kepada makanan lain macam tofu ke , ap ...

pernah baca, sosej tak berapa bagus for kids kan sis?
tapi tu lah yg dia suka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.203461 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list