CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18101|Reply: 212

Kempen Sorok Remote, Aeril Zafril nafi sindir Suri Hati Mr Pilot

[Copy link]
Post time 27-10-2016 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Aeril tiada niat menyindir
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap, Aeril Zafrel, 28, menafikan tindakannya memuat naik gambar berserta status di Instagram mengajak pengikutnya mengikuti kempen #SorokRemote, minggu lalu bertujuan untuk menyindir drama bersiri Suri Hati Mr Pilot lakonan Fattah Amin dan Neelofa.

Aeril ketika dihubungi berkata, tujuannya hanyalah untuk mempromosikan drama lakonannya dengan Ummi Nazeera yang ditayangkan di TV3.

“Saya langsung tidak berniat mahu menyindir sesiapa. Ini kerana ketika saya memulakan kempen #SorokRemote itu, drama Patahnya Sebelah Sayap sudah mula ditayangkan tetapi Suri Hati Mr Pilot belum ditayangkan lagi,”katanya.


Dalam statusnya itu, Aeril mengajak pengikutnya di Instagram menyertai kempen #SorokRemote supaya dapat menonton Patahnya Sebelah Sayap dengan aman tanpa perlu menukar saluran lain.

Status yang dimuat naik iaitu “lupakan yang lain. Walaupun kita #PatahnyaSebelahSayap pastikan tetap terbang tau. Jangan ada kapal terbang tapi tak terbang-terbang pulak” dilihat seolah-olah ditujukan kepada drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.

Aeril berkata, dia tahu setiap drama yang ditayangkan ada pengikut tersendiri dan adalah menjadi tugasnya untuk mempromosikan drama lakonannya.

“Saya memang kerap mempromosikan drama lakonan saya itu di Instagram, namun tidak pula berniat untuk menjatuhkan drama lain atau mengajak penonton supaya tidak menonton saluran lain,” katanya.

Menurut Aeril, menerusi Instagram juga, dia bukan sahaja memuat naik promosi untuk drama lakonannya, tetapi juga turut berdakwah.

“Saya tak mahu terlalu serius dengan peminat dan secara tak langsung, apabila saya tidak terlalu serius di Instagram, peminat juga senang untuk mendekati saya.

“Selain menggunakan laman sosial sebagai medium interaksi, saya juga berkongsi bahan-bahan dakwah bersama pengikut saya,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
xde sapa nk dptkan rating show minggu lepas ke ? meols rasa PSS lebih tinggi rating manakala SHP sekadar trending di internet &  media je... normally drama tv3 lebih tinggi rating drpd drama astro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2016 09:38 AM | Show all posts
Iols tak tau..iols tengok drama Scarlet Heart kat channel 393 ja.. esterok biasa la mesti promosi habis-habisan siap buat meet & greet session, kat meletop pon tiap minggu promote Cerita Mr Pilot tu, Patah Amin siap datang Gegar Vaganza
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 27-10-2016 09:34 AM
xde sapa nk dptkan rating show minggu lepas ke ? meols rasa PSS lebih tinggi rating manakala SHP sek ...

Hrs la x smua org mampu nak byr astro.btw cerita PSM tu xde la best sgt.mula2 je best.dah la ending x best.SHMP pon sama.mula2 je best.the rest is just nk jamu mata tgk OOTD lofa n fattah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:40 AM | Show all posts
aku tak pernah hingin nak tgk suri hati kejadah pilot tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2016 09:43 AM | Show all posts
I cam kurang berkenan Aeril Zafrel berjambang segala sekarang..lebih helok time muka heshe tak berjambang dolu2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2016 09:44 AM | Show all posts
pencintaABC replied at 27-10-2016 09:43 AM
I cam kurang berkenan Aeril Zafrel berjambang segala sekarang..lebih helok time muka heshe tak berja ...

heols kalau tak berjambang nampak budak2 sgt sis
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah. Aku dah terkeluar dari radar penontonan drama melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2016 09:48 AM | Show all posts
Berdetak laju jantung iols


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Confirm PSS rating 4.5 juta sis. Mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:52 AM | Show all posts
sepitsiput replied at 27-10-2016 09:34 AM
xde sapa nk dptkan rating show minggu lepas ke ? meols rasa PSS lebih tinggi rating manakala SHP sek ...

Suri hati tu aku tak tgk sebab Neelofa... klu gantai lain maybe aku tgk.. bukan benci Neelofa cuma lakonan dia tak berkesan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:53 AM | Show all posts
xyah risau aeril... kita satu family kazen mazen tok wan jiran2 semua tengok drama Patahnya Sebelah Sayap.. ending sweet2 gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:57 AM | Show all posts
pencintaABC replied at 27-10-2016 09:43 AM
I cam kurang berkenan Aeril Zafrel berjambang segala sekarang..lebih helok time muka heshe tak berja ...

wolverine malaysia tu
aummmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:59 AM | Show all posts
kang jap lagi karats bbnu gi serang ig si airil ni pulak
bukan bleh sket org sentuh pilot tu\
semedang nak sentap jerr
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:02 AM | Show all posts
Tak yah aeril kempen sorok remote pun iols mmg tgk PSS tanpa tukar channel

Neelofa kat SMP mmg.. ish pls la tak yah berlakon dah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:02 AM | Show all posts
plis la tu pun nk jd isue ke, gigih

tu pun seb baik citer sayap dh habis, kalu tak malas aku nk tgok citer pilot x berlesen tu

dah tu kira baguh aeril n izzue siap bg sokongan kt airport untk berlepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 10:05 AM | Show all posts
meolls memang sorok remote dari segala drama melayu bodoh ni aeril oii

jangankan patah sayap terbang tunduk tu, segala kejadah bini mr pilot, abam bomba itu suamiku terseliuh, lakiku askar berpangkat rendah semua mzz pangkah
mzz lebih rela tengok glenn dgn abe kena pukul sampai terkeluar biji mata berulang-ulang horkeh
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:06 AM | Show all posts
mula2 ok citer SHMP...tp lama kelamaaan jalan cerita mcm x logik & mengarut..entahlah..pendapat aku jer kot...

lgpun lakonan lofa & fattah mcm agak kaku sikit kot...aku lebih suka siti elizad...tp ini hanya pendapat peribadi shjjjj.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:12 AM | Show all posts
follow jugak PSS sbb nak tengok UN yang jarang jarang berlakon.. SHMP mmg tk layan pun.. kenot go ngan neelofa punya acting sama je macam amira othman punya acting... citer ok je tp heroin out..langsung tk bernafsu nk layan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:13 AM | Show all posts
dedua drama tu meols x tgk
setakat semlm meols cuma tgk citer tv3 pkl 3 sbb ada zamarul hisham
dan tv9 sbb ada azhan rani serta team samedra rindu
lps hbs drama tv9 meols terus tutup astro dan psg external utk tgk anime
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.218390 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list